RUFFEDGE – ‘SEPERTI MEREKA’

Hampir 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’.

Sekian lama hilang dari persada seni, Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018. Kemunculan semula Ruffedge menimbulkan suasana keterujaan dikalangan peminat muzik tanahair, lebih-lebih lagi apabila Ruffedge mengumumkan penganjuran konsert perdana mereka ‘Ruffedge: 20th Anniversary’ yang bakal berlangsung di KL Live pada  4 Ogos nanti. Sebagai pelengkap episod kemunculan semula mereka di persada muzik tempatan, singleSeperti Mereka’ dirakam khas untuk peminat setia Ruffedge yang merindui karya terbaru daripada mereka.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi. Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’. Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik  R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu. Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Seperti Mereka’ merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula pada 3 OGOS 2018 di pautan ini:

Seperti yang semua tahu, Ruffedge telah mengeluarkan single terbaru mereka yang berjudul “Seperti Mereka”. Oleh itu, Ruffedge sedang mengadakan contest yang membolehkan para peserta untuk menghantar video pertunangan atau video perkahwinan mereka dan pemenang akan berpeluang untuk diletakkan di dalam Music Video Seperti Mereka. Durasi video adalah minimum 2 minit dan mestilah di dalam format HD. Video boleh dihantar ke warnermusic.my@gmail.com dan tarikh penyertaan adalah daripada 14 Ogos 2018 hingga 21 Ogos 2018. Contest ini akan dijalankan di Akaun Instagram Ruffedge sendiri.

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *