Rozita Che Wan Kerugian Setengah Juta

che_tah

AKTRES jelita Rozita Che Wan atau nama timangannya Che Ta terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta gara-gara nama dan gambarnya telah dipergunakan secara tidak dan tanpa kebenaran oleh dua jenama produk kecantikan bertujuan untuk melariskan lagi jualan produk tersebut terutama di dalam media sosial.

Lebih membuatkan pelakon ‘Kiah Perkasam ini kesal apabila timbul dakwaan dari satu jenama produk kesuburana mendakwa dirinya mengandung disebabkan memakan salah satu daripada produk tersebut. Selain satu lagi jenama produk iaitu produk kecantikan payudara menggunakan gambarnya juga tanpa kebenaran.

Demi membersihkan namanya, Che Tah yang kini sedang hamil 3 bulan, membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memberi notis tuntutan terhadap pihak syarikat produk berkenaan.

Menurut Che Ta, sebelum itu beliau sudah memberi amaran kepada pihak syarikat juga agen produk berkenaan agar menurukan gambarnya. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak syarikat itu.

“Ini bukan kali pertama nama dan gambar saya dipergunakan. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak tiga bulan lalu. Sehinggalah pada Isnin lalu seorang individu menghantar WhatsApp kepada saya bertanyakan tentang keberkesanan produk ini. Saya terkejut. Padahal saya tidak tahu menahu pun tentang produk itu. Saya tak mahu jadi bodoh. Jadi saya rasa saya harus bersihkan nama saya dan tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menggunakan nama saya tanpa kebenaran.

“Sebelum ini pihak ada ada menghubungi agen produk berkenaan dan meminta supaya mereka menurunkan gambar saya tetapi pihak berkenaan tidak berbuat demikian. Saya juga ada memberi komen di laman Instagram mengatakan saya tidak mengunakan produk itu. Saya minta secara baik tetapi mereka tidak peduli. Jadi saya terpaksa menghantar notis tuntutan. Lagipun disebabkan hal ini, sebuah syarikat produk kecantikan terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk mengambil saya sebagai duta mereka.

che_ta3

Disebabkan itu juga saya kerugian lebih kurang setengah juta”, kata Che Ta pada sidang media khas yang diadakan di Flora Cafe, Ampang Walk, pada Jumaat.

Sementara itu penguam yang mewakili Che Ta, iaitu Ahmad Fuad Hasim berkata satu notis tuntutan akan dihantar kepada syarikat berkenaan dalam masa terdekat ini.

“Kami akan menghantar notis kepada syarikat tersebut dan memberi tempoh selama 14 hari dari sekarang untuk mereka menurunkan gambar Rozita Che Wan. Disamping ada beberapa tuntutan lain termasuk tuntutan wang ringgit. Jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan susulan akan dikenakan”, tegas Ahmad Fuad.

Dalam pada itu Che Ta menegaskan beliau hanya merupakan duta kepada hanya dua produk kecantikan iaitu Safi Rania Gold dan Longevite.

Justeru beliau berharap pihak syarikat yang bertanggungjawab itu dapat menghormati keputusannya sekaligus tuntutan notis tersebut sebagai peringatan kepada pengusaha produk-produk yang lain supaya kes seperti ini tidak di pandang ringan oleh masyarakat.

*Kredit Photo – Shuhaizul Izhar

* Kredit Teks – Malaysian Digest

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *