YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 Di Lancarkan Secara Maya

Acara perniagaan tahunan yang paling dinantikan, Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020, dilancarkan hari ini oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, yang berlangsung bermula pada 14 hingga 17 Oktober, seterusnya menjadikannya platform maya pertama yang dipimpin oleh sesebuah negeri untuk memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri dalam usaha untuk menjalankan perniagaan dengan mematuhi norma-norma baru. Menawarkan peluang tanpa sepadan, SIBS Virtual mengumpulkan pemain industri dari seluruh dunia untuk membantu ahli-ahli perniagaan memperkukuh dan meransangkan semula perniagaan mereka dengan menyediakan platform perkongsian pengetahuan, pemadanan perniagaan untuk semua pengunjung perdagangan.

“Norma-norma baru ini telah membuatkan kita merangka Kembali strategi dan rancangan dalam menjadikan SIBS sebagai siding kemuncak yang harus dihadiri di rantau ini. Sebagai contoh, walaupun kita tidak dapat bertemu secara langsung, penggunaan teknologi telah membolehkan kita meneruskan hubungan dan komunikasi dengan komuniti perniagaan yang lebih besar serta bakal-bakal rakan strategik dan pihak yang berkepentingan,” kata Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Eksekutif, Kerajaan Negeri Selangor.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor

SIBS Virtual 2020 akan mempunyai tiga komponen utama dalam siding kemuncak tersebut; Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor ASEAN dan Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor. Program empat hari dalam talian ini bakal menawarkan antaranya pameran maya, webinar, persidangan, jalinan rangkaian dalam talian dan peluang-peluang pemadanan perniagaan. Selangor terus mengambil peranan sebagai kuasa ekonomi serantau disebalik cabaran-cabaran semasa dan prospek pertumbuhan ekonomi yang kurang memberansangkan, dengan sumbangan lebih dari 24 peratus kepada KDNK Malaysia setiap tahun.

Dato’ Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor berkata “Selama bertahun-tahun, pentadbiran ini telah menempuh pelbagai dugaan, dan menghadapi cabaran bagi menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan dan perniagaan di rantau ini. Oleh itu, pandemic COVID-19 adalah satu lagi cabaran yang harus kita lalui dan, inshaAllah, kita akan dapat melakukannya, dengan sokongan kuat dari semua pihak. “Saya sangat berharap anda semua akan mendapat manfaat dari SIBS 2020, yang bakal menawarkan akses yang lebih besar dan tempoh yang lebih lama hingga Oktober 2021, Virtual SIBS akan membolehkan anda memanfaatkan pelbagai peluang dengan cara yang lebih mudah, di mana semua orang boleh mengakses dari keselesaan kediaman mereka sendiri” tambahnya.

Virtual SIBS 2020 akan berterusan sehingga 2021, seterusnya membolehkan para usahawan untuk terus menggunakan platform ini setelah empat hari secara fizikal tersebut. SIBS 2021 dijadualkan kembali pada 7 – 10 Oktober 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *