Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada bakat yang dimiliki oleh mereka yang mempunyai pertalian keluarga, dikenali sebagai Kugiran Wak Jeng.

Kugiran Wak Jeng terdiri Mohamad Shafiq Selamat (Wak Jeng), Mohamad Sahri Selamat,  Nurliyana binti Mohd Faudzi , Mohd Fauzi Haron, Mohd Fhariz Jofri, Asnah Ali, Elisa Ramli (backup vocal), Amri  Mohd Saim (backup vocal) dan Nur Afiqah Kamilah Abdul Karim (backup vocal).

Mereka bakal menterjemahkan muzik dan lirikal yang berkait rapat dengan roh dan fitrah kemanusiaan menerusi konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng” yang bakal berlangsung pada 1 Jun ini di Warisan Hall, Sijangkang, Selangor.

Penyanyi dan pemain gitar utama Mohamad Shafiq Selamat turut berkongsi kisah bagaimana nama Wak Jeng itu diinpirasikan.

“Nama Wak Jeng itu sebenarnya telah diberi oleh salah seorang guru kepada saya sejak di sekolah rendah lagi, ianya terus kekal sehingga kini dan tidak salah rasanya kerana gelaran ‘wak’ itu sendiri merupakan cerminan orang jawa”, ujarnya kepada media sewaktu pelancaran konsert yang telah di adakan di Summit Parade, Batu Pahat pada 18 Mei lalu.

“Kugiran Wak Jeng itu pula lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lantas kesepakatan di ambil untuk terus serius dalam aktiviti seni”

Konsert Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng adalah konsert yang julung kali diinpirasikan dan diambil dari salah sebuah lagu yang berjudul Oh Irama Oh Nyawa . 

“Konsert anjuran Chintakarya Production ini adalah merupakan konsert berskala besar yang disertai oleh Kugiran Wak Jeng, sebelum ini kami hanya dipanggil untuk tampil dalam acara keramaian seperti kenduri kahwin, majlis makan malam serta beberapa acara lain”, ujar Wak Jeng.

“Sebelum ini kami turut tampil di festival dan konsert 60an yang telah di adakan di Warisan Hall.  Kami juga pernah membuat persembahan di luar Batu Pahat, maka segala pengalaman yang ada akan kami ‘sisipkan’ ketika konsert itu nanti”.

Meskipun akan tampil secara berkumpulan, Kugiran Wak Jeng turut berkolaborasi dengan Mohar (Mohram) (Flute), Muhammad Luzman Aqil Abdul Zahir (String),  Amirul Hanafi Shukran (String) Muhammad Jamil Khair Azuar (String), Nur Sabrina Shahrul Azman (String) dan Irman Bahran (percussionist) bagi memberikan ‘warna’ kepada melodi Kugiran Wak Jeng.

“Sehingga hari ini kami saban hari berlatih bagi memastikan segalanya lancar sehingga habis konsert.  Kami tidak mahu penonton ‘hampa’ dengan persembahan itu nanti.  Biarlah ianya menjadi kayu pengukur untuk terus mengorak langkah ke hadapan”, jelas Wak Jeng

“Boleh dikatakan 80 peratus persediaan, selebihnya kami akan berlatih di lokasi konsert berlangsung.  Memandangkan Mohar (Mohram) berada jauh”.

“Alhamdulillah setakat ini jualan tiket cukup memberangsangkan, lebih 80 peratus telah terjual.  Ianya sesuatu yang di luar dugaan memandangkan rata-rata peminat (Geng Rewang) berada di Johor dan kami berharap Geng Rewang di negeri lain pun turut hadir”, tambahnya.

Konsert Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng mendapat sokongan penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Kumpulan Mycreative Ventures di bawah Dana Persembahan Muzik, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023.

Dana Persembahan Muzik ini memberi tumpuan untuk penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert muzik awam yang mengetengahkan bakat tanah air.

Harga tiket ditawarkan ialah RM50.00 untuk dewasa, RM25.00 untuk umur 7 hingga 12 tahun dan percuma untuk 6 tahun dan ke bawah.   Pembelian tiket boleh di buat dengan melayari www.wasap.my/601111405903.

Hasil rakaman atau ouput konsert turut dijadikan sebagai kandungan digital saluran YouTube Chintakarya Production yang kini sudah mempunyai 124k subscribers dan 650 kandungan digital.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *