Rekaan MANGA Koleksi Terbaru Faber Castell

Faber Castell  Anime Art Fairies pack

Faber-Castell menawarkan promosi istimewa dengan hadiah menarik untuk menganjarkan kecenderungan dan kemahiran anda dalam melukis pelbagai karakter Manga.

Dengan setiap pembelian Faber-Castell PITT Artist Pen Manga atau Anime Art Set, anda akan mendapat satu set alas cawan bermotif manga, termasuk sekeping alas yang kosong untuk anda melakarkan kreativiti dengan menghasilkan lukisan manga sendiri di atasnya dan menghantarkan rekaan itu bagi menyertai pertandingan manga Faber-Castell.

Hadiah lumayan yang menanti pemenangnya termasuklah Playstation 4, SONY PSP, Nintendo 3DS XL, kad Starbucks, dan jam tangan Casio G-Shock dan Baby-G, yang bernilai sehingga RM10,000.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang berusia 25 tahun ke bawah, sepanjang Julai dan September 2014. Borang penyertaan boleh didapati dengan membeli Anime Art Set yang berharga RM48 atau Artist Pen Manga yang berharga RM60.

Faber Castell  Anime Art College pack

Hasil kolaborasi bersama pelukis manga yang profesional, pen artis PITT oleh Faber-Castell telah dicipta untuk memenuhi segala keperluan pelukis manga dalam bentuk pen pakai buang.

Pen artis PITT menggunakan dakwat dengan pigmen yang halus lagi lancar untuk memudahkan lakaran dan lukisan pelan, reka bentuk fesyen dan ilustrasi.

Penambahan terbaru kepada siri pen PITT adalah empat set bertemakan – set Shojo, Shonen dan Kaoiro yang terdiri daripada enam pen setiap set dalam pelbagai warna, manakala set Black pula terdiri daripada empat pen berdakwat hitam khas untuk pelukis manga yang pakar.
Set Anime Art pula lengkap dengan alat-alat melukis karakter manga seperti lapan batang pensil warna Art GRIP Aquarelle, sebatang pensil GRIP 2001 2B, sebatang pen hitam PITT Fineliner S, dan sebatang berus mewarna.

Faber-Castell PITT Artist Pen Manga_soft pic

Pensil cat air Art GRIP Aquarelle mudah larut dalam air dan boleh disapu pada permukaan kertas dengan berus basah untuk menghasilkan kesan catan air yang menarik.

Tambahan pula, pensil cat air Art GRIP Aquarelle memberi kesan yang lebih jitu dan berkualiti tinggi berbanding cat air biasa. Pigmen warna yang padat membolehkan ianya digunakan ke atas kertas warna, meskipun yang gelap. Kini kreativiti anda dapat melayang lebih tinggi dengan Art GRIP Aquarelle.

Art GRIP Aquarelle boleh didapati dalam empat set berbeza mengikut tema tersendiri – set College untuk karakter manga biasa, set Gothic untuk menyerikan lukisan kostum, set Fairies untuk melukis alam ajaib, dan Fantasy untuk melukis watak-watak mitos.

Produk-produk Faber-Castell Creative Studio yang dikeluarkan di Jerman sesuai untuk pelukis amatur yang mementingkan kualiti. Anda boleh mendapatkannya di semua kedai alat seni di seluruh Malaysia, termasuklah kiosk Faber-Castell di Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Suria KLCC, Queensbay Mall di Pulau Pinang dan East Coast Mall di Kuantan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Faber-Castell dan rangkaian produknya, sila layari www.faber-castell.com.my

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *