Saturday , October 1 2022

RM83,000 Sumbangan Banjir Untuk Kakitangan JKMP Dan LPPKN

Rohani-Abdul-Karim3KUALA LUMPUR, 14 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim menghulurkan bantuan sebanyak RM 83,000 kepada 83 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (JKMP) dan Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Negara Pahang ( LPPKN) yang berhadapan dengan banjir baru-baru ini.

“ Saya amat bersyukur dan berterima-kasih kepada semua warga KPWKM yang telah memberikan komitmen yang jitu walaupun ada di antara mereka sendiri terlibat sebagai mangsa banjir.

“ Ia amat menyentuh hati saya kerana walaupun rumah dan keluarga mereka turut dilanda bencana, namun mereka masih mengutamakan tugas untuk memberi bantuan kepada mangsa yang lain di pusat pemindahan,” kata Rohani.

Beliau berkata penghargaan dan sumbangan ini juga sebagai tanda keprihatinan Kementerian terhadap pegawai dan kakitangan termasuk keluarga yang menjadi mangsa banjir dan berharap agar ianya mampu meringankan beban kewangan dan emosi yang ditanggung warga agensi di bawah KPWKM selain bantuan ehsan yang akan diberikan oleh Kerajaan.

Check Also

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten …

Leave a Reply

Your email address will not be published.