Tag Archives: AirAsia BIG

15 Juta Mata Ganjaran BIG Menanti Ahli Celebrity Fitness

Kini anda ada 15 juta alasan untuk terus fit dan sihat! Celebrity Fitness dengan kerjasama Program Kesetiaan AirAsia BIG ingin memberi ganjaran lumayan berupa 15 juta mata ganjaran AirAsia BIG kepada anda!Menjalani gaya hidup yang cergas dan mendapat bentuk badan idaman sangat memberikan kepuasan. Oleh itu, kesungguhan dan keazaman anda ini selayaknya diberikan ganjaran hebat.

Bagi meraikan segala peluh dan lelah, kempen Get Fit ‘n Fly Celebrity Fitness menawarkan mata ganjaran BIG kepada semua ahli di Malaysia dan Singapura. Istimewanya lagi, ahli baru dan ahli sedia ada boleh memperoleh mata ganjaran BIG dengan mudah, hanya mendaftar pelbagai pakej menarik di Celebrity Fitness.Ahli baru Celebrity Fitness akan mendapat 1,500 mata ganjaran BIG dengan serta-merta apabila mereka mendaftar dengan Celebrity Fitness. Bagi ahli sedia ada pula, anda boleh memperoleh 1,000 mata ganjaran BIG sebagai bonus.

DSC_1201

Kemudian, untuk tawaran yang lebih menakjubkan, ahli turut diberikan 150 mata ganjaran  BIG apabila mereka mendaftar dengan pek Get Started di Celebrity Fitness atau 400 mata ganjaran BIG untuk pek Get Results.Bagi anda yang mencari pakej jurulatih peribadi, anda dengan mudahnya bakal memperoleh 150 hingga 2,500 mata ganjaran BIG bergantung kepada pakej yang dipilih. Dengan pakej jurulatih peribadi yang terdiri daripada 10 hingga 100 sesi ini, bermakna lebih banyak anda bekerja keras, lebih banyak mata ganjaran untuk anda.

Bagi memantapkan lagi tawaran ini, terdapat Grand Draw Mingguan dimana terdapat 20,000 mata ganjaran BIG untuk dimenangi! Kempen Get Fit ‘n Fly yang berlangsung selama tiga bulan dari 1 Julai sehingga 30 September 2016 ini sudah pastinya memberikan peluang kepada setiap ahli Celebrity Fitness untuk mengambil bahagian.“Celebrity Fitness amat berbangga untuk menjadi rakan kecergasan yang pertama buat AirAsia BIG. Kami percaya bahawa kecergasan adalah perjalanan yang memberikan inspirasi kerana ia melibatkan badan, minda dan jiwa kita. Kami juga yakin kecergasan ini hampir sama dengan melancong kerana ia membabitkan penerokaan tempat-tempat baharu dan memberikan anda perspektif berbeza dalam kehidupan apabila berhadapan dengan pengembaraan yang unik serta aktiviti yang menyeronokkan,” Kata Scott Brown, Presiden Celebrity Fitness.

DSC_1291

“Kami ingin memberi inspirasi dan galakan kepada ahli Celebrity Fitness dalam usaha mereka menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan sebagai ganjarannya, kami memberikan mereka peluang untuk melancong ke destinasi percutian dengan menggunakan mata ganjaran BIG,” tambahnya lagi.Ayuh datang untuk kehidupan yang lebih baik bersama Celebrity Fitness. Jadikan Celebrity Fitness sebagai destinasi kecergasan pilihan dan peroleh ganjaran untuk setiap langkah anda.

AirAsia kekal mansuh surcaj bahan api

AIRASIA BIG FIXED POINTS

AirAsia, pengendali penerbangan tambah rendah akan mengekalkan langkah pemansuhan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu walaupun harga minyak global meningkat ketika ini.

Pengerusi Eksekutif yang juga Pengasas Bersama, Datuk Kamarudin Meranun, berkata pemansuhan yang bermula 26 Januari lalu akan terus dikekalkan, jika tiada sebarang kenaikan mendadak yang berterusan sepanjang tahun ini.

Pemansuhan surcaj bahan api sejajar dengan hasrat AirAsia menawarkan tambang rendah untuk semua penerbangan milik syarikat itu.

“Ketika ini, kami tidak bercadang mengenakan semula surcaj bahan api melainkan ada kenaikan besar dan berterusan pada masa depan. Buat masa ini, kami kekal dengan langkah yang ditawarkan kepada pelanggan AirAsia,” katanya selepas melancarkan AirAsia BIG Fixed Points, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh.

Januari lalu, AirAsia mengumumkan pelupusan surcaj bahan api untuk penerbangan domestik dan jarak jauh termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, selaras penurunan harga minyak global.

Sementara itu, AirAsia memperkenalkan BIG Fixed Points atau mata tetap AirAsia BIG bagi membolehkan 12 juta ahlinya menebus penerbangan syarikat itu.

BIG Fixed Points membolehkan pelanggannya mengetahui berapa jauh penerbangan yang boleh ditebus dengan mata BIG yang diterima berdasarkan durasi penerbangan.

BIG Fixed Points bermula daripada 4,500 mata BIG untuk penerbangan kurang dari satu jam hingga 30,000 mata BIG bagi penerbangan lebih enam jam.

Dengan pengenalan BIG Fixed Points, AirAsia menyasar untuk mengumpul keseluruhan 13 juta ahli kad BIG menjelang akhir tahun ini, meningkat dari 12 juta ahli ketika ini.

“Daripada 12 juta ahli yang direkodkan, sekitar dua hingga tiga juta adalah ahli aktif. Namun untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad BIG dan perkhidmatan penerbangan AirAsia, kami akan menggiatkan publisiti dan pendedahan kepada pelanggan mengenai manfaat kad ini,” katanya.

Sementara itu, Alice berkata, penebusan penerbangan AirAsia dengan BIG Fixed Points memberikan pelanggannya lebih banyak kemudahan dan nilai tambah apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

“Program AirAsia BIG Loyalty membolehkan BIG Shots mendapatkan mata BIG bagi semua entiti di bawah syarikat Kumpulan Tune seperti AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.

“Selain itu, terdapat lebih 100 BIG Loyalty Partners di seluruh rantau ini termasuk PETRONAS, Maybank, CIMB Niaga, Citibank, WCT Holdings Bhd (Paradigm Mall & gateway@klia2), Agoda, Hilton Worldwide, Bank of the Philippines Islands (BPI), Starhub, DBS Bank, dan Bangkok Bank,” katanya.

Sempena pelancaran baharu itu, AirAsia BIG menganjurkan penebusan istimewa di mana BIG Shots yang menebus penerbangan BIG Fixed Points akan diberi ganjaran penerbangan percuma sehala mulai esok hingga 10 April.

Sumber : Berita Harian