Siri HUAWEI P30 Merakamkan Saat Indah dari Majlis Perkahwinan Fasha Sandha

Pada 30 March yang lepas, pasangan sama padan sama cantik,Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat diijabkabulkan di Perlis. Banyak perkongsian yang telah dikongsikan, umpamanya apabila Fasha berkongsi sesi penggambaran pra perkahwinannya yang meletakkan tanda tanya adakah itu gaun perkahwinan rasminya?

Terima kasih kepada Siri HUAWEI P30, teknologi Lens SuperZoomnya yang mampu zum sehingga 50x, kita dapat menangkap saat saat indah tersebut. Dan pada Sabtu yang lepas, sekali lagi kita dapat menjadi sebahagian dari hari yang bermakna itu. Cuba anda lihat pada gambar di bawah, mereka berdua nampak sangat cantik! Rekaan gaun perkahwinan hasil rekaan terperinci dari Rizman Ruzaini dapat dilihat walaupun gambar di ambil dari jarak yang jauh! Gaun perkahwinan putih yang disarungkan Fasha semasa akad nikah dan gaun berwarna ungu lembut itu sangatlah menawan.

Seperti yang kita dapat lohat dari gambar yang dikongsi Fasha, rekaan terperinci dari Rizman Ruzaini amat mengagumkan. Fasha Sandha dan Aidil Aiziz layak digelar the bride and groom of the year dengan sentuhan klasik Rizman Ruzaini ini.

Rakamkan saat-saat manis anda Bersama siri HUAWEI P30

Dengan teknologi Sistem Leica Quad Camera yang termasuk Lensa SuperZoom yang boleh zum sehingga 50x, 40MP Super Sensing Camera, dan Lensa Lebar Ultra 20MP, Siri HUAWEI P30 direka sangat memukau. Ianya menonjolkan semula kehebatan fotografi telefon pintar baru dengan keupayaan untuk merakam perkara terbaik dalam hidup dan mencipta sesuatu yang menarik pada masa hadapan.

Akhinya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pelancaran rasmi Siri HUAWEI P30 di Malaysia akan berlaku pada hari ini, 2 April 2019!

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *