Suria FM Tour

Berita baik buat mereka yang berada di Pantai Timur! Temui barisan artis seperti Tomok, Syamel, Sufian Suhaimi, Hazami serta penyampai-penyampai Suria FM di siri jelajah yang dinamakan ‘Suria FM Tour’ pada 30 Julai ini di AEON Mall Kota Bahru, Kelantan.

“Siri jelajah ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap stesen radio kami. Kami mengharapkan siri jelajah ini dapat merapatkan hubungan kami dengan pendengar sekaligus meluaskan lagi sasaran pendengar Suria FM,’ kata Subarma bin Mohtaruddin, Pengurus Besar Program Suria FM.

Suria FM Tour

Suria FM Tour ini turut membuka ruang kepada pendengar-pendengar setia untuk mendekati dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria FM dan artis-artis popular di samping berhibur dengan pelbagai aktiviti dan persembahan pentas yang disediakan.  Malah, pada siri jelajah di Kelantan ini, Suria FM akan melancarkan Suria Wheels Pantai Timur dengan kerjasama daripada Tati Skincare yang akan mempromosikan Suria FM kepada penduduk-penduduk di sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sebagai permulaan ‘Suria FM Tour’ akan ke pantai timur tanah air bermula di Kelantan pada 30 Julai ini dan seterusnya akan menemui pendengar di Shah Alam pada 6 Ogos, Kedah pada 13 Ogos, Putrajaya pada 20 Ogos dan Johor pada 27 Ogos akan datang.  Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, pendengar boleh melayari laman sesawang Suria FM di www.suriafm.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaFMTour untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Check Also

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia akan menyaksikan detik bersejarah apabila empat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *