Jika tiga bulan lepas, penyanyi wanita popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Chris Dalton selamat menyambut kelahiran bayi lelaki pertama mereka. Kini Ning & Omar sudah bersedia untuk memperkenalkan bayi tersebut kepada umum pada satu majlis sidang media yang diadakan di ibu kota pada 16 Mei 2013.
Bayi sulung mereka yang diberi nama Ryan Sky Dalton seberat 3.47kg itu yang lahir pada 31 Januari lalu, Ning ‘menyorok’ wajah anaknya daripada umum kerana mahu mengikut pantang larang ibunya.
Difahamkan sebelum ini, Ning pernah merancang untuk menghantar gambar Ryan kepada media namun di saat akhir dia membatalkan perkara itu supaya anaknya itu diperkenalkan dalam satu majlis lebih teratur.
“Terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu detik indah ini sejak saya melahirkan Ryan tiga bulan lepas. Alhamdullilah..walaupun diuji dengan dugaan semasa dia dijangkiti demam kuning, Ryan sembuh dengan cepat tanpa masalah kesihatan,” jelas Ning kepada pihak media.
[nggallery id=155]