Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil akan berkonsepkan ‘Game On’ .
Persembahan finalis akhir AJL 28 ditentukan menerusi cabutan undi daripada artis itu sendiri, namun bagi edisi penganjuran tahun ini, TV3 mengambil pendekatan dengan menetapkan sendiri giliran persembahan finalis.
AJL28 kali ini berkonsepkan Game On yang bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan.
AJL 28 akan menampilkan AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos . Sebelum acara kemuncak, acara ‘Karpet Ungu’ bakal disiarkan menerusi program Hip TV di TV9 serta laman www.anugerahjuaralagu.com bermula seawal 7.30 malam.
Selain finalis bertanding penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada beberapa artis popular seperti Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees).
Berikut merupakan senarai giliran persembahan finalis akhir AJL 28.
1. Aku Pelat – Salammusik
2. Takkan Terpisah – Black
3. In Love With You – Aizat Amdan dan Noh Salleh
4. Hanya Aku – Hyper Act
5. Bosan – Stacy
6. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
7. Penglipur Lara – Hazama
8. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor
9. Sahabat – Najwa Latif ft. Sleeq dan Syamkamarul
10. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter
11. Kau Yang Terindah – Alyah
12. Kalau Aku Kaya – Awi Rafael dan Altimet