‘Remuk’ Lagu Terbaru MASYA MASYITAH

Penyanyi wanita cantik molek yang berasal dari Kulim, Kedah, dan merupakan Juara Yippi Star Quest 2020, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff atau lebih mesra dengan sapaan Masya Masyitah tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Remuk’ yang merupakan versi Bahasa Melayu buat single terdahulunya dalam Bahasa Mandarin iaitu ‘Jiu Meng Xin Su’.

“Alhamdulillah, hanya baru 3 bulan saja Jiu Meng Xin Su dilancarkan, penerimaan terhadap single solo Mandarin pertama Sya ternyata membuahkan hasil. Rata-rata, ramai yang mahukan Sya menyanyikannya dalam Bahasa Melayu pula.“Pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment mengambil keputusan untuk merakamkannya semula dalam Bahasa Melayu maka terlahirlah Remuk,” katanya.

Seperti yang semua sedia maklum, Remuk atau Jiu Meng Xin Su merupakan ciptaan istimewa oleh penulis lirik dan komposer muzik hebat tempatan, Kai Kai, dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.“Lagu ini saya ciptakan khas buat Masya kerana kebolehannya menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih, manakala Peng Chu mahukan beliau menyanyikannya dengan stail slow rock ala Melayu bagi memberi kelainan terhadap lagu tersebut,” ulas Kai Kai.

Jelas Masya, “Liriknya pada kali ini diolah dengan jalan cerita yang berbeza namun dengan pengakhiran yang menyayat hati oleh penulis lirik terkemuka negara, saudara Siso dengan produser berpengalaman, Sharon Paul.“Dalam Remuk, ia menceritakan tentang perasaan seorang isteri yang dinikahi suaminya tanpa perasaan cinta. Sang suami menghawini isterinya kerana perasaan ego yang menebal dengan tidak mengendahkan perasaan sang isteri. Akan tetapi, sang isteri tetap cuba mendekati sang suami hari demi hari, akhirnya terpaksa akur dan memendam perasaan, ibarat terjerat dalam sangkar emas tanpa sekelumit rasa bahagia.
Tambahnya lagi, “Hati Sya terus terpaut apabila mendengar demo lagu asal ditambah dengan jalan ceritanya yang menyentuh hati. Encik Feros yang membuat keputusan agar pihak RocketFuel Entertainment menerbitkan lagu ini, dan beliau jugalah yang bertanggungjawab mencadangkan agar lagu ini dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu.
Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan RocketFuel Entertainment yang baharu, “Masya merupakan penyanyi muda yang berbakat besar dan kemampuannya menyanyi dalam Bahasa Mandarin sudah pun diakui apabila beliau menjuarai Yippi Star Quest 2020 mengalahkan 3,000 peserta lain serata Asia.

“Saya berharap agar single Remuk diterima ramai sebagaimana single Jiu Meng Xin Su dan mendapat tempat di hati para pendengar rempatan.Proses rakaman yang hanya memakan masa selama satu hari berlangsung dengan lancar takala negara masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Akhiri Masya, “Harapan Sya adalah agar single Remuk mendapat sambutan ramai sebagaimana single yang terdahulu, dan Sya juga masih berharap jika ada peluang dan rezeki, hasil karya Sya dapat menembusi pasaran negara China pada satu hari nanti.”Lagu ‘Remuk’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *