Siaran Langsung & Laporan Menyeluruh Sukan Sea 2013 Dari Astro Arena

sea-games-2013-logo

Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan siaran langsung dan liputan menyeluruh untuk Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung di Myanmar bermula dari 8 hingga 22 Disember 2013.

Para peminat sukan tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman tontonan terbaik kerana Astro Arena merupakan satu-satunya saluran yang akan menyiarkan liputan komprehensif Sukan SEA selama hampir 12 jam setiap hari yang melibatkan atlet tanah air secara langsung terus ke kaca televisyen penonton.                                                                                            

Demi menghidangkan maklumat terpantas dan ulasan perlawanan secara langsung barisan pengacara Astro Arena iaitu Akbar Sahari, Hafizal Hamad dan Shaukei Kahar akan berkampung di Myanmar bagi membawakan kehangatan sebenar dari 25 gelanggang terpilih antaranya Stadium Wunna Theikdi, Stadium Zeyar Thiri, Stadium Aung San, Stadium Theinphyu, Stadium Bola Sepak Mandalar Thiri,

Kompleks Sukan Nasional Thuwana dan Pusat Konvensyen Myanmar. Selain itu, barisan pengacara dan pengulas sukan Astro Arena iaitu Dayang, Jannah, Syed Latif (Rod), Sharon Wee, Rizal Hashim dan Burn akan berada di tanah air untuk terus memberikan liputan menyeluruh selama lebih 150 jam sepanjang Sukan SEA berlansung.

Disamping Astro Arena, Astro akan turut menyajikan para penonton dengan aksi-aksi terbaik barisan atlit negara di Sukan SEA 2013 sepanjang hari dalam satu saluran khas iaitu saluran 802. Peminat-peminat sukan di Malaysia pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton kesemua 11 kontinjen yang terdiri daripada pasukan Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste dalam usaha untuk merebut 460 pingat emas melalui 34 acara sukan yang dipertandingkan menerusi program Bingkisan Sukan SEA 2013.

Sebagai tambahan, istimewa buat pelanggan Astro, anda juga boleh mengikuti sorotan terkini secara langsung Sukan SEA 2013 dari Myanmar melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kini, anda boleh menonton aksi-aksi hebat atlet negara melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua.

Acara sukan tumpuan iaitu bola sepak akan membuka tirai Sukan SEA edisi ke-27 ini dengan perlawanan peringkat awal kumpulan A yang turut menempatkan pasukan Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kesemua perlawanan bola sepak di Astro Arena saluran 801 bermula pada 8 Disember ini dan tunjukkan sokongan anda terhadap pasukan Harimau Muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Adakah pasukan bola sepak negara mampu mempertahankan kejuaraan yang diraih selama dua edisi Sukan SEA sebelum ini? Sama-sama kita saksikan.

Selain daripada bola sepak, acara sukan lain seperti olahraga, akuatik, sepak takraw dan bina badan akan menjadi fokus utama untuk edisi kali ini. Astro Arena akan terus mengemaskini informasi dan keputusan untuk acara-acara sukan berkenaan serta kesemua acara yang dipertandingkan melalui liputan berita yang akan bersiaran setiap hari pada pukul 1.00 tengahari (15 minit), 7.30 malam (30 minit) dan 11 malam (30 minit). Nadi Arena pula akan menyampaikan laporan terkini setiap satu jam sepanjang hari. Manakala, sorotan laporan penuh harian akan bersiaran secara langsung setiap hari pada pukul 11.30 malam.

Oleh itu, pastikan anda mengikuti liputan Sukan SEA 2013 Myanmar yang terpantas, terkini, padat dan tepat pada setiap hari di Astro Arena (saluran 801) bermula daripada 8 Disember 2013.  Ekspresikan sokongan anda dalam melestarikan sukan tanah air serta atlet negara di persada antarabangsa melalui Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggani Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

One comment

  1. Mohd Noor Aizad bin Nordin

    Assalamualaikum team astro arena..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin 2017..sy aizad dr alor gajah,melaka..sempena sukan sea 2017 yg akan dtg mohon utk ketengahkn wira negara sukan seap 71 yg memenangi 3 pngt emas acara menembak yg rsnya tidak dikenali..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *