Super Spontan All Stars 2015

Super Spontan All Stars 2015 | Super Spontan kembali menemui penonton untuk musim keempat. Super Spontan All Stars bertemakan ‘Street Fighter’ bakal menyaksikan penyertaan semula 14 selebriti dan pelawak yang pernah bermain dalam musim terdahulu. Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab. Diketuai bekas juara Super Spontan, Johan sebagai kapten Kungfu Kipidap manakala Silat Dongibab di ketuai oleh Zizan Razak. Super Spontan All Stars akan bersiaran selama 10 minggu mulai 28 Ogos 2015 pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna dan Mustika HD.
Format pemarkahan masih lagi sama diadili berdasarkan undian SMS daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my
SUPER SPONTAN ALL STARS
TARIKH / MASA : Setiap Jumaat (10 malam)
SIARAN : Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)
PENGACARA: Datuk AC Mizal
PENGULAS: Afdlin Shauki, Ray, Hanif, Amir Raja Lawak
TETAMU KHAS: Abdul Rani Kulup Abdullah
TEMPAT: Studio Visual Three, Bukit Serdang
Peserta-Super-Spontan-All-Stars

 

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN ALL STARS
PENGURUS KUMPULAN: 
Reza Zainal dan Rashid Salleh
KUMPULAN KUNGFU KIPIDAP
Kapten: Johan
1. Tauke
2. Shahrul Shiro
3. Rahim
4. Uqasha Senrose
5. Abam Bocey
6. Nana Mahazan
KUMPULAN SILAT DONGIBAB
Kapten: Zizan Razak
1. Pak Yus
2. Ajak Shiro
3. Along Cham
4. Acey Bocey
5. Jihan Muse
6. Yasmin Hani
HADIAH PEMENANG
Juara RM150,000
Naib juara RM75,000
Tempat Ketiga RM50,000
Tempat Keempat RM20,000
Tempat Kelima RM10,000
Tempat Keenam RM5,000

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *