Skor Kredit Anda Dengan Percuma Melalui Applikasi Mobylize

Moby Fintech Sdn Bhd, syarikat baru mula fintech tempatan melancarkan aplikasi pemudah keputusan kewangan, Mobylize, untuk meningkatkan kesedaran kredit pengguna.

Melalui aplikasi Mobylize, pengguna dapat dipadankan dengan produk dan perkhidmatan kewangan yang bersesuaian dengan penilaian kredit, justeru meningkatkan peluang bagi mendapat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan.

Aplikasi ini juga membolehkan para pengguna mendapatkan skor kredit dan analisis kredit yang dikeluarkan oleh Credit Bureau Malaysia secara percuma. Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan kebolehan membuat keputusan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan kedudukan kewangan mereka disamping membantu  meningkatkan kualiti kredit.

Menurut pengasas Mobylize Rian Philip, penilaian kredit “memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya celik kewangan seseorang tetapi sering diabaikan oleh rakyat Malaysia. Ia adalah kayu pengukur yang berguna untuk memahami kesihatan kewangan seseorang namun tidak ramai orang memahaminya”.

Beliau menambah bahawa aplikasi Mobylize membolehkan rakyat Malaysia memahami penilaian kredit mereka dengan memberikan analisa kredit yang mudah difahami.

Dari aplikasi ini, pengguna dapat memantau dan memahami bagaimana faktor yang berkaitan dengan tingkah laku kredit mereka seperti penggunaan kemudahan kredit, penggunaan had kredit, sejarah pembayaran dan lain-lain lagi menjejaskan skor kredit mereka.

Ia juga menyediakan tip berguna dan penyelesaian khusus untuk membantu pengguna meningkatkan skor kredit mereka dan mengurangkan risiko hutang tidak berbayar.

“Kami berharap agar semua pengguna aplikasi Mobylize akan sentiasa mengekalkan penilaian kredit yang positif supaya mereka boleh mendapat kemudahan kredit apabila mereka memerlukan pinjaman.

“Matlamat utama kami adalah untuk mengalihkan kuasa membuat keputusan dari institusi kewangan kepada pengguna. Dengan itu, algoritma aplikasi ini telah diselaraskan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan profil kredit pengguna. Dengan cara ini, pengguna tidak perlu meneka kelayakan mereka untuk mendapatkan pinjaman Bank. Aplikasi ini juga memberi pengguna gambaran yang baik tentang pilihan yang ada supaya mereka dapat memilih produk kewangan yang memberi faedah dengan kadar yang terbaik,” kata Rian.

Aplikasi yang kini boleh dimuat turun dari Google Play Store ini juga akan mengajukan kepada pengguna soalan-soalan berkaitan gaya hidup mereka dari masa ke semasa.

Rian menjelaskan bahawa soalan-soalan ini penting dalam membantu algoritma aplikasi memahami faktor gaya hidup pengguna yang tidak tertulis di dalam laporan kredit seperti pendapatan, tabiat berjimat dan corak perbelanjaan. Dengan pemahaman ini, aplikasinya akan dapat memberikan petua-petua khusus dan cadangan peribadi yang lebih tepat untuk membantu meningkatkan penilaian kredit seseorang.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *