Pizza Hut Malaysia memeriahkan lagi kepelbagaian menunya dengan memperkenalkan rangkaian piza berkualiti chef dalam promosi terbarunya – Pizza Hut Signature Series. Produk yang mendapat sokongan dari Chef Selebriti, Nik Michael ini akan dijual pada harga pengenalan yang amat berpatutatan iaitu RM12.00 bersih setiap satu untuk perkhidmatan makan di restoran dan juga bawa pulang.
Dengan slogan “Untuk Kualiti Hebat, Pada Harga Jimat!” rangkaian Signature Series ini menampilkan piza-piza enak yang telah diberikan sentuhan chef, termasuk piza berbentuk segi empat yang diuli dengan tangan dengan rasa yang menawan. Pizza Hut juga menampilkan gabungan tiga keju istimewa untuk rangkaian Signature Series ini iaitu keju cheddar, provolone dan mozzarella. Dengan nama-nama unik seperti Barbecue Bang, Fisherman’s catch, Seriously Sriracha, Pepperoni Perfetto, dan Italian Primo, peminat setia Pizza Hut dijanjikan dengan kelazatan yang semestinya menawan selera.
“Signature Series merupakan rangkaian piza eksklusif daripada Pizza Hut. Kami mencipta piza dengan citarasa yang tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Dengan kerak nipis yang diuli dengan tangan, dan inti dari bahan-bahan berkualiti premium, apa yang lebih menarik ialah piza ini berharga hanya RM12.00 bersih!!,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.
“Sewaktu kami mencipta rangkaian piza ini, objektif kami adalah bagi memastikan pelanggan kami berpeluang untuk menikmati piza berkualiti pada harga yang amat berpatutan. Dengan pelaksanaan GST baru-baru ini, pelanggan kini lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang mereka. Dengan pemahaman ini, kami ingin menunjukkan rasa penghargaan kami terhadap pelanggan-pelanggan setia kami dengan menyediakan alternatif yang lebih baik apabila makan di luar. Dengan nilai hanya RM12.00 bersih untuk sekeping piza yang sungguh lazat, kami pasti bahawa produk ini akan disukai ramai,” tambah beliau.
Signature Series dari Pizza Hut boleh didapati untuk perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran bermula dari 17 April 2015 sementara stok masih ada. Sehingga notis selanjutnya, pelanggan kini boleh makan di restoran Pizza Hut dengan selesa tanpa perlu membayar tambahan 10% untuk caj perkhidmatan. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati sajian hebat lagi jimat hari ini!