Puteri kesayangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal membintangi program realiti “Lara Oh Lara”

Sukar dipercayai, seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun, mampu meraih jutaan pengikut di laman sosial. Lara Alana, puteri kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, telah mencatat sejarah apabila pengikutnya mencecah 2.1 juta di Instagram dan lebih 1 juta di Facebook.  Aksi-aksi bayi comel ini sentiasa menjadi perhatian ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara serantau dan juga di Eropah kerana memiliki raut wajah yang comel di samping telatahnya yang manja.

Kini, Awal dan Scha bakal mengundang kita menyelami kehidupan mereka bersama si comel Lara Alana menerusi sebuah program baharu yang akan menemui penonton Astro pada 17 Ogos 2016 ini. Lara Oh Lara (LOL), program realiti terbaharu Astro yang mengikuti kisah si kecil Lara Alana, akan mengisi slot eBu setiap Rabu, jam 9.00 malam di saluran 104, Astro Ria dan saluran 123, Astro Ria HD.

Menerusi program Lara Oh Lara ini, penonton akan dapat mengikuti perkembangan Lara sambil mengekori lebih banyak aktiviti berbeza berbanding apa yang dikongsi di laman sosial selama ini.  Program yang akan bersiaran selama 13 episod ini akan menyelami kehidupan berwarna warni Lara Alana, seorang puteri yang mempunyai sifat ingin tahu dan periang, selain memaparkan mereka sekeluarga berhadapan dengan pelbagai situasi menarik.

Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Lara berada pada usia yang comel, di mana dia sedang belajar berbahasa, menyanyi, menerokai dunia di sekelilingnya dan mencuba aktiviti baharu. Program Lara Oh Lara akan memperlihatkan dan mengabadikan kenangan-kenangan manis yang dilalui oleh Awal, Scha dan Lara serta menyelitkan klip-klip eksklusif yang tidak pernah ditonton sebelum ini. Kami berterima kasih kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana sudi berkongsi kehidupan mereka serta apa yang mereka pelajari sepanjang mendidik puteri tersayang.”

Penonton Lara Oh Lara akan disajikan dengan pelbagai pengalaman pertama Lara seperi bertemu haiwan comel di Farm of the City, bermain di taman hiburan, mengikuti aktiviti sekolah dan meluangkan masa bersama datuk dan nenek. Di samping itu, menerusi percutian istimewa Lara ke Jepun bersama pihak penaja rancangan; Yakult, anak kecil ini didedahkan dengan pelbagai kebudayaan Jepun yang berwarna-warni!

“Setiap gerak dan geri Lara mampu mengukir senyuman sesiapa sahaja yang melihatnya. Berada pada usia yang memperlihatkan kecomelannya, sudah pasti ramai peminat Lara yang sentiasa menantikan gelagat serta aksi lucu si manis Lara ini”, tambah Yasmin lagi.

Lara Oh Lara turut menampilkan kehidupan seharian Awal dan Scha dalam mengurus kehidupan anak perempuan kesayangan merekaitu. Di samping itu, pasangan ini akan turut berkongsi apa yang telah dipelajari sepanjang mendidik dan membesarkan puteri mereka ini. Setiap episod mempunyai tema berbeza yang relevan kepada ibu bapa di luar sana.

Antara paparan menarik Lara Oh Lara ialah apabila beberapa rakan selebriti Awal dan Scha diberikan tugasan menjadi pengasuh Lara! Mampukah Zizan Razak yang terkenal dengan lawak bersahajanya itu menawan hati Lara? Berjayakah pelakon kacak Remy Ishak melayani telatah Lara? Dan apakah pengalaman Dynas Mokhtar atau Liyana Jasmay sebagai ibu membantu mereka berinteraksi dalam Lara? Semuanya dapat disaksikan dalam Lara Oh Lara. Ratu Rock negara, Ella dan suaminya Kapten Azhar Huzaimi Ghazalli juga turut tidak ketinggalan menyertai skuad ‘babysitter’ Lara. Bukan itu sahaja, Ella turut menyumbangkan satu lagu baharu berjudul  “Permata” untuk dijadikan lagu tema siri ini.

Lara Oh Lara akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai 17 Ogos ini. Peminat juga boleh turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut mengenai eBu, layari www.eBu.com.my.

Jangan lupa menyaksikan Lara Oh Lara yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam, mulai 17 Ogos 2016, di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123.

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *