Samsung Menggiatkan Kempen bagi Sukan Asia Ke-17 Incheon 2014

IMG_9083

Samsung Electronics menggiatkan usaha ke arah Sukan Asia Incheon 2014 hari ini dengan membuat pengumuman rasmi mengenai butir-butir terperinci kempen sokongan “Our Games, Our Pride” (Sukan Kita, Kebanggaan Kita). Sebagai Rakan Prestij bagi temasya sukan ini, Samsung akan melancarkan beberapa inisiatif pemasaran inovatif yang bertujuan mengulangi kejayaan besar kempen masa lepas dan membawakan pengalaman Sukan Asia kepada penonton di seluruh Asia. Inisiatif yang bakal dijayakan termasuk Team Samsung, Samsung Social Casters dan program Anugerah MVP Samsung.

Yung Kook Lee, Naib Presiden dan Ketua Kumpulan Pemasaran Pengalaman, Samsung Electronics berkata, “Samsung sekali lagi berbangga untuk memainkan peranan sebagai Rakan Prestij Sukan Asia Ke-17 di Incheon dan kami akan terus bekerja keras untuk menjamin kejayaan acara sukan global ini. Menerusi teknologi pintar Samsung, kami berharap untuk membawakan pengalaman inovatif dan interaktif kepada peminat di seluruh Asia, menyebarkan semangat kesukanan untuk memberi dorongan dan inspirasi.  Seiring dengan usaha menggiatkan kempen “Our Games, Our Pride” (Sukan Kita, Kebanggaan Kita) di Malaysia pada hari ini bersama peminat dan atlet Asia, kami ingin mencetus gelombang yang bakal membarakan semangat dan menarik minat dan memastikan acara ini disempurnakan dengan jayanya.”

IMG_9070

Program Team Samsung menghimpunkan 26 atlet terbaik dari pasukan kebangsaan China, Thailand, Malaysia, India dan Jordan. Dua anggota pasukan dari Malaysia telah diumumkan hari ini di sidang media di Kuala Lumpur: Dato’ Lee Chong Wei, pemain badminton bertaraf No. 1 dunia, dan Pandelela Rinong, yang merupakan pemenang pingat gangsa acara terjun di Sukan Olimpik London 2012.

“Samsung sentiasa memberikan sokongan padu kepada peminat dan juga atlet dalam bidang sukan. Saya sememangnya berbangga untuk menjadi salah seorang anggota Team Samsung. Saya sendiri meyakini cogan kata Samsung tahun ini, “Our Games, Our Pride” (Sukan Kita, Kebanggaan Kita) kata Dato’ Lee Chong Wei. “Saya percaya sukan sememangnya menjadi satu landasan umum yang menyatukan hati rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Saya berharap untuk mencatat prestasi cemerlang yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia di Sukan Asia akan datang.”

IMG_9010

“Saya sentiasa menghargai sokongan berterusan dan kepercayaan Samsung terhadap kami sebagai ahli sukan untuk terus memberi dorongan dan inspirasi kepada rakyat Malaysia. Saya amat berbangga untuk dipilih mewakili Team Samsung Malaysia pada Sukan Asia 2014 yang akan datang. Saya berharap untuk pulih daripada kecederaan saya dalam tempoh terdekat dan mencatatkan prestasi yang baik pada Sukan ini,” kata Pandelela Rinong.

Lebih ramai anggota pasukan akan diumumkan lewat bulan ini di majlis pelancaran seterusnya di negara masing-masing. Atlet Team Samsung akan memainkan peranan penting sebelum dan semasa Sukan Asia dengan menyertai pelbagai aktiviti membabitkan berbilang media, termasuk TV dan digital, sambil berkongsi kisah inspirasi mereka untuk mendekati hati peminat.

IMG_9020

Samsung juga telah menubuhkan pasukan “Samsung Social Casters” untuk menyalurkan kisah pasukan terus kepada peminat. Kumpulan tersebut terdiri daripada penulis blog profesional dari China, Thailand dan Malaysia. Mereka akan merakamkan pengalaman langsung mereka di Incheon dan berkongsi saat bermakna ini di pelbagai saluran media sosial, dengan menarik perhatian penonton di seluruh Asia menerusi paparan secara langsung menggunakan teknologi pintar Samsung. “Samsung Social Casters” juga akan menghadiri Upacara Pembukaan dan Penutup selain mengikuti perkembangan atlet Team Samsung sepanjang temasya sukan tersebut.

Di samping itu, sebagai penghormatan kepada atlet terkemuka yang mencatatkan prestasi memberangsangkan di Sukan Asia, Samsung telah menyampaikan Anugerah MVP Samsung sejak Sukan Asia Bangkok 1998. Anugerah MVP Samsung dianjurkan bersama oleh Majlis Olimpik Asia (OCA), Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC), dan Samsung, dan dipilih menerusi undian daripada wartawan dan penyiar bertauliah di temasya sukan tersebut. Atlet terpilih akan menerima piala Anugerah MVP Samsung di Upacara Penutup.

Samsung juga akan mengendalikan Pavilion Sukan Asia Samsung berhampiran Stadium Sukan Asia Incheon untuk orang ramai, yang menjadi pusat utama bagi semua aktiviti Samsung sepanjang temasya sukan tersebut. Pavilion ini akan menempatkan zon pengalaman untuk membolehkan pengunjung mengikuti acara Sukan menerusi peranti Samsung terkini. Ruang Istirahat Samsung akan turut disediakan di Pusat Akhbar Utama dan Perkampungan Atlet.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *