Sonu Nigam dan Atif Aslam Berkongsi Pentas Buat Pertama Kali di Asia

Peminat muzik Bollywood pasti akan terhibur! Buat pertama kali di Asia, dua bintang Bollywood terkenal yang paling hebat dan paling disukai ramai, Sonu Nigam dan Atif Aslam, akan berkongsi pentas untuk membuat persembahan eksklusif selama satu malam sahaja pada 22 Januari 2016.

Dibawakan oleh Hitman Solutions, Shaam-e-Dostana akan memaparkan lagu-lagu pupular yang menjuarai carta seperti Suraj Hua Madam (OST – Kabhi Kushi Kabhi Gham) dan Kal Ho Na Ho (dari filem yang sama) daripada Sonu Nigam dan Pehli Nazar Mein (OST – Race) serta Bakhuda Tum Hi Ho (OST – Kismet Konnection) daripada Atif Aslam. Persembahan ini pasti akan menghiburkan para peminat mereka bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini.

Shaam E Dostana Poster

Melodi suara Sonu Nigam, salah seorang penyanyi latar terhebat dan paling berjaya dalam industri filem Hindustan, diikuti dengan kualiti dan julat suaranya yang mantap, sering dianggap setanding dengan suara penyanyi lagenda, Mohammad Rafi. Sonu yang mewarisi bakat bapanya, penyanyi lagenda, Agam Kumar Nigam, sebelum ini pernah menyanyi untuk nama-nama bintang terkenal seperti Dato’ Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Hrithik Roshan.

Sementara itu, vokal Atif Aslam yang sungguh bertenaga dan penyampaian sepenuh perasaan, yang dicelah dengan lawak yang mencuit hati telah memasyhurkan nama bintang paling hebat Pakistan ini. Atif yang terkenal dengan teknik lenggok vokalnya yang mantap mempunyai personaliti yang mesra serta bersikap bersunguh-sungguh terhadap bakat seninya. Beliau turut menampilkan diri sebagai seorang wira zaman moden yang menjadi pujaan serta dihormati ramai golongan muda di Asia Tenggara.

“Kami amat gembira kerana dapat membawakan kepada para peminat dua nama besar bintang Bollywood untuk berkongsi pentas di Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka merupakan bintang lagenda di negara masing-masing. Sonu Nigam dan Atif Aslam turut mendapat tempat dalam dunia muzik Barat. Kami telah bekerja keras untuk menjayakan persembahan ini khusus untuk para peminat di Malaysia dan Asia dan berharap semoga anda akan teruja seperti kami juga untuk menyaksikan kolaborasi hebat antara kedua-dua bintang pujaan ramai ini,” jelas Rohit Rampal, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions.

Bagi meraikan persembahan sulung mereka bersama di Asia, Sonu & Atif telah menggubah sebuah lagu istimewa berjudul Jugalbandhi, yang akan dipersembahkan buat pertama kali, khusus untuk para peminat Bollywood di Malaysia. Membawa maksud “kembar serangkai”, Jugalbandhi adalah lagu duet yang istimewa kerana kedua-dua artis perlu mengenengahkan kehebatan masing-masing semasa membuat persembahan. Ini disebabkan pendengar tidak akan dapat membezakan yang mana satu penyanyi utama dan yang mana satu penyanyi pengiring kerana kedua-duanya sama-sama hebat.

Ilham untuk membawakan Shaam-e-Dostana telah dicetuskan oleh Carnival Media Pte Ltd, sebuah syarikat media dan hiburan kontemporari yang mengkhusus dalam penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia yang memberikan pengalaman yang tiada tandingan. Carnival Entertainment juga akan menganjurkan persembahan ini di Malaysia.

Gagan Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Carnival Media Pte Ltd berkata, “Pada kami Jugalbhandi bukan sekadar persembahan berduet sahaja, malah ia secara tepat menghuraikan tentang tujuan di sebalik persembahan hebat ini. Persembahan yang diadakan untuk satu malam sahaja ini akan menghiburkan para peminat di Malaysia melalui kolaborasi muzik antara dua bintang terkemuka pujaan ramai yang berbakat besar dan sangat berjaya”

Shaam-e-Dostana akan bermula pada pukul 7.00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tiket untuk persembahan satu malam sahaja ini dijual pada harga dari RM80 melalui http://www.carnivalentertainment.info. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai konsert ini, layari laman http://www.carnivalentertainment.info atau singgah di https://www.facebook.com/hitmansolutionsasia.

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *