LINE iaitu peneraju dunia perkhidmatan mesej telefon bimbit, mengumumkan matlamat untuk menggandakan bilangan penggunanya di Malaysia pada tahun ini. LINE akan terus melabur dan memperkembangkan bilangan komuniti pengguna tempatan melalui pelbagai jalinan usahasama dengan syarikat tempatan dan melaksanakan kempen pemasaran bersepadu secara meluas yang akan menampilkan bintang dari Korea, Siwon Choi.
Sebagai permulaan kempen tempatannya yang pertama, LINE akan menayangkan iklan komersil TV tempatan yang dibintangi oleh Siwon Choi, penyanyi dan pelakon antarabangsa terkenal. Penggambaran iklan tersebut mengambil tempat di Tasik Ampang Hilir.Beliau sendiri hadir pada sidang media sebentar tadi serta memperkenalkan bilik ruangan maya dan avatarnya di LINE PLAY,perkhidmatan komunikasi LINE yang menggunakan avatar.
Antara selebriti terkenal yang telah memiliki LINE Official Account termasuk Zizan Razak, Danny One, Liyana Fizi, Isaac Dang, Chris Tong Bing Yu, Jane Ng dan Keqing. G-Dragon daripada Big Bang juga baru-baru ini melancarkan lagu terbarunya melalui LINE Official Account. Peminat boleh memuat turun set eksklusif G-Dragon Sticker yang membolehkan mereka mendengar lagu terbaru beliau “GO” secara percuma.
Di Malaysia, LINE juga kini berfungsi atas platform Nokia S40 yang didatangkan pakej lengkap bagi telefon pintar Nokia Asha. Ianya merupakan platform tambahan kepada peranti sedia ada seperti Blackberry, Window Phone, iPhone dan Android.