Sambut Tahun Baru Cina dengan Pelbagai Pilihan Hiburan daripada Astro

Hua Hee Musical 2015

Astro meraikan Tahun Baru Cina bertemakan Xi Xi Ha Ha Xi Yang Yang dengan barisan program paling menarik sebagai permulaan yang penuh bermakna dan berseri untuk Tahun Kambing.

En. Choo Chi Han, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Pelanggan Cina Astro berkata, “Xi Xi Ha Ha mewakili tawa riang manakala Xi Yang Yang dalam Bahasa Mandarin bererti kegembiraan. Justeru, Astro bakal menyediakan pengalaman yang cukup meriah sempena perayaan ini buat rakyat Malaysia, menerusi pengisian program tempatan dan antarabangsa yang komprehensif serta karnival yang menyeronokkan, di samping maskot dan album esklusif Tahun Baru Cina yang menampilkan bintang-bintang terkenal Astro.”

Album Xi Xi Ha Ha Xi Yang Yang menggabungkan lebih daripada 60 artis dari Astro, MY FM dan Melody FM. Diilhamkan oleh padanan vintaj-moden, album Tahun Baru Cina ini mengandungi tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu tema yang digubah khas untuk perayaan tahun ini. Enam lagu selebihnya adalah adaptasi daripada lagu-lagu perayaan klasik kegemaran yang dinyanyikan oleh artis dari racangan televisyen popular Astro Ben Di Quan, Astro Star Quest dan Astro Hua Hee Dai serta penyampai radio MY FM dan MELODY FM. Album Tahun Baru Cina ini turut memuatkan DVD video muzik yang difilemkan di beberapa destinasi popular merentasi 14 negeri di Malaysia bagi memperlihatkan keceriaan dan warna-warni kehidupan yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.

Lebih menarik lagi, lagu tema Tahun Baru Cina kali ini turut diadaptasikan ke Bahasa Malaysia dan dinyanyikan oleh peserta-peserta Ceria Popstar 2014 iaitu Masya, Iqbal, JoMeGo, Kashika, Wafiy dan Erissa. Berjudul Ceria Xi Yang Yang, video muzik lagu ini menggambarkan mereka sama-sama meraikan perayaan ini dalam suasana budaya Tionghua dan berpakaian tradisi Tionghua. Dengan penampilan isitmewa artis Astro Ben Di Quan, penyanyi Elizabeth Tan yang menempa nama melalui YouTube dan Uncle Frankie yang terkenal melalui filem The Journey, video muzik ini disiarkan di semua saluran Bahasa Malaysia Astro di sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

CNYcdAlbum_sleeve new

Maskot Astro untuk Tahun Kambing adalah set tiga patung mainan berbeza warna dan ekspresi – Xi Xi (magenta), Ha Ha (hijau) dan Yang Yang (putih) – yang menyerikan lagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Program tempatan utama sempena Tahun Baru Cina termasuklah telefilem ‘Aunty Goes Young’, terbitan sampingan daripada ‘Super Comedian’, rancangan pencarian bakat komedi Bahasa Cina pertama di Astro. ‘Aunty Goes Young’ akan menghiburkan penonton pada Malam Tahun Baru Cina, 18 Februari pada pukul 8 malam di Astro AEC (Saluran 301) dan Astro AEC HD (Saluran 306). Cerita berkisar tentang seorang suri rumah yang mengubah penampilan secara drastik selepas dia terpaksa meninggalkan rumah dan mendapati keluarganya dapat meneruskan hidup dengan baik tanpanya. Selain pelakon popular tempatan seperti Steve Yap, Rosa Chong, Loo Aye Keng, Stephanie Liew dan Justin Ng Zi Xuan, telemovie ini turut dibintangi lima pelawak yang sedang bersaing untuk mengungguli gelaran ‘Super Comedian’. Mereka akan menerima undi dalam talian dan melalui SMS daripada penonton. Keputusan akan diumumkan semasa Peringkat Akhir ‘Super Comedian’ yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada hari Chap Goh Mei yang jatuh pada 5 Mac akan datang.

CNY Countdown Gala Astro akan terus menarik perhatian penonton tahun ini dengan persembahan muzikal yang menakjubkan, berlatarbelakangkan tahun 1970-an ke 1980-an dan diilhamkan dari filem ‘The House of 72 Penyewa’. Lebih 70 artis Astro, setiap daripada mereka mewakili satu suku dialek terdiri daripada Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew, Hainan dan sebuah kumpulan Barat, bertanding untuk mempamerkan pelbagai bakat masing-masing di The Neighbourhood House Annual Gala dengan matlamat yang sama untuk mengatasi kumpulan suku dialek lain dan memenangi anugerah Bakat Terbaik. Bertempat di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, Countdown Gala bakal membuat lintas langsung ke beberapa lokasi lain – Pulau Pinang, Yong Peng, Batu Pahat, Kota Kinabalu dan Kuching, dengan SIARAN LANGSUNG di Astro AEC dan Astro AEC HD, dari 10 malam sehingga tengah malam pada 18 Februari.

penggambaran video muzik (2)

Seterusnya, pemenang Astro Star Quest iaitu Uriah See dan Geraldine Gan akan membawa penonton dalam suatu pengembaraan muzik di Negara Matahari Terbit melalui ‘The Rhapsody of Japan’ yang bakal ditayangkan di Astro Wah Lai Toi (Saluran 311) dan Astro Wah Lai Toi HD (Saluran 310) pada jam 1 petang dari 19 Februari selama enam hari berturut-turut. Diiringi dengan gitar akustik dan biola, pengembaraan mereka ke bandar Osaka, Hokkaido, Tokyo dan Hiroshima untuk meninkau tradisi lama, landskap yang memukau serta budaya mempesona, akan diceritakan melalui muzik.

Kanak-kanak akan dihiburkan dengan rancangan ‘Kids Talent Show Musical’, sebuah pementasan berunsurkan elemen pengembaraan, fantasi dan pendidikan yang mengetengahkan 30 kanak-kanak dan bakat Astro seperti Danny Koo, Jie Ying, Ron Phang dan Elaine Lee pada 22 Februari, pukul 9 malam di Astro Xiao Tai Yang (Saluran 325).

Talents from Astro Star Quest participated in CNY music video shoot

Astro turut menyajikan ‘Hua Hee Musical’ (Huan Xi Ji Xiang), sebuah rancangan muzikal televisyen Hokkien yang mesti ditonton pada hari kelapan Tahun Baru Cina, menjelang ulang tahun kelahiran Maharaja Jed yang diraikan oleh kaum Hokkien. Barisan personaliti dari saluran Hua Hee yang diterajui oleh Freddie Ng, Xiao Feng Feng, Jentzen Lim, Phoebe Yap serta bakat baru Zhiny Ooi, Kevin Soo, dan Fancy Goh memberi persembahan hebat di Pulau Pangkor yang menjadi lokasi penggambaran program ini. Freddie Ng membawa watak sebagai pemandu pelancong, dan beliau secara diam-diam jatuh cinta dengan Xiao Feng Feng yang menjalankan perniagaan hotel.

Pelbagai peristiwa berlaku berikutan tibanya sekumpulan pelancong yang tinggal bercuti di hotel, lalu hubungan mereka perlahan-lahan berubah. ‘Hua Hee Musical’ akan disiarkan di Astro Hua Hee Dai (Saluran 333) dan Astro Hua Hee Dai HD (Saluran 332) pada 26 Februari, jam 10.30 malam.

Untuk maklumat lanjut dan informasi program, sila layari www.facebook.com/bendiquan.

Check Also

Konsert Rock Kapak 2 Kembali Menggegarkan Pentas

Setelah kejayaan pertama Konsert Rock Kapak yang telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 anjuran Boss …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *