Tag Archives: 90Hz Ultra Smooth Display

realme X2 Pro yang hangat diperkatakan dunia

realme X2 Pro merupakan peranti kuasa dari realme bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kali ini realme X2 Pro dijana dengan teknologi cip pemprosesan terkuat 2019 iaitu Snapdragon 855 Plus. Pengumuman mengenai kehadiran peranti kuasa ini akan diadakan pada 2 Disember 2019 jam 2.00 petang.

Petikan dari gsmarena.com

Menurut gsmarena.com, X2 Pro memang peranti kuasa dari realme yang mempunyai banyak kelebihan dari peranti dari range yang sama walaupun tidak mempunyai kad microSD.Peranti kuasa ini tidak memerlukan kad microSD kerana ruang storannya sudah cukup besar iaitu 64GB/128GB atau 256GB.

 

Petikan dari theverge.com

Menurut thevergecom pula, walaupun realme X2 Pro masih menggunakan Android 9 namun specnya yang lain masih bagus seperti Quad Camera 64MP, 90Hz Ultra Smooth Display, SuperVOOC,20x Hybrid Zoom serta Dolby Atmos Dual Speaker. Namun peranti kuasa realme X2 Pro akan diupgrade ke Android 10 pada awal tahun 2020 nanti. Jadi para pengguna realme X2 Pro tidak perlu bimbang akan OS sekarang kerana pihak realme akan upgrade ke Android 10 demi pengguna di luar sana.

Selain daripada teknologi terkini cip pemprosesannya yang berkuasa, realme X2 Pro juga bakal tampil dengan Quad Camera 64MP, 90Hz Ultra Smooth Display, SuperVOOC,20x Hybrid Zoom serta Dolby Atmos Dual Speaker. Jadi tidak hairan lah, realme X2 Pro merupakan peranti yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat gadjet di Malaysia. Kita tunggu pengumuman dari realme Malaysia bilakah peranti flaship ini bakal hadir ke Malaysia.

realme X2 Pro paling ‘HYPE’ dengan 90Hz Ultra Smooth Display

realme X2 Pro didatang khas dengan skrin paparan AMOLED dengan 90Hz refresh rate . Ia merupakan skrin paparan yang paling lancar ketika ini.Realme X2 Pro ini juga mempunyai kenaikan 50% frame rate dengan zero lag.

Dengan kenaikan frame rate ini, maka gamers di luar sana akan dapat bermain game tanpa gangguan serta lag. Skrin paparan juga 6.5 inci Samsung Display dengan DCI-P3 Color Space.

realme X2 Pro mempunyai skrin paparan 6.5-inci Super AMOLED, yang terdiri daripada bahan pendarfluor E3 baru yang menawarkan sehingga 1,000 nits dalam kecerahan dan nisbah kontras 2 juta, sekaligus mencapai pengurangan kuasa sebanyak 5%.Ia juga mempunyai mod perlindungan mata stroboskopik dan penapis cahaya biru, mengurangkan sinaran cahaya sebanyak 37.5% berbanding dengan bahan E2.

Dengan Gorilla Glass 5 pada permukaan skrin, realme X2 Pro mempunyai waterdrop pada kamera depan dan penderia yang berada di bahagian atas badan. Bezel minimum dan ultra sempit dan reka bentuk asas tipis 3.65mm bagi meningkatkan ketegangan peranti  dan dilengkapi dengan nisbah skrin ke-badan ultra-tinggi 91.7% yang menjadikan realme X2 Pro sangat ringan dan nipis serta sangat mudah untuk memegang.

Selain dari 90Hz Ultra Smooth Display, realme X2 Pro juga disokong dengan HDR10+, keterlihatan skrin luaran, mod perlindungan mata malam serta kesan visual ultra jelas bagi pengalaman menonton dengan lebih selesa dan jelas. Peranti ini juga mempunyai sijil Full Care Display Certification by TU V Rheinland.

Dengan skrin Super AMOLED, realme X2 Pro dilengkapi dengan pengiktirafan cap jari G3.0 terbaru dan penyelesaian kunci, yang telah menggandakan kawasan sentuhan sensitif dan peningkatan intensiti isyarat sebanyak 40%.Pengimbas cap jari untuk realme X2 Pro juga telah dipertingkatkan. Ia hanya mengambil masa selama hanya 0.23 seconds untuk membuka peranti ini.

Jadi untuk pengguna di luar sana, jangan lupa 2 Disember 2019 ini untuk mengetahui harga serta tarikh jualan realme X2 Pro.