Syok Sambal dan Veggie n’ Salami terbaru dari Pizza Hut

Syok Sambal dan Veggie n’ Salami terbaru dari Pizza Hut | Pizza Hut Malaysia sentiasa mencari peluang untuk mencipta produk yang mampu memberikan nilai hebat kepada pelanggan setianya. Pizza Hut telah melanjutkan promosi rangkaian Signature Series dengan promosi terbarunya, Signature Series – BIG. Promosi ini menampilkan piza berkualiti chef yang lazat dalam saiz yang lebih besar pada harga yang amat menjimatkan. Turut diperkenalkan adalah dua inti baru untuk dinikmati iaitu Syok Sambal dan Veggie n’ Salami.

Dengan slogan “Saiz Hebat, Harga Jimat”, kini rangkaian piza ini boleh didapati dalam saiz 12 inci dengan harga serendah RM19.90 setiap satu (RM36.90 harga biasa). Ini bermakna pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga RM17.00 untuk setiap piza! Dengan tambahan hanya RM5.00, pelanggan juga boleh mendapatkan hidangan add-ons yang merupakan segelas air berkarbonat serta semangkuk sup cendawan.

Pic 1

Disebabkan keinginan pelanggan yang sentiasa mencari tawaran yang hebat, Pizza Hut memberi peluang kepada pelanggan bagi mendapatkan piza berkualiti pada harga yang sungguh berpatutan. Menjadi impian bagi setiap pelanggan yang bijak untuk mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap wang ringgit yang dibelanjakan!

Signature Series – BIG menampilkan kerak nipis yang diuli dengan tangan, dengan inti dari bahan-bahan berkualiti premium, dan dibakar sehingga rangup dan lazat. Setiap hidangan piza bersaiz besar ini sesuai dihidangkan untuk empat orang.

Piza Syok Sambal yang baru diperkenalkan pasti akan menarik perhatian mereka yang gemarkan masakan pedas. Dengan sos sambal berapi dan inti kapsikum, tomato dipotong dadu berserta ikan bilis rangup, piza ini pastinya akan menawan selera anda. Para penggemar ayam pula boleh mencuba piza Veggie n’ Salami yang mampu memikat selera dalam setiap gigitan dengan hirisan kapsikum segar, bawang merah dan daging ayam Salami dengan limpahan sambal dan sos BBQ. Pelanggan juga boleh memilih tiga lagi jenis inti lazat yang sedia ada dalam rangkaian Signature Series – Seriously Sriracha, Barbecue Bang, dan Fisherman’s Catch.

Pic 4

Strategi pengiklanan untuk promosi Signature Series – BIG termasuk siaran TV, Radio, media sosial, akhbar, titik bahan jualan (POSM) serta risalah – untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Signature Series – BIG kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh yang terhad, dari 15 September hingga 2 November 2015

 Senarai Harga Pizza Hut Signature Series – BIG:

Veggie n’ Salami (baru)          : RM19.90

Syok Sambal (baru)                 : RM24.90

Fisherman’s Catch                  : RM19.90

Seriously Sriracha                    : RM24.90

Barbecue Bang                       : RM24.90

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *