Syura Dinobatkan Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua

Setelah mengharungi pelbagai cabaran & bersaing dengan seramai 19 selebriti terkenal tanah air, akhirnya tahta gelaran MasterChef Selebriti Malaysia musim ke-2 disandang oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu bergenre Pop Tradisional, Syura.

Zuraidah Badron atau lebih kenali sebagai Syura berjaya meraih masakan yang menambat hati juri-juri profesional selain memberikan persaingan yang hebat dengan pencabar sengit beliau iaitu pengacara terkenal Celina Khor.

Selain dinobatkan sebagai MasterChef Selebriti musim ke-2, Syura juga turut menerima wang tunai berjumlah RM60,500 yang disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakili iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory. Syura juga turut dihadiahkan 2 tiket penerbangan percutian pergi & balik ke Kota Paris, Perancis.

Manakala naib juara MasterChef Selebriti musim ke-2, Celina juga turut menerima wang tunai berjumlah RM10,000 yang akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-haiwan Kurang Dijaga Selangor (Furry Friends Farm).

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini. Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” jelas Syura yang ditemui pada Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia.

Check Also

iQOO 13: Monster Inside, Dilancarkan di Malaysia

iQOO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran iQOO 13, telefon pintar baharu yang menetapkan standard prestasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *