Resepsi Perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kisah: Menepis Kecaman dengan Kejayaan

Gelaran ‘pengantin sampah’ yang diberikan netizen kepada pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kisah langsung tidak memberi kesan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan seharian bersama-sama.

Bahkan, pasangan pempengaruh sensasi itu terus melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni dan bahagia biarpun tidak terlepas daripada kecaman ramai sejurus berita pernikahan mereka di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu mendapat liputan media.

Buktinya, majlis perkahwinan atau resepsi pasangan pempengaruh sensasi itu termasuk sambutan ulang tahun Siti Jamumall tetap dinantikan ramai apabila acara yang diadakan di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, hari ini dibanjiri 5,000 tetamu.

Menerusi majlis itu, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah membuat gimik dengan melakonkan semula kisah hidup mereka yang di anggap ‘sampah’ oleh netizen, sekali gus memberi makna mendalam serta memukau seluruh tetamu yang hadir.

Siti Jamumall atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata gimik itu sememangnya dirancang untuk dipersembahkan semasa majlis perkahwinannya supaya dapat membuka mata masyarakat bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ (siaran langsung). Dari awal sehingga kini banyak kecaman

“Sokongan mereka menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat ketika membuay ‘live’.

Mengulas sambutan hangat diterima sempena majlis perkahwinan mereka, Siti Jamumall bersyukur apabila ramai peminat yang hadir dari pelbagai negeri termasuk mendoakan kebahagiaan mereka.

“Boleh dikatakan harini kami sangat berbangga apabila melihat ramai yang mendoakan majlis perkahwinan kami dari jauh. Malah, lebih 5000 peminat juga yang hadir semalam.

“Saya juga sangat berterima kasih pada rakan bisnes yang sudi berkolaborasi.

Barisan penaja yang berkolaborasi untuk menjayakan majlis perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah adalah Icely Aiskrim, Duriyummy, Hasbella Teading Sdn Bhd, Chenta Arts Wedding Craft, TRI H Empire, Beaucell Sdn Bhd, AZ Pemurah, Nayang Cool & Yummy, Meemamu, Sambal Seha, Estetika Medispa, CikguCtHomemade dan Raiessa Cosmetic.

Busana anggun digayakan pasangan itu pada majlis berkenaan direka khas butik pengantin dari Negeri Sembilan.

Dengan jumlan perbelanjaan keseluruhan berjumlah lebih setengah juta dan mencatat kehadiran 5,000 tetamu, majlis perkahwinan antara Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah bakal menjadi ‘Wedding of The Year’.

Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenar, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *