Stadium Merdeka Bakal Gegar 17 September Ini! Konsert Percuma Untuk Anda Dari Astro

[media-credit name=”PC Konsert Suara Kami” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Astro akan membawakan kepada kita semua Konsert Suara Kami yang menampilkan nama-nama hebat yang bakal beraksi di Stadium Merdeka pada 17 September 2011 bertempat di Stadium Merdeka bermula jam 8:00 malam.

Antara barisan artis antarabangsa yang tersenarai ialah sensasi terbaru K Pop iaitu Rania, raja dan ratu carta hit India, Naresh Iyer, Chinmayi serta penyanyi Canto pop Hong Kong Hins Cheung. Selain mereka, terdapat juga beberapa lagi barisan artis-artis tanahair yang bakal berkongsi pentas seperti Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Lan typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz, Stacy dan gabungan gitaris lagenda seperti Man Kidal, Kid Search, Joe Wings dan Hillary Ang.

Selain dari itu peminat K Pop juga boleh bertemu secara langsung dengan penyanyi dan penari Semi, Riko, Jooyi, Di, Joy, T-ae dan Xia.

Kemasukan adalah percuma dan tempahan tiket boleh didapati di http://www.suarakami.com.my. Tiket juga boleh dimenangi melalui www.facebook.com/astro atau dengan mengikuti Twitter rasmi Astro di akaun @suarakami2011.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh menonton Konsert Suara Kami pada 17 September 2011, 8:30 malam di saluran Astro RIA (104), Raya HD (108), Astro AEC (301), Astro Vaanavil (201), Astro Hitz (705), TV2 atau di TV9.

* Rujukan dari Siaran Akhbar Oleh Astro Communication Department

[nggallery id=9]

 

Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …