Rizman Ruzaini Lancar Pop-up Store RR Hijab Di Hadapan Pavilion

17 tahun mengorak langkah dalam bidang rekaan fesyen, jenama Rizman Ruzaini (RR) kini bukan lagi asing dalam kalangan pecinta fesyen negara.Memulakan empayar perniagaan ini melalui bakat yang dimiliki, kini dua sahabat baik, Rizman dan Ruzaini bukan sahaja bangga untuk bergelar seorang pereka fesyen tetapi juga usahawan berjaya.

Menambahkan nilai dalam usaha yang mereka tunjuk kini, selepas hampir dua (2) dekad jenama ini juga menjadi antara kebanggaan ramai apabila karya dua (2) anak tempatan ini mula menembusi pasaran antarabangsa bukan sahaja dalam industri kreatif tetapi juga produk kecantikan.

Jika di awal kemunculan jenama ini lebih dekat dengan rekaan untuk selebriti dan busana pengantin yang eksklusif, kini RR tidak hanya tertumpu kepada rekaan untuk golongan tertentu sahaja. Mahu memastikan RR menjadi pilihan ramai, antara fokus utama jenama ini juga untuk memasarkan rekaan fesyen ready-to-wear kepada semua golongan di Malaysia. Dari Permaisuri ke selebriti ternama hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR.

Selain pakaian, antara hasil rekaan RR yang turut mendapat perhatian adalah koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar jenama RR kini. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan, kemunculan siri koleksi Mono Scarves ternyata menjadi antara yang cukup dekat dengan peminat jenama ini.
Diperkenalkan sejak setahun lalu, Mono Scarves kekal menjadi pilihan ramai wanita di luar sana yang selesa dengan suntikan gaya elegan dan sofistikated.
Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini sebagai sesuatu yang di luar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri. Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang
dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR.
Menyentuh sambutan pertama koleksi RR Mono Scarves, Ruzaini melihat ini adalah usaha pertama mereka bagi menghargai pembeli setia produk RR. Katanya, selain sambutan secara besar-besaran bertempat di Pop-up Store RR Hijab di hadapan Pavilion bersama tujuh (7) selebriti hari ini, antara yang cukup istimewa juga mereka turut menawarkan tudung percuma kepada pelanggan mereka.
“Pada hari ini juga kami turut mengedarkan 300 tudung percuma kepada pembeli terdahulu
tudung Mono Scarves, caranya mudah hanya perlu pakai tudung dari koleksi yang sama untuk mendapatkan yang baharu. Selain itu peminat setiap selebriti yang dilantik hari ini juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pembelian tudung RR Mono Scarves di laman web RR,” katanya.
Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama menjadi wajah eksklusif produk RR.

Check Also

Az Zuha Group Travel & Tours Dilantik Semula untuk Musim Haji 1446H/2025M

Az Zuha Group Travel & Tours dengan penuh rasa syukur mengumumkan pelantikan semula mereka sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *