Rasai Kelazatan Resipi Thailand Di Kedai Ayamas

Kedai Ayamas memang terkenal dengan kelazatan ayam panggangnya yang terdapat dalam pelbagai jenis resipi, dari asli ke percik. Baru-baru ini, Kedai Ayamas telah mencipta satu lagi ayam panggang resipi terbarunya yang unik dan lazat iaitu Ayam Panggang Spicy Siam!

Keluaran terbaru ini menampilkan ayam panggang Ayamas yang lembut dan bertekstur enak yang diperap dengan bahan-bahan kisar istimewa resipi Thailand. Ia kemudiannya dipanggang dan disalut dengan sos Thai untuk lebih umph! Kombinasi ini menjadikan Ayam Panggang Spicy Siam sesuatu yang bakal menepati citarasa rakyat Malaysia yang kebanyakkannya menggemari masakan pedas. Kuah Thai yang lazat mengandungi bawang putih, serai, pasli cina, cili padi, dan pelbagai rempah ratus Thai yang beraroma.

Ayam Panggang Spicy Siam ialah produk unik yang memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai keenakkan ayam panggang ala’ Thailand. Dengan tema menarik ‘Cita Rasa Enak Thai’ ayam panggang Spicy Siam bakal menepati selera mereka yang sentiasa mencari sesuatu yang baru dan lazat untuk dicuba, selain daripada peminat tegar masakan Thailand.

“Kami yakin ayam panggang akan digemari ramai dengan keunikan rasanya”, kata Datuk Zaki Zahid, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator untuk rangkaian Kedai Ayamas.

Untuk hidangan Ala’ Carte, ayam panggang Spicy Siam boleh didapati dengan harga RM27.90 untuk seekor ayam, separuh ayam pada harga RM19.90, manakala ¼ ekor ayam dijual dengan harga RM13.90. Hidangan Super Duper Deal yang menampilkan pilihan dua jenis ayam panggang Spicy Siam + Golden/Pepper/Percik berharga RM39.90 (jimat RM12.90). Bersempena dengan pelancaran ini, tambahan air Clearly Citrus berharga RM1.99 (jimat RM2.10).

Promosi dan pengiklanan ayam panggang Spicy Siam merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga secara online melalui pelbagai platform media sosial untuk mendekati lebih ramai pelanggan, contohnya permainan Facebook – ‘Play & Win’. Hadiah utama termasuk sebuah iPad 4, Samsung Galaxy Grand, dan Samsung S3 Mini.

Ayam panggang Spicy Siam kini dijual di semua Kedai Ayamas berdekatan anda pada waktu yang  terhad, iaitu selama 55 hari sahaja sehingga stok masih ada mulai 23April 2013 hingga 15 Jun 2013. Jangan ketinggalan untuk merasai ayam panggang lazat terbaru dari Ayamas ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari www.kedaiayamas.com.my atau laman Facebook Ayamas Roasters.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *