Siti Nurhaliza Perkenalkan 3 Produk Baru ‘SimplySiti Eau De Parfum’

Sempena ulang tahun SimplySiti yang kedua, jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memperkenalkan satu kategori produk baru iaitu SimplySiti Eau De Parfum (EDP). Ia adalah hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.

Betaphroline adalah ekstrak dari tumbuhan indigo yang ditemui di kawasan Himalaya yang bertindak sebagai perangsang liposis bertujuan membantu meningkatkan pecahan lemak berlebihan pada tubuh.Dalam pada itu, SimplySiti EDP terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan.

Menarik lagi, sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki yang menggambarkan siapa wanita idaman mereka.

Antara wajah-wajah lelaki yang bakal muncul dalam komersial produk baru tersebut ialah Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, ahli perniagaan muda, SM Khalis SM Zul, Pengarah Ibex Group, Adam Yahya serta Leuniey Natasha, wajah baru di bidang komersial.

Buat para penggemar minyak wangi, harga sebotol SimplySiti Eau De Parfum hanya RM69.90 dan sudahpun berada di pasaran.

 

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *