Selamat Tinggal Keguguran Rambut, Gayakan Rambut Anda

Sunsilk1

Bagi kebanyakan wanita, rambut yang lebat dan cantik sering kali dikaitkan dengan keyakinan dan keupayaan diri. Walau bagaimanapun, menjaga rambut agar sentiasa sihat bukannya mudah dengan masalah rambut gugur. Ini menjadi perkara yang paling kerap dialami oleh ramai wanita. Mereka sering risau tentang masalah keguguran rambut dan ini menghalang mereka daripada menggayakan rambut yang dimiliki kerana tidak pasti apa yang mungkin menyebabkan masalah rambut gugur mereka bertambah teruk lagi.

Selaras dengan misi Sunsilk untuk memperkasakan wanita dan membolehkan mereka menikmati kehidupan, Sunsilk melancarkan Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic bersesuaian dengan penggayaan Goodbye Hair Fall, Hello Hair Play. Sunsilk telah mengolah semula rangkaian Hair Fall Solution, yang terdiri daripada Hair Fall Solution Shampoo, Hair Fall Solution Conditioner dan tambahan terbaharu kepada rangkaian ini iaitu Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic. Tidak seperti penyelesaian rambut gugur yang biasa, rangkaian Hair Fall Solution yang dihasilkan bersama oleh pakar penjagaan kulit kepala dan kulit iaitu Dr. Francesca Fusco ini mengurangkan keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut. Teknologi hak miliknya, Root Lock MineralTM, menyuburkan akar rambut dari dalam, bagi menghasilkan ramnbut yang lebih kuat dan lebih sihat dengan mengurangkan keguguran rambut sebanyak 10 kali.*

Sunsilk3

“Sebagai jenama yang mempercayai bahawa setiap orang berhak mendapat rambut yang cantik, Sunsilk sentiasa berusaha membawakan kepada wanita produk penjagaan rambut yang disesuaikan untuk keperluan mereka. Melalui rangkaian Hair Fall Solutions, kami harap dapat memberikan para wanita perasaan penuh yakin dan memperkasakan diri mereka untuk menjalani kehidupan seharian dengan penuh keyakinan yang diperolehi daripada rambut yang sihat dan cantik. Bukan itu sahaja, Sunsilk mahu setiap wanita menikmati kebebasan daripada rambut gugur, seterusnya membolehkan mereka menggayakan rambut mengikut pilihan masing-masing,” menurut Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Untuk tahun ini, usaha Sunsilk membantu para wanita memperoleh rambut yang cantik dan sihat dimeriahkan lagi dengan Cabaran Goodbye Hair Fall, Hello Hair Play. Peraduan ini menggalakkan para wanita menyertai keseronokan menggayakan sendiri rambut mereka. Selaras dengan itu, Sunsilk telah menerbitkan video tutorial langkah demi langkah yang mengajar wanita cara menggayakan rambut mereka. Tutorial gaya rambut untuk gaya sock bun, chopstick updo, bouffant dan side braid boleh ditonton melalui laman Facebook Sunsilk Malaysia.

Sunsilk2

Para wanita boleh menyertai cabaran mencuba pelbagai gaya rambut yang member cabaran kepada akar rambut dengan menghantar gambar foto bersama kapsyen dan bukti pembelian (minimum RM15). 25 orang gadis akan dipilih melalui sistem undian untuk memenangi masing-masing sebuah iPad Mini dan jemputan menghadiri parti akhir tahun serta sesi mekap. Aplikasi  Cabaran Goodbye Hair Fall, Hello Hair Play akan disediakan di laman Facebook  Sunsilk Malaysia mulai pertengahan bulan Oktober dan seterusnya.

Persembahan menggayakan rambut semasa pelancaran menampilkan pelbagai gaya rambut yang mudah dan cepat yang boleh dicuba oleh setiap gadis di rumah. Rambut dengan gaya daripada kasual hinggalah kepada chic boleh dibuat dalam masa 10 minit selepas mengikuti rutin tiga langkah mudah menggunakan tonik rambut; gunakan tonik, urut pada akar rambut dan gayakan rambut anda. Selepas itu, para hadirin telah dijemput untuk mencuba gaya rambut ini dengan bantuan para pakar rambut sebagai sebahagian daripada aktiviti harian yang menyeronokkan. Turut menyokong inisiatif ini ialah dua orang  fashionista iaitu Liyana Jasmay dan Elfira Loy, yang turut hadir di majlis pelancaran.

Syampu Sunsilk Hair Fall Solution dijual pada harga RM12.90 (320ml), Perapi Sunsilk Hair Fall Solution dijual pada harga RM12.90 (320ml) dan Tonik Rambut Sunsilk Hair Fall Solution dijual pada harga RM12.90 (80ml).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Sunsilk Malaysia di http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *