Single Pertama ZAWFAN Berjudul “RASUL KITA”

ZAWFAN ialah kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada 2020 oleh Yasir Tamizi, Fadzli Radzi dan Hafiz Tamizi.Lahir dari kerinduan mereka pada lagu-lagu dakwah yang hanya dihasilkan menggunakan 100% pergendangan, kompang atau alat perkusi gendangan.Pengasasnya Hafiz Tamizi, adalah juga merupakan vokalis Utama kumpulan nasyid – Mirwana.Membesar dengan irama lagu-lagu nasyid seperti Raihan, Nadamurni dan TheZikr, bagi mereka nasyid klasik yang disampaikan sekitar tahun 90-an sangat sederhana, namun ia berjaya dihayati masyarakat.

Tidak sarat, hanya berbekalkan lirik yang jelas dan melodi yang ringkas, nyanyian yang sederhana, suara latar berharmoni serta iringan alat kompang dan pergendangan sahaja, namun ia mampu membawa mesej keagamaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kerohanian dengan sangat mengesankan masyarakat.Ia juga merupakan salah satu resepi tercetusnya era kegemilangan nasyid di Malaysia yang menjadi fenomena umat Islam seluruh dunia. Pandangan ini turut dikongsi oleh sebahagian besar penggiat, pemuzik, pemerhati, dan peminat nasyid tanahair.

Pada awal 2020, ZAWFAN mula mengorak langkah pertama di media sosial bergerak dengan tanda pagar #RinduNasyid dengan merakamkan semula video-video nasyid nostalgia secara acapella atau iringan perkusi di laman Facebook rasmi di pautan berikut:

https://www.facebook.com/ZAWFAN.official

https://www.instagram.com/ZAWFAN.official

https://www.tiktok.com/@nasyidZAWFAN

(FACEBOOK) (INSTAGRAM) (TIKTOK)

ZAWFAN berjaya menghimpunkan perindu-perindu nasyid di media sosial mereka dan di sini mereka bernostalgia, bersembang dan bertukar-tukar buah fikiran. Komuniti perindu nasyid bersama-sama menginginkan irama nasyid yang ringkas dan sederhana, vokal harmoni dan kompang pergendangan seperti era 90-an itu untuk kembali semula dihasilkan.

Single Pertama – Rasul Kita

Pertengahan tahun 2021, single pertama ZAWFAN bertajuk “Rasul Kita” telah dilancarkan.

Mesejnya sangat tepat dengan keadaan semasa di mana masyarakat sedang dilambakkan dengan adiwira-adiwira cereka dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan DC Universe (DCU).

Sambil berhibur dan terpesona dengan karya fiksyen begitu, bagi masyarakat Islam perlu ada peringatan bahawa adiwira-adiwira sebenar ialah para nabi dan rasul kita yang disebut nama- nama mereka di dalam kitab Al-Quran yang didatangkan hadir dikalangan manusia pada zaman dan waktu tertentu memberi peringatan, menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kebijaksanaan, dari kepalsuan kepada kebenaran.

“Rasul Kita” adalah merupakan sebuah lagu nasyid asuhan yang ditujukan kepada anak-anak. Liriknya mengingatkan nama-nama nabi dan rasul serta mengajak agar sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran, iktibar dan teladan dari kisahnya. Inspirasinya memang dari lagu “25 Rasul” dendangan Raihan.

Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bersama, dimuat naik dan boleh ditonton di channel mereka di laman YouTube:

Ciptaan, Terbitan dan Edaran

“Rasul Kita” adalah ciptaan Hafiz Tamizi, diterbitkan oleh ZAWFAN dan diedarkan secara digital oleh Inteam Records. Kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music dan boleh didengari di IKIMFM, ZAYAN dan radio-radio tempatan yang lain.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *