Rohani Karim Perkenalkan Program ‘SATU’ di KPWKM

RKSri Aman, 1 Mac: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim dibawah kementeriannya telah memperkenalkan program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU).

Program SATU merupkan satu konsep program yang menyatukan segala perkhidmatan di bawah Kementerian dan agensinya untuk dibawa turun padang bagi mendekati masyarakat.

“ Di bawah SATU terdapat perkhidmatan pendaftaran OKU atau apa sahaja program berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti program berkaitan wanita dan ibu tunggal.

“ Melalui program ini, terdapat perkhidmatan urutan melalui program mamacare, pendaftaran sukarelawan dan banyak lagi.

Menurut Rohani, pasukan yang turun padang di bawah program SATU ini akan menggunakan ruang di program- program kementerian atau agensi di mana mereka akan membuka kaunter atau pameran bagi orang ramai yg hadir ke sesebuah program tersebut.

“ Ini bertujuan memudahkan golongan sasar yang berada berdekatan kawasan sesebuah program yg diadakan itu berurusan dgn kementerian dan agensi di bawahnya sprti JKM, Bahagian Perancangan Korporat LPPKN, Jabatan Pembangunan Wanita dan sebagainya,” katanya.

Pada hari ini juga, program SATU berada di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lingga, Sri Aman sempena perasmian PAWE dan Pusat Dalam Komuniti Lingga.

 

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *