Tag Archives: Aizat Amdan

Padi Reborn Tetap Tunduk ‘Berisi’

Seolah terlahir semula, buat julung julung kalinya sejak penubuhannya sekitar tahun 1997, Padi telah membuktikan bahawa diri mereka masih lagi utuh dan mampu untuk beraksi di pentas, buktinya Padi Reborn Exclusive Live In KL yang telah berlangsung pada 30 Jun lalu masih mampu mengamit lebih 2000 Sobat Padi.

Kumpulan Pitahati terlebih dahulu membuat persembahan, tenyata band yang baru tampil dengan album “Selamat Datang ke Panggung Suara” ini tidak kurang hebatnya. Pitahati yang terdiri daripada Ilham, Yasin, Masrin, Zahar dan Hidayat berjaya menawan seraya membuat peminat khayal dengan untaian genre nusantara rock-avant garde mereka. Pitahati turut mengalunkan beberapa buah lagu antaranya Cahaya Buta, Sahabat dan Bintang Biru Kristal Salju.

Piyu (Gitar) bersama Fadly (Vokal utama)

Tepat jam 9.10 malam kumpulan Padi Reborn tampil menguasai pentas dan menghiburkan dahaga Sobat Padi.  Biarpun ‘vakum’ selama tujuh tahun mereka kembali mengganas dengan mengekalkan anggota  yang sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) memulakan persembahan dengan lagu Sang Penghibur.

“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn. Konsert ini adalah lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang bersama menyanyikan lagu-lagu Padi” ujar Fadly.

Usai membuka bicara, Padi Reborn tampil dengan lagu Lingkaran, Menanti Sebuah Jawaban serta Begitu Indah turut mengundang lontaran vokal yang berkesinambungan di antara hadirin.  Suasana semakin panas namun fadly cukup bijak berinteraksi dengan hadirin.

Ilham Pitahati

Pemain drum meningkat naik, Amira Syahira yang membuat kemunculan istimewa bersama pemain drum Padi Reborn, Yoyo lebih menggamatkan suasana menerusi lagu Bayangkanlah.  Kolaborasi hebat duo ini turut diimarahkan dengan petikan bass oleh Rindra yang menghasilkan lontaran irama We Will Rock You (Queen) yang menerawang ke atmosfera KL Live.

Bahang konsert pada malam itu terus di hangatkan lagi dengan kemunculan Aizat Amdan di pentas dengan nyanyian duet bersama Fadly menerusi lagu Kasih Tak Sampai.  Aizat juga turut berkongsi memori ketika beliau menyaksikan kehebatan padi sewaktu konsert Pesta Malam Indonesia yang telah diadakan di Stadium Merdeka beberapa tahun dahulu.  Sebelum meninggalkan pentas Aizat tampil dengan lagu Sampai Hari Tua juga merupakan single terbarunya.

Padi Reborn kembali menguasai pentas lantas mempersembahkan lagu Hitam dan Sobat  (dedikasi khas buat peminat Padi Reborn) sebelum mereka menutup tirai persembahan pada malam itu.  Antara lagu lain yang turut dipersembahkan adalah Mahadewi, Ternyata Cinta, Semua Tak Sama, Seperti Kekasih, Sahabat Selamanya dan Sesuatu Yang Indah.

Amira Syahira yang membuat kemunculan istimewa bersama pemain drum Padi Reborn, Yoyo

Konsert  ‘Padi Reborn Exclusive Live In KL’ anjuran Qew Communications Sdn Bhd ternyata cukup hebat dengan limpahan penataan cahaya serta video mapping yang seolah memberi nyawa kepada persembahan Padi Reborn di samping sistem bunyi yang cukup memuaskan deria dengar seraya memberi impak kepada adrenalin hadirin.

Kemunculan Aizat Amdan di pentas dengan nyanyian duet bersama Fadly menerusi lagu Kasih Tak Sampai

Untuk makluman, Padi telah menghasilkan sebanyak 5 studio album iaitu Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul The Singles yang dipasarkan pada tahun 2011.

 

Teks oleh Nazghoul

Foto oleh Cipot Redz

*Semua foto diambil dengan Sony #a7SII dengan lensa FE 24-70mm GM . Terima kasih kepada #SonyMalaysia

Galeri Foto

3,000 Pengunjung Mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah. Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini. Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin. Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, “Ini merupakan tahun kedua acara Jom Masjid diadakan di mana kami menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respon yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada hari Ahad lalu kerana sokongan mereka semua amat bermakna buat kami.”

Rakaman Program Moreh – artis jemputan – Luqman Hafidz

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Daerah Temerloh yang membantu kami untuk menjayakan acara ini. Insya Allah acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujar beliau lagi.

Dibawakan khas oleh Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid telah bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz. Acara diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk oleh ahli jawatankuasa di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang. Di sekitar pukul 3.00 petang pula, sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik ‘Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Setelah mendirikan solat Asar, sesi pengagihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid telah dilakukan. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti. Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, telah menyampaikan sumbangan daripada TV3 & TV9 kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh. Para pengunjung juga bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isya’. Acara ini telah diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Inginkan akses mudah kepada video eksklusif daripada program popular Raudhah seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Raudhah yang membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, dan senarai masjid dan restoran halal berdekatan mereka. Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah pula, anda masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.

 

Raniaku : Kisah Dugaan Dan Cinta Abadi

Raniaku : Kisah Dugaan Dan Cinta Abadi | Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati.Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.

Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy,   “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”

Raniaku 9

Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.

Raniaku 15

Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.

Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu

  • Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml, pada harga RM XX
  • Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml, pada harga RM XX
  • Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml pada harga RM XX

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.

Raniaku 10

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”

Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

 

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)