Stephen Rahman lancarkan album pertama berjudul “Stephen Rahman Hughes”

Akhirnya Stephen Rahman melancarkan album pertama beliau yang berjudul “Stephen Rahman Hughes” di Hard Rock Cafe baru-baru ini. Album itu mengandungi 8 buah lagu yang kesemuanya di dalam Bahasa Melayu. Gabungan irama pop rock, balada dan rock alternatif, Stephen menerapkan pelbagai gaya yang berbeza di dalam lagu-lagu yang dinyanyikannya.

Album ini mendapat sentuhan komposer terkemuka seperti Azlan Abu Hassan, Audi Mok dan Kevin Chin dari Malaysia, Irwan Simajuntak dan Dinuth dari Indonesia, serta sentuhan penulis lirik Malaysia yang terkemuka Shahrom Rashid dan Tinta S.Single pertama, Bertemu Di Syurga telah pun dipersembahkan di konsert West End Stars Istana Budaya April 2011 dan lagu Cinta Masih Ada juga telah pun dipersembahkan di sebuah Majlis Jamuan Negara di Istana Negara

Telah berada di pasaran pada 6 Januari yang lalu. Belilah yang original yaa.

 

Check Also

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *