Tag Archives: Afgan

AFGAN KEMBALI DENGAN ‘RETROSPEKTIF SHOWCASE’ DI ZEPP KL 2025


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, akan menghiburkan peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur

Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album baharu Retrospektif, yang mencerminkan perjalanan hidup dan kerjaya Afgan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

MAKNA ‘RETROSPEKTIF’ & ARAH MUZIK

Afgan menyifatkan “retrospektif” sebagai momen melihat kembali masa lalu untuk terus berkembang sebagai insan yang lebih baik. 

Album ini juga album penuh bahasa Indonesia pertama beliau selepas tujuh tahun, menandakan “comeback” ke Indonesian Pop yang membesarkan namanya. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

“MALAYSIA RUMAH KEDUA” & PEMILIHAN LOKASI

Afgan menegaskan Malaysia sangat istimewa dengan sokongan peminat yang luar biasa, justeru memilih Kuala Lumpur untuk berkongsi perjalanan baharunya ini. 

Zepp Kuala Lumpur dipilih bagi mencipta suasana kasual dan intim, seiring muzik album yang lebih organik dan “raw”. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

APA YANG BOLEH DIJANGKA DI SHOWCASE

Peminat akan menikmati perdana langsung lagu-lagu baharu Retrospektif dengan susunan asal, di samping rangkaian lagu popular Afgan. 

Afgan berjanji memberi persembahan terbaik agar setiap lagu meninggalkan memori bermakna buat peminat Malaysia. 

TIKET & PENGANJUR

Showcase ini dianjurkan oleh Renjana Idea, yang menyifatkannya sebagai refleksi perjalanan seni Afgan untuk peminat setia. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

Jualan tiket bermula 1 Oktober di laman GoLive Asia, dengan harga: RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing), RM358 (General Standing)

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi Renjana Idea

Konsert Epik ‘Ada Afgan & Lyodra’ Bakal Gegar Kuala Lumpur

Peminat muzik di Malaysia, bersiap sedialah untuk satu pengalaman konsert yang tidak dapat dilupakan! Dua bintang papan atas Indonesia, Afgan dan Lyodra, akan mengadakan persembahan bersama dalam konsert bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Konsert ini dianjurkan oleh syarikat penganjur konsert terkemuka, Kharisma Music, dengan kerjasama jenama kosmetik terkenal Alha Alfa sebagai penaja utama. Intan Gelombang dan Futurace turut menyokong acara ini sebagai penganjur bersama.

Afgan, penyanyi pop yang terkenal dengan suara emasnya, dan Lyodra, bintang muda berbakat yang memenangi Indonesian Idol, akan menggabungkan bakat mereka untuk membawakan persembahan yang dijangka akan memukau penonton. Gabungan dua suara yang hebat ini pasti akan menghasilkan satu malam yang penuh dengan muzik berkualiti tinggi dan emosi.

Penjualan tiket akan bermula pada 10 Julai 2024, tepat jam 12 tengah hari, melalui laman web Ticket2u. Peminat yang berminat digalakkan untuk membeli tiket awal kerana harga istimewa ‘early bird’ ditawarkan untuk pembelian pada 10-11 Julai 2024. Harga tiket bermula dari RM258 untuk kategori ‘Pesan Terakhir’ hingga RM1,288 untuk kategori ‘Ada VVIP’.

Istimewa buat pemegang tiket ‘Ada VVIP’, mereka akan menikmati keistimewaan eksklusif termasuk sesi ‘meet & greet’ bersama Afgan dan Lyodra, barangan rasmi konsert, serta sajian makanan dan minuman ringan.

Walaupun butiran lanjut mengenai konsert ini masih menjadi teka-teki, pihak penganjur menjanjikan bahawa semua persoalan akan terjawab dalam sidang media khas yang akan diadakan pada bulan Ogos.

Konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dijangka akan menjadi salah satu acara hiburan terbesar tahun ini di Malaysia. Dengan gabungan bakat luar biasa Afgan dan Lyodra, konsert ini pasti akan memberikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir.

Jadi, kepada semua peminat Afgan dan Lyodra di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan epik ini. Dapatkan tiket anda seawal mungkin dan bersiap sedia untuk satu malam yang penuh dengan muzik, emosi, dan kenangan indah!

KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Buat julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu, tetapi dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.

Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.

Ini merupakan langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui penganjuran konsert ini. Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas. Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjuran konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat penonton dan peminat yang hadir.

AFGAN kembali dengan konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016

Bintang sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai AFGAN, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3hb September jam 8 malam.

Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, SIDES selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love, Love To L1ve. Muzik SIDES kedengaran lebih matang dan pelbagai berbanding dengan kerja-kerja album terdahulu. Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun AFGAN berpegang teguh pada nuansa R & B namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.

Terkenal dengan lantunan vokal beliau yang hebat menerusi lagu-lagu seperti Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out, kehadiran AFGAN di layar perak juga dapat dirasai. Dia juga berjaya menduduki satu kerusi panel juri program realiti, X Factor Indonesia menggantikan penyanyi Anggun. Dalam belantara filem Indonesia, selain diberi peranan utama dalam Cinta 2 Hati dan Refrain, AFGAN juga bergelar salah seorang sutradara filem Gila.

Print

Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram, Afganisme, iaitu gelaran untuk peminat setianya, mereka ini bukan saja datang dari tanah airnya sendiri tetapi merangkumi negara Asia yang lain seperti Brunei, Singapura dan sudah tentu Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan EP dan 4 album termasuk yang terbaru SIDES. AFGAN juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar lain seperti Bebi Romeo, Rossa, Raissa dan Taufik Batisah, sedangkan untuk album terbaru SIDES ini AFGAN bekerjasama dengan muzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran) dan artis Malaysia SonaOne.

Sepanjang bergelar anak seni, AFGAN menerima 5 anugerah daripada 19 pencalonan di Anugerah Muzik Indonesia (AMI). Di luar Indonesia, beliau juga pernah memenangi Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik dan Pertubuhan Harta Antarabangsa Dunia (WIPO) atas kreativitinya dalam muzik. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy. 2

Tiket untuk AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat). Seramai 500 pembeli awal layak untuk menikmati diskaun 10% bermula 11 Julai hingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket, kecuali Diamond VIP, tertakluk kepada terma dan syarat. Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian +603 7982 5523 mulai 11 Julai. Pakej eksklusif itu membolehkan pembeli mendapatkan tempat duduk di tiga baris pertama di hadapan, pas untuk sesi soundcheck, bergambar dengan AFGAN, album yang ditandatangani serta poster konsert. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST dan yuran pemprosesan RM4.

Seating Plan

Konsert ini dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle, Trinity Optima Production sebagai Syarikat Pengurusan Artis; SRC sebagai Label Rekod; Sinar FM sebagai Stesen Radio Rasmi; Red Box dan Green Box sebagai Rakan Kongsi Promosi; TicketCharge sebagai Ejen Tiket dan Sega Irama sebagai Sokongan Teknikal.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari Dazzling Lifestyle di https://www.facebook.com/DazzlingLifestyle.my atau dazzling_lifestyle (https://www.instagram.com/dazzling_lifestyle) di Instagram.

Dato’ Siti Nurhaliza & Friends concert

Following the recent announcement of Dato’ Siti Nurhaliza & Friends concert by Celcom Axiata Berhad — Malaysia’s leading data network provider, together with Yonder Music, customers stand a chance to experience a money-can’t-buy world-class live concert to be held exclusively at Stadium Negara, on 2 April 2016 at 8 PM.

The concert, which recognizes, commemorates and celebrates Siti’s 20-year reign as Malaysia’s celebrated songstress, is the first of an extraordinary series of Yonder Music live concerts ignited by Xpax and it is exclusive to all Xpax customers with Yonder Music.

The live concert event will showcase duets between Dato’ Siti Nurhaliza and Anggun, Afgan, Cakra Khan, Faizal Tahir and Hafiz Suip. Dato’ Siti Nurhaliza and her friends will be accompanied by a full 47-piece orchestra including The Gotham All Stars, a compulsively funky band of top session players from New York City – Jules Bartholomew, Jermaine Parrish, Lawrence Jones and Chelton Grey who possess impressive experience by having worked with some of the biggest names in entertainment such as Katy Perry, Justin Timberlake, Mariah Carey and P Diddy.

“Xpax together with Yonder Music is continuing its promise by providing its subscribers with more exclusive and enhanced experiences, in addition to exceptional access to the music app, powered by Celcom’s Undisputed No. 1 4G Network – also the widest and strongest in the country,” he added.

Celcom customers with Yonder Music will stand to catch this once-in-a-lifetime Dato’ Siti Nurhaliza & Friends concert when they follow these simple steps:
Xpax Customers
1. SMS <ON SITI> to 28882

2. Subscribe to any Monthly Internet pack
3. Activate Yonder Music.
4. Ticket category and more info at www.xpax.com.my.

FiRST Customers

1. Subscribe to FIRST Gold Plan.
2. Type <ON SITI> and send to 28882.
3. Download & activate Yonder Music.
4. More info at www.celcom.com.my.
Or
– Subscribe to Siti Nurhaliza’s ‘Call Me Tones’ via Yonder Music app
– Logon on bit.ly/CTYonder for more info
Or
– Play Beat it Music Trivia on www.bigwin.com.my and ensure that you activate Yonder Music.

Yonder Music is a free and unlimited music app exclusively to Celcom customers only. The unlimited music app is currently available on Android and iOS devices and can be downloaded via the Google Play Store and the Apple App Store. Celcom customers will not be charged any data while using Yonder Music.

Apart from the above, Yonder music will be rewarding 20 lucky winners with two Diamond Passes and two exclusive invitations to attend a high-tea session with Dato’ Siti Nurhaliza on 3 April 2016. To stand a chance to win, follow the steps below:

1. Activate Yonder Music App
2. Create The Ultimate Siti Nurhaliza Playlist with a minimum of 10 songs and include “#Sitizoners” in the playlist title
3. Play, share, use the app and get active! The top 20 most active Yonder Music users with the best playlist will win the exclusive Diamond Passes and high-tea invitations with Dato’ Siti Nurhaliza

The contest runs from 2 March until 25 March 2016.

Konsert Suara Hati AFGAN

About Afgan

Terlahir dalam keluarga yang mencintai musik, cowok bernama lengkap Afgansyah Reza atau akrab disapa Afgan ini pun terus menunjukkan kecintaannya terhadap musik pula. Penyanyi berdarah Minangkabau ini lahir di Jakarta pada tanggal 27 Mei 1989.

Afgan memulai debutnya lewat album bertajuk Confession No. 1 pada tahun 2008, setelah ditemukannya Afgan oleh seorang produser sebuah studio rekaman. Lewat single pertamanya Terima Kasih Cinta, Afgan berhasil mencuri perhatian penikmat musik Indonesia yang kemudian disusul oleh single berikutnya Sadis yang nggak kalah populernya. Tak butuh waktu lama single single Afgan dari album perdananya langsung menempati posisi tertinggi di beberapa charts radio dan televisi.

Afgan Live In KL_zpsb9fp8hlc

Setelah di tahun 2009 Afgan hanya mengeluarkan mini album, tahun 2010, Afgan meluncurkan album keduanya The One dan di tahun ini pula Afgan juga menjajal dunia akting dalam film Cinta 2 Hati. Dalam film ini Afgan juga turut andil dalam mengisi soundtrack film tersebut dengan judul yang sama. Lama tak mengeluarkan full album di tahun 2013 Afgan kembali menunjukkan eksistensinya di dunia musik dengan merilis album yang berjudul L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE, di album ini Afgan merilis juga beberapa single seperti Pesan Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Sabar, Untukmu Aku Bertahan.

Prestasi yang diraih Afgan pun tak main – main, pada kemunculan pertamanya di industri musik Afgan langsung menyabet dua penghargaan sekaligus di MTV Indonesia Awards 2008 dan album perdananya Confession No. 1 mendapat Platinum Awards. Tak ketinggalan penghargaan dari negeri tetangga pun di dapat Afgan dalam ajang Anugrah Planet Muzik 2009. Begitu pula ditahun tahun berikutnya Afgan terus berhasil merebut penghargaan penyanyi terfavorit, dalam beberapa ajang penghargaan seperti SCTV Music Awards, Dahsyat Awards, Indosat Awards, Indigo Awards, Indonesia Kids Choice dan beberapa penghargaan lainnya. Tak hanya itu Afgan juga didaulat menjadi duta Hak Kekayaan Intelektual (HAKI) di tahun 2014 serta dinobatkan sebagai Pemuda Pelopor Berprestasi Tingkat Nasional 2014 dalam bidang seni dan budaya oleh Mentri Pemuda dan Olahraga Indonesia.

Ada satu mimpi yang Afgan impikan sejak ia menjadi seorang penyanyi dan ini menjadi mimpi semua penyanyi, ia pun mengharapkan sebuah konser tunggal yang akan terjadi suatu saat nanti. Terbukti, di tahun ke-7 nya berkarier, ia pun sukses menggelar konser tunggal bertajuk “DARI HATI” yang juga diiringi oleh Erwin Gutawa Orchestra pada 14 Februari 2015 yang diselenggarakan di Plenary Hall Jakarta Convention Center.

Di awal tahun 2015, Afgan membuat sebuah sejarah di kariernya yaitu sebuah konser tunggal dan sekaligus merilis single baru berjudul Knock Me Out.

www.afganworld.com/
twitter.com/afgansyah_reza
www.facebook.com/AfganOfficial1?ref=br_rs

Ticketing Information:

Ticket Prices:

RM 133.00, RM 165.00, RM 271.00, RM 377.00 & RM 483.00

Hotline: +6017 3136600 / +6017 3136696 – Meet & Greet

Ticketing Hotline: +603 80808700
Online Booking: www.myticket.asia/ / netzahproductions.com/

Layout:

Afgan Live In KL SP_zpsn5zlok02