QARI HAIKAL Juara QARI JR. 2017

Ahad lalu telah berlangsungnya pentas akhir final Qari Jr. 2017, yang telah menobatkan Qari Haikal atau nama sebenarnya Haikal Firdaus Bin Mohd Jaafarudin sebagai juara! Qari Haikal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3, pakej umrah untuk 2 orang tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. Walaupun baru berusia 12 tahun,  Qari Haikal telah menghafaz kesemua 30 juzuk Al-Quran!. Sesuai dengan tagline pilihannya iaitu “Al-Quran Sentiasa Bertakhta di Hati”. Qari Haikal telah mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 4 tahun lagi hasil didikan nenek dan atuknya. Malah bacaan beliau diperingkat akhir dibaca mengikut hafalan beliau. Sesungguhnya, ianya satu kelebihan yang sukar disangkal serta membuatkan Haikal layak diangkat sebagai juara.

Di tempat kedua, Qari Harith pula membawa pulang wang tunai RM 5,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3. Beliau juga turut menerima pakej menaiki kapal persiaran (cruise) untuk 2 orang tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. Di tempat ketiga pula disandang oleh Qari Affan yang turut membawa pulang RM3, 000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3. Manakala bagi Qari Eka dan Qari Jiha, mereka masing-masing menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM 1,000 berserta pingat dan trofi Qari Jr. 2017 sumbangan TV3.

Pentas akhir Qari Jr. 2017 dibuka dengan persembahan yang menghiburkan oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir dengan lagu yang menjadi siulan ramai iaitu Assalamualaikum.  Di peringkat akhir percaturannya lebih mencabar daripada minggu-minggu sebelumnya di mana para finalis perlu melalui dua pusingan.  Di pusingan pertama, mereka telah diuji dengan bacaan secara tarannum mujawwad. Manakala bagi pusingan kedua pula mereka dikehendaki membaca surah yang diberi dengan bacaan tarannum murattal seterusnya menjawab soalan detik tajwid mengenai sifat huruf. Kesemua mereka telah memberikan persaingan sengit.  Bertemakan Syurga dan Neraka, berikut adalah senarai surah Al-Quran yang dibaca oleh lima finalis Qari Jr. 2017: 

Peserta Surah pusingan 1 Surah pusingan 2
1)   Qari Eka

Eka Zulfathi Najhan Bin Eka Maulida Naf’an 10 tahun

Al- Mutaffifin, ayat 1 Ad’Dukan, ayat 40
2)   Qari Jiha

Nurhaeizah Najihah Binti Hj Mohamad Hamizan,  10 tahun

Al-Buruj, ayat 1 Al-Baqarah, ayat 25
3)   Qari Affan

Muhammad Afnan Afandi Bin Mohd Redwan, 12 tahun

Al-A’la, ayat 1 Surah Al-furqan, ayat 10
4)    Qari Harith

Muhammad Harith Hakimi Bin Mohd Rostan,

12 tahun

An-Naba’, ayat 1 Az-Zumar, ayat 69
5)   Qari Haikal

Haikal Firdaus Bin Mohd Jaafarudin, 12 tahun

A’Basa, ayat 1 Al-Insan, ayat 19

Peserta dinilai sepenuhnya oleh juri professional yang diwakili Ustaz Tirmizi Hj. Ali yang juga merupakan Guru Besar bagi Qari Jr. 2017 bersama juri jemputan iaitu Dr. Mohd Loqman Ibrahim. Setiap bacaan peserta dinilai berdasarkan tajwid (40%), taranum suara (40%), kefahaman tajwid & persembahan (20%).

Qari Jr. 2017 turut dijayakan oleh Fakhrul Radhi dan Hazwani Helmi selaku hos bagi musim ini. Kejayaan adik-adik Qari Jr. 2017 ini pastinya tidak lengkap tanpa bantuan Ustaz Malek bin Ahmad yang bertindak sebagai Muallim. Qari Jr. 2017 ditaja oleh Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. dan juga majalah ASUH selaku majalah rasmi. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Facebook (www.facebook.com/QariJuniorTV3), Twitter & Instagram (@qarijuniortv3) serta @TV3Malaysia. #qarijr .Qari Jr. Pewaris Generasi Al-Quran

Check Also

Konsert Rock Kapak 2 Bakal Menggegarkan Panggung Asia Kuala Lumpur

Peminat muzik rock tempatan bakal dihiburkan dengan konsert yang dinanti-nantikan iaitu “Konsert Rock Kapak 2” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *