Rozita Che Wan Panas Baran & Gedik Dalam ‘Miss Octopus’

Pasti kelihatan canggung apabila seorang wanita garang berubah menjadi seorang wanita yang gedik semata-mata untuk meraih perhatian jejaka idamannya. Menyusuli program Mentor 6, sebuah drama bersiri 13 episod, Miss Octopus yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Nabila Dally, Fahrin Ahmad, Nas.T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib pula menemani para penonton setiap Ahad, 9.00 malam mulai 24 Jun 2012.

 Ms Octopus yang diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip ditulis oleh Azlina Pa’Wan menggandingkan pelakon-pelakon hebat mengisahkan Oktober (Rozita Che Wan) dan Asmira (Nabila Dally) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden.

Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.

Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psychiatrist iaitu Dr. Iman (Rizz Amin). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.

Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza (Fahrin Ahmad) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.

Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan  Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar  makan bersama-sama Dr. Shah Reza.

Dr. Shah Reza sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya. Namun dia tidak berkenan dengan sikap Oktober dan itu membuatkan dia sering melarikan diri dari bertemu dengan Oktober.  Sesungguhnya Dr. Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira. Oktober mula perasan akan kemersraan Dr. Shah Reza dengan Asmira. Marahnya terhadap Asmira semakin membuak-buak. Hakim pula mula menjauhkan diri dari Asmira sejak melihat keintiman gadis itu dengan Dr. Shah Reza. Apabila Asmira dipelawa oleh Dr. Shah Reza untuk keluar makan malam bersamanya, tanpa berfikir panjang Asmira terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah dalam diam Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr. Shah Reza? Atau Asmira mempunyai agenda tersendiri menerima pelawaan Dr. Shah Reza itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?

Jangan ketinggalan untuk menonton Miss Octopus terbitan Grand Brilliance pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3.

Check Also

iQOO 13: Monster Inside, Dilancarkan di Malaysia

iQOO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran iQOO 13, telefon pintar baharu yang menetapkan standard prestasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *