Tag Archives: AirAsia

AirAsia Sedia Pentas Peragaan bagi Pereka Muda

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tahun keenam berturut-turut hari ini mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda; AirAsia Runway Ready Designer Search, sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut dalam mengangkat bakat muda.

AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang. Kerjasama strategic ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif ini bertujuan bagi membantu memberi platform bagi bakat pereka muda dari dalam dan luar negara.

ADL-3661

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan pada sidang akhbar hari ini.

Aireen Omar berkata, “AirAsia percaya dengan pembangunan bakat muda. Kami sentiasa terlibat dengan usaha membangun bakat muda terutama dalam bidang sukan. Projek terbaru ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda dan mencungkil bakat hari esok, memberi ganjaran dan sokongan kepada mereka dengan pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri fesyen. Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur yang akan datang ini pada 16 Ogos 2015.”

“Sesetengah mungkin tertanya mengapa fesyen? Jawapan kami adalah mengapa tidak? Jaringan laluan meluas AirAsia, terutama di rantau Asean adalah batu lonjakkan bagi banyak pemain industri fesyen dalam terus memperluas pasaran bagi mereka; mendapatkan pelbagai fabrik; pertukaran idea bersama individu-individu lain; melawat bandar-bandar di rantau ini bagi mengalami pelbagai budaya dan mendapatkan inspirasi; kemungkinan yang tidak berpenghujung! Kami sangat teruja berkerjasama dengan pasukan KLFW RTW, dan AirAsia bersedia menjadi sebahagian dari perjalanan fesyen pereka muda ini dalam mencapai kejayaan,” tambah Aireen Omar.

RunwayStage-final_out

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week RTW berkata,”KLFW adalah platform penting bagi pereka yang sudah berada dalam bisnes fesyen. Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear telah dikonsepkan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C bagi pereka fesyen Malaysia bagi memperaga koleksi sedia pakai (Ready to Wear) dan mengetengahkan kekuatan dan kreativiti industri fesyen di Malaysia bagi para pelanggan tempatan dan antarabangasa. Dengan adanya rakan kerjasama dan menganjur bersama ‘AirAsia Runway Ready Designer Search’, membolehkan kami memberi pendedahan tambahan kepada pereka muda yang masih belum berada dalam bisnes ini, melalui platform kami yang telah mendapat perhatian media dengan lebih daripada 7 juta pelawat.”

10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka.

Tambahan kepada Aireen dan Andrew, pemain industri fesyen yang berpengaruh; Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia; serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH! diumum sebagai panel hakim bagi program AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang pertama kali diadakan ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak, dan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015. Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di muat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran mereka. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015.

Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.

AirAsia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan bakat muda dengan menyediakan peluang dan memberi platform bagi mereka mencapai kejayaan, mengenal pasti pontensi dan kekuatan mereka. Paling penting, AirAsia telah membolehkan banyak bakat muda merealisasikan impian mereka bagi bertanding di tahap yang lebih tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, penunggang MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).

AirAsia Perkenalkan T-shirt Rekaan Terhad bagi Kumpul Dana Untuk MAKNA

AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai. T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.

Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kesemua hasil dari jualan t- shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA. Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.”

“Lebih penting lagi, kempen ini direka khas bagi memberi kesedaran dan memastikan masyarakat awam mengetahui dan memahami mengenai kanser. MAKNA juga akan hadir di kesemua lokasi jualan kami bagi memberikan informasi mengenai cara-cara menghindari kanser dan servis yang mereka tawarkan kepada pesakit kanser. Rekaan t-shirt ini adalah sangat ranggi dan kami fikir adalah cara positif memberi perhatian kepada isu ini, dan juga menjadi ‘papan iklan bergerak’ bagi kesedaran kanser,” tambah Aireen.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua. Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal.

Unit mudah alih Mamogram MAKNA juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita. Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.”

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:

Lokasi

Tarikh & Masa

Graduan Aspire 2015

KL Convention Centre, Kuala Lumpur

9 & 10 Mei 2015 12pm – 6pm

Taylor’s University Lakeside Campus

Subang Jaya, Selangor

13 Mei 2015 10am – 4pm

AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang

Gurney Paragon Shopping Mall, Persiaran Gurney, Penang

16 – 17 Mei 2015 10am – 10pm

Karnival JomHeboh Carnival 2015

Putrajaya, Presint 3

23 & 24 Mei 2015 9am – 7pm

AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya

Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor

29 – 31 Mei 2015 10am – 10pm

Jualan t-shirt bagi kempen ini direka sebagai acara di mana AirAsia dan MAKNA dapat hadir bersama bagi memberi kesedaran terhadap kanser menerusi informasi yang diberikan di kesemua lokasi acara tersebut.

AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi- destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.

Masyarakat awam juga boleh melawat http://www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

Selain dari kempen tanggungjawab sosial #AirAsiaMAKNA ini, AirAsia Berhad juga bersama Yayasan AirAsia telah mengumpul RM 902,447 dalam menyokong usaha MERCY Malaysia menerusi kempen ‘Ëast Coast Relief Fund’ awal tahun ini. Dana terkumpul telah membantu mangsa banjir monsun yang melanda negara pada lewat tahun 2014 dan awal tahun 2015; dan menyumbang dalam pembelian peralatan perubatan seperti katil hospital, ubat dan bekalan boleh pakai buang, pemerikasaan perubatan dan peralatan mengimbas bagi 14 klinik terpencil di Kelantan dan Pahang bagi tahap permulaan. Penerbangan percuma bagi lebih dari 200 staff medik juga turut diberikan, bersama dengan lebih dari 28 tan ruang kargo bagi membantu pelbagai NGO dan agensi bantuan kemanusian semasa banjir melanda.

MAKNA ingin mngerakkan asset mereka dalam memberi usaha kuratif, mencegah, penyelidikan, dan sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka, golongan berisiko tinggi dan masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Objecktif mereka adalah bagi melawan kanser dan mengurangkan sakit yang berkaitan, morbiditi, dan kesukaran yang dihadapi pesakit kanser.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

AirAsia kekal mansuh surcaj bahan api

AIRASIA BIG FIXED POINTS

AirAsia, pengendali penerbangan tambah rendah akan mengekalkan langkah pemansuhan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu walaupun harga minyak global meningkat ketika ini.

Pengerusi Eksekutif yang juga Pengasas Bersama, Datuk Kamarudin Meranun, berkata pemansuhan yang bermula 26 Januari lalu akan terus dikekalkan, jika tiada sebarang kenaikan mendadak yang berterusan sepanjang tahun ini.

Pemansuhan surcaj bahan api sejajar dengan hasrat AirAsia menawarkan tambang rendah untuk semua penerbangan milik syarikat itu.

“Ketika ini, kami tidak bercadang mengenakan semula surcaj bahan api melainkan ada kenaikan besar dan berterusan pada masa depan. Buat masa ini, kami kekal dengan langkah yang ditawarkan kepada pelanggan AirAsia,” katanya selepas melancarkan AirAsia BIG Fixed Points, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh.

Januari lalu, AirAsia mengumumkan pelupusan surcaj bahan api untuk penerbangan domestik dan jarak jauh termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, selaras penurunan harga minyak global.

Sementara itu, AirAsia memperkenalkan BIG Fixed Points atau mata tetap AirAsia BIG bagi membolehkan 12 juta ahlinya menebus penerbangan syarikat itu.

BIG Fixed Points membolehkan pelanggannya mengetahui berapa jauh penerbangan yang boleh ditebus dengan mata BIG yang diterima berdasarkan durasi penerbangan.

BIG Fixed Points bermula daripada 4,500 mata BIG untuk penerbangan kurang dari satu jam hingga 30,000 mata BIG bagi penerbangan lebih enam jam.

Dengan pengenalan BIG Fixed Points, AirAsia menyasar untuk mengumpul keseluruhan 13 juta ahli kad BIG menjelang akhir tahun ini, meningkat dari 12 juta ahli ketika ini.

“Daripada 12 juta ahli yang direkodkan, sekitar dua hingga tiga juta adalah ahli aktif. Namun untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad BIG dan perkhidmatan penerbangan AirAsia, kami akan menggiatkan publisiti dan pendedahan kepada pelanggan mengenai manfaat kad ini,” katanya.

Sementara itu, Alice berkata, penebusan penerbangan AirAsia dengan BIG Fixed Points memberikan pelanggannya lebih banyak kemudahan dan nilai tambah apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.

“Program AirAsia BIG Loyalty membolehkan BIG Shots mendapatkan mata BIG bagi semua entiti di bawah syarikat Kumpulan Tune seperti AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.

“Selain itu, terdapat lebih 100 BIG Loyalty Partners di seluruh rantau ini termasuk PETRONAS, Maybank, CIMB Niaga, Citibank, WCT Holdings Bhd (Paradigm Mall & gateway@klia2), Agoda, Hilton Worldwide, Bank of the Philippines Islands (BPI), Starhub, DBS Bank, dan Bangkok Bank,” katanya.

Sempena pelancaran baharu itu, AirAsia BIG menganjurkan penebusan istimewa di mana BIG Shots yang menebus penerbangan BIG Fixed Points akan diberi ganjaran penerbangan percuma sehala mulai esok hingga 10 April.

Sumber : Berita Harian

Taylor Swift arrives in Kuala Lumpur on AirAsia’s A320 aircraft for her tour

Photo2

Seven-time GRAMMY winner and international sensation, Taylor Swift arrived into Kuala Lumpur this afternoon at 2.00PM on the special Taylor Swift Airbus A320 which was launched by AirAsia recently for her Malaysian-leg of The RED Tour Presented by Cornetto in South East Asia.

Taylor Swift, her band and crew arrived today in Kuala Lumpur on this special Airbus A320 Taylor Swift livery, after which they will then return to Singapore for the final concert of The RED Tour in South East Asia.

AirAsia is also offering die-hard Taylor Swift fans the exclusive opportunity to own the AirAsia Taylor Swift aircraft model. The exclusive aircraft models come in two sizes: 1:100 at RM130 per unit, and 1:400 at RM107 per unit (not inclusive of delivery charges). Fans as well as avid aircraft model collectors can pre-order these exclusive aircraft models by emailing AirAsia their details (Name, Contact Number, Email, Mailing Address & Preferred Aircraft Model) atredhot@airasia.com.

The AirAsia Taylor Swift aircraft livery adds to the airline’s extensive list of unique aircraft liveries. Swifties and the public can continue to spot the Taylor Swift plane across the various cities in the region, as itwill be serving AirAsia’s extensive route networkspanning 88 destinations across 22 countries after the RED ASEAN TOUR Presented by Cornetto in South East Asia is over.

There is also a chance to win exclusive Taylor Swift & AirAsia merchandise, just by spotting the Taylor Swift plane and hashtag #redhotairasia on Twitter or Instagram from now until 22nd June 2014.

AIRASIA Terbang 4x Seminggu Dari Kuala Lumpur – Kalibo

Photo1 (1)

Airasia semalam mengumumkan laluan terbaru iaitu penerbangan terus menghubungkan Kuala Lumpur ke Kalibo,Filipina yang akan mula beroperasi pada 18 April 2014.Kalibo adalah pintu masuk ke pantai dan Pulau Boracay di Filipina dan penerbangan 4x seminggu ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan ini juga merupakan laluan ketiga destinasi Filipina dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu,AirAsia akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan surcai serendah dari RM77 sehala yang boleh ditempah menerusi laman web ww.airasia.com dari 12.00 tengah hari mulai 19 Februari 2014 sehingga 23 Februari 2014.

Selain dari tempat duduk percuma, program kesetiaan global AirAsia, BIG juga menawarkan keutamaan penebusan bagi ahli BIG bermula dari 0 BIG Points, bermula dari 0001 hingga 1200 (GMT+8) pada 19 Februari, terlebih dahulu dari orang awam. Tempoh perjalanan bagi tempat-tempat duduk percuma bermula dari tarikh bermulanya penerbangan sulung pada 18 April 2014 sehingga 31 Januari 2015. 

Selain dari laman web, tempat duduk percuma ini boleh ditempah menerusi applikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini platform telefon mudah alih Windows. Hanya cari AirAsia di app store platform mudah alih masing-masing untuk muat turun dan mula menempah.

Kalibo adalah pusat daerah Aklan dan juga dikenali sebagai pintu masuk utama ke pantai putih di Pulau Boracay dan pulau-pulau disekeliling dan pantai-pantai yang merupakan destinasi yang sesuai bagi masyarakat bandar yang inginkan percutian yang dapat merehatkan minda atau menikmati aktiviti seperti snorkelling dan menyelam. Kalibo juga adalah pusat pembuatan fabrik buatan tangan Filipina yang dikenali sebagai kain Pina yang diperbuat daripada fiber pokok nenas dan acara tahunan Ati-Atihan festival yang disambut setiap minggu ke-3 bulan Januari.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

 

Flight Schedule for Kuala Lumpur – Kalibo (Commencing 18th April 2014): Route  Flight No  ETD  ETA  Frequency 
Kuala Lumpur– Kalibo  AK 608 1040hrs 1435hrs Mon, Wed, Fri, Sun
Kalibo – Kuala Lumpur  AK 609 1505hrs 1850hrs Mon, Wed, Fri, Sun