Shila Amzah Bakal Berentap Di Pentas ‘I Am Singer’ Lagi

704_1271253_185338

Sepertimana yang kita tahu Shila Amzah berjaya mara ke peringkat akhir ‘I Am Singer’, dan mendapat tempat ketiga di pertandingan tersebut. Shila Amzah merupakan salah seorang wakil dari Malaysia yang tampil dengan persembahan yang hebat dan mantap di sepanjang pertandingan ini. Berkat usaha yang jitu, Shila Amzah berjaya menonjolkan bakat yang sedia ada untuk menjadi pilihan untuk mara ke peringkat akhir.

Pada pusingan pertama Shila Amzah telah menyanyikan lagu berjudul “When You Believe” berduet bersama Huang Qishan yang merupakan finalis ‘I Am Singer’ musim pertama. Pada persembahan beliau, penonton seakan terpegun dan terpukau dengan kebolehan vokal yang lunak dari Shila Amzah. Shila Amzah sememangnya mempunyai kekuatan vokal yang unik dan berbeza dari artis yang lain. Shila Amzah seperti didunianya sendiri tatkala membawakan lagu tersebut. Terbukti persembahan duetnya itu berjaya memukau penonton dimana dia mendapat tempat ketiga teratas bagi persembahan tersebut dan seterusnya membawa nama beliau ke pusingan kedua iaitu ke pentas “Grand Finale“. Pada pusingan kedua, beliau membawa lagu yang dipopularkan oleh kumpulan EXO berjudul “Mama”. Lagu yang rancak tersebut turut membuatkan Shila Amzah untuk tampil menari. Persembahan nyanyian bersama tarian adalah sesuatu yang baru dimana seperti kita tahu Shila Amzah lebih kepada lagu yang menekankan kepada persembahan vokal tetapi ini adalah satu usaha buat Shila bahawa dia mampu untuk melakukan apa sahaja demi bidang yang diminatinya.

Walaupun Shila mendapat tempat ketiga di pertandingan tersebut, peminat dan penonton Shila di Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Shila di sana, ini kerana selepas kejayaannya dia “Asian Wave”, Shila masih mampu untuk mencipta nama beliau dipersada antarabangsa buat kali kedua walaupun beliau tidak menjuarai di pertandingan tersebut. Ini merupakan salah satu kebanggaan buat rakyat Malaysia dan ia telah membuka mata dunia terhadap Malaysia yang juga mampu untuk melahirkan bakat-bakat besar di industri muzik antarabangsa seperti Shila Amzah.

Dan pada 11 April 2014 ini bersamaan dengan hari Jumaat, Shila Amzah bakal berentap kembali di pentas ‘I Am Singer’ tetapi kali ini konsepnya berbeza di mana 5 finalis ‘I Am Singer’ musim kedua akan berentap dengan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim pertama.

Malam tersebut sekali lagi akan menyaksikan persembahan yang hebat dari Shila Amzah di mana Shila bakal memberikan kejutan yang terbaru dari segi persembahan beliau. 10 nama yang akan berentap pada malam 11 April itu nanti adalah Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim pertama dan Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong), Shila Amzah (Malaysia), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim kedua.

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *