Tag Archives: A Night To Remember

KONSERT ROCK NOSTALGIA TERBESAR TAHUN INI BAKAL MEMBARA DI JOHOR BAHRU

Johor Bahru bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah dalam industri muzik tempatan apabila konsert mega ‘A Night To Remember: Rock Nostalgia’ akan berlangsung di Stadium Tertutup Arena Larkin pada 14 Disember 2024. Konsert yang menampilkan tiga nama besar dalam industri muzik tanah air – Ella, Kugiran Masdo, dan Exists – dijangka akan mengumpulkan lebih 4,000 peminat muzik dari seluruh rantau ini.

Konsert ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Coaction Events dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Tourism Johor, sekaligus menandakan permulaan perkongsian strategik yang akan berlanjutan sehingga tahun 2026. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perancangan awal bagi menyokong kempen Tahun Melawat Johor 2026.

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, menyatakan, “Penganjuran konsert bertaraf antarabangsa ini membuktikan kesediaan Johor Bahru sebagai destinasi hiburan bertaraf dunia. Konsert ini bukan sahaja meraikan warisan muzik rock tempatan, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Johor Bahru sebagai hab acara antarabangsa yang dinamik.”

Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor, menambah bahawa konsert ini merupakan pencetus kepada siri acara berkualiti yang bakal dianjurkan menjelang Tahun Melawat Johor 2026. “Kami yakin penganjuran konsert sebegini akan meningkatkan daya tarikan Johor sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini,” katanya.

Ella, yang digelar Ratu Rock Malaysia, menyuarakan keterujaan beliau untuk beraksi di Johor Bahru. “A Night to Remember adalah platform sempurna untuk mengimbau zaman kegemilangan muzik rock Malaysia bersama peminat di selatan tanah air,” ujar beliau. Dalam usaha menambah keceriaan malam tersebut, Ella turut mengajak peminat untuk turut serta dalam tema nostalgia konsert ini: “Ella nak ajak semua peminat datang ke konsert A Night to Remember: Rock Nostalgia dengan dress up ikut artis kegemaran korang. Tak kisahlah nak jadi Ella sendiri atau artis-artis lain macam Masdo dan Exists. Jom kita sama-sama enjoy malam tu!”

David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, menyeru peminat muzik dari seluruh rantau, termasuk Singapura dan Kepulauan Riau, untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert bersejarah ini. “Sambutan yang kami terima setakat ini amat menggalakkan, membuktikan bahawa semangat rock masih membara di Johor Bahru,” jelasnya.

Maklumat Tiket

  • Tarikh: 14 Disember 2024
  • Tempat: Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru
  • Harga: RM99 – RM399
  • Pembelian tiket: www.ticket2u.com.my

Ella Terajui Konsert “A Night To Remember” Bagi Meriahkan Road To Visit Johor 2026

Johor bakal menjadi tumpuan peminat muzik tanah air apabila konsert bertajuk “A Night To Remember” kembali untuk edisi kedua pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Konsert ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Road To Visit Johor 2026 dan hasil kolaborasi istimewa dengan Tourism Johor.

Penganjuran konsert ini bertujuan untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang menarik, sekaligus menyokong usaha kerajaan negeri dalam menarik lebih ramai pelancong menjelang tahun 2026.

Kemuncak acara ini adalah persembahan daripada ikon rock negara, Ella, yang akan menerajui konsert tersebut bersama Kugiran Masdo dan Exists. Konsert ini menjanjikan malam yang penuh nostalgia dengan persembahan yang mengagumkan, membawa peminat mengimbau kembali ke era kegemilangan rock tanah air.

David Emir Bareng, Ketua Eksekutif Co:Action Events Sdn Bhd selaku penganjur konsert berkongsi, “A Night to Remember telah menjadi acara yang dinanti-nantikan di mana konsert ini menampilkan barisan artis hebat tanah air kepada para peminat di Johor, Singapura, dan Kepulauan Riau, Indonesia.”

Pengarah Tourism Johor, Tuan Shahril Nizam Abdul Rahim berkata, “Konsert ‘A Night to Remember’ bukan sahaja memeriahkan industri hiburan, tetapi juga membantu mempromosikan Johor sebagai destinasi pilihan untuk acara-acara hiburan bertaraf antarabangsa. Kami bangga dapat menyokong inisiatif yang memperkukuhkan lagi kedudukan Johor sebagai hab kebudayaan, kesenian dan pelancongan di rantau ini.”

Ratu Rock Ella menyatakan keterujaannya, “Saya sangat gembira kerana dapat mengakhiri tahun ini dengan mencipta momen indah bersama peminat-peminat saya – Ella’s Gang, terutamanya dari selatan tanah air.”

Peminat berpeluang menyanyi dan menari bersama lagu-lagu rock kegemaran mereka, dan mengimbau kembali kenangan indah zaman dahulu. Lebih istimewa, peminat boleh berpakaian seperti artis kegemaran mereka dan menyertai pertandingan di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.

Tiket persembahan telah mula dijual di www.ticket2u.com.my, dengan harga bermula serendah RM99 sehingga RM399.

Sebagai tambahan, Tourism Johor juga sedang menjalankan kempen untuk meraikan 100 tahun sejak pembinaan jambatan Koswe yang menghubungkan Johor dan Singapura. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang lancar bagi peniaga dari kedua-dua wilayah tersebut.

Konsert “A Night To Remember” dijangka akan menarik ribuan penonton dari seluruh negara dan rantau, sekaligus memberi impak positif kepada industri pelancongan dan ekonomi tempatan Johor, menyokong usaha Road To Visit Johor 2026.

Dato Jamal Abdillah Dan Zamani Di A Night To Remember

IMAGINEX sekali lagi tampil dengan satu persembahan istimewa ‘A NIGHT TO REMEMBER’ yang berkonsepkan persembahan dan makan malam, menampilkan penyanyi lagenda, Dato Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim. Bakal diadakan pada 26 March 2022 di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Tidak disangkal lagi, persembahan istimewa mereka mampu menarik peminat peminat mereka bagi mengisi tempat di Manhattan Ballroom Berjaya. Keupayaan dan tarikan kedua dua penyanyi lagenda ini tidak perlu dipertikaikan, kerna mereka mempunyai kekuatan aura tersendiri.

Bakal memberikan persembahan istimewa dan mengegarkan. Pasti persembahan makan malam ini dinantikan oleh peminat mereka selain keserasian mereka bergabung.

Setakat ini, Dato Jamal dan Zamani sedang giat melakukan persediaan yang rapi dan berharap dapat memberikan yang terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam persembahan itu nanti dengan persembahan yang bakal disajikan.

Persembahan Dato Jamal Abdillah dan Zamani diiringi oleh Ritz Metalasia selaku pemain gitar dan MD, Fauzi Zain sebagai pemain bass, Ano NRG sebagai pemain dram, Sham Wings sebagai pemain gitar dan Afiq sebagai pemain papan nada atau keyboard. Manakala Melissa, Oney dan Nuril selaku penyanyi latar.

Segala persiapan dan latihan bagi persembahan makan malam ini , dilakukan di Yon Studio Damansara.

Persembahan makan malam ini berdurasi selama 2 jam yang bermula dari 8.00 malam.

Dato Jamal Abdillah mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu solo dan 2 buah lagu duet Bersama Zamani, manakala Zamani menyampaikan sebanyak 6 buah lagu dan 2 buah lagu duet bersama Dato Jamal Abdillah.

 Pihak Imaginex telah menyediakan sebanyak 100 buah meja. Setiap meja hanya memuatkan 6 buah kerusi sahaja.

– 3 buah meja VVIP berharga RM11,900 (RM1700.00) seorang

– 22 buah meja VIP berharga RM6,600 (RM1100.00) seorang

– 32 buah meja PLATINUM berharga RM5400.00 (RM900.00) seorang

– 16 buah meja PREMIUM berharga RM4900.00 (RM700.00) seorang

– 26 buah meja GOLD berharga RM3850.00 (RM550.00) seorang

Pihak penganjur memilih konsep ‘POP NIGHT’ pada malam tersebut, serta mengikut garis panduan yang disediakan oleh MKN dalam situasi semasa ketika ini yang masih dibelenggu wabak Covid 19.

Tiket untuk makan malam anjuran IMAGINEX ini boleh didapati menerusi Ilassotickets

Tiket bermula untuk jualan pada 8hb Februari 2022.

Maklumat mengenai tiket, sila layari www.ilassotickets.com

Telefon hotline: 03-21706333