![](https://selebritionline.com/wp-content/uploads/2011/11/IMG_8077-1024x711.jpg)
Baru-baru ini Skop Production Sdn Bhd telah melancarkan filem terbaru iaitu ‘KL Gangster 2’. Ia adalah kesinambungan dalam bentuk ‘pre-kuel’ dari KL Gangster yang pertama yang telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM12 juta di pawagam-pawagam.
Sekali lagi filem ini akan diarah oleh pengarah muda iaitu Syamsul Yusof. KL Gangster 2 dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM3 Juta untuk kos produksi.Ia adalah filem ke-29 Skop Production Sdn Bhd.Filem adalah terbitan bersama antara Skop Production Sdn Bhd dengan Grand Brilliance Sdn Bhd.
[media-credit id=21 align=”alignright” width=”212″]
![](https://selebritionline.com/wp-content/uploads/2011/11/IMG_8087-212x300.jpg)
Syamsul sengaja memilih untuk menghasilkan KL Gangster 2 dalam bentuk ‘pre-kuel’ demi mendapatkan satu impak yang lebih berkesan tentang kisah yang menimpa Malik sebelum dia terjerumus dalam kegiatan jenayah.KL Gangster 2 masih lagi mengekalkan pelakon-pelakon KL Gangster cuma ada pertambahan iaitu Rosyam Nor.
Filem ini akan memulakan sesi penggambarannya pada 1 Disember 2011 dan akan memakan masa selama 45 hari. Lokasi penggambaran adalah sekitar Kuala Lumpur,Lembah Klang dan Batu Gajah Penang.