Tag Archives: Ajai

EP RAISE THE STAR MALAYSIA TAMPILKAN 5 LAGU BAHARU FINALIS BERSAMA KOMPOSER TERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2025 – Rocketfuel Entertainment kembali mencipta momen bermakna apabila semua finalis program realiti popular Raise The Star Malaysia kini tampil dengan EP khas berjudul “EP Raise The Star Malaysia”, menghimpunkan lima single baharu hasil kolaborasi bersama lima komposer terkenal tanah air.

EP ini menandakan kesinambungan perjuangan para peserta selepas tamatnya pertandingan, sekaligus membuka lembaran baharu buat industri muzik tempatan yang semakin rancak dengan bakat baharu.


Format Unik: Protege & Komposer Berganding Bahu

Tidak seperti pertandingan lain, Raise The Star Malaysia memperkenalkan format unik apabila setiap peserta akhir dibimbing secara eksklusif oleh seorang komposer yang turut menggubah lagu khas untuk mereka.

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal

Antara nama besar yang terlibat termasuk Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna – lima figura penting dalam industri muzik Malaysia yang telah melahirkan pelbagai karya hit.

Kerjasama istimewa ini melahirkan karya segar, moden dan penuh jiwa — menjadikan setiap lagu dalam EP ini mewakili keunikan tersendiri bagi setiap peserta.


Didie Shazry Dinobat Juara Dengan “Peganglah Hati”

Muncul juara, Didie Shazry menawan hati juri dan peminat dengan lagu balada berjudul “Peganglah Hati” ciptaan Aina Abdul.

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal
Didie Shazry

Lagu ini menyerlahkan kekuatan vokalnya dengan susunan muzik bernafas Nusantara yang menyentuh emosi.

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal
Zuana

Naib juara Zuana pula tampil dengan “Hantaran Cinta” ciptaan Ajai, manakala tempat ketiga Rayme mempersembahkan lagu “Gergasi” hasil karya Audi Mok yang menggabungkan elemen pop, rock dan rap.


EP Lengkap Lima Lagu Pelbagai Genre

Selain tiga lagu utama, EP ini turut memuatkan “Lara Bertahan” nyanyian Hariz Fayahet ciptaan Ikhwan Fatanna, serta “Cinta Dusta” nyanyian Keka hasil garapan Shila Amzah.

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal
Hariz Fahayet

Kesemua lagu boleh didengarkan dalam versi konsert di YouTube @RocketfuelNetwork dan versi studio di platform digital utama seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 25 September 2025.

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal
Keka

EP ini membuktikan kesungguhan Rocketfuel Entertainment dalam memperkukuh ekosistem muzik tempatan dan memperkenalkan bintang baharu ke arus perdana.

12 Protege Berentap Dalam MENTOR LEGEND

Aina dan Putera bersama Ella. 

Keenam-enam Mentor Legend berjaya menemui dua orang protégé setiap seorang sepanjang sesi pencarian bakat baru Mentor Legend yang diadakan sejak 5 September hingga 2 November lalu. Krew penerbitan Mentor Legend telah menjelajah ke negeri bawah bayu dan bumi Kenyalang sewaktu misi pencarian protégé ini dijalankan. Ujibakat terakhir diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, selama enam minggu untuk memberi peluang kepada Mentor Legend seperti Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ella, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Amy dan Sarah bersama Amy Search
Amy dan Sarah bersama Amy Search

Berakhir dengan uji bakat protégé Amy Search minggu lepas, genaplah 12 orang protégé yang akan diperkenalkan pada Showcase Mentor Legend, 15 November di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya nanti.

Azmil dan Sandra bersama Dayang Nurfaizah
Azmil dan Sandra bersama Dayang Nurfaizah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Encik Izham Omar, “Showcase yang akan diadakan pada 15 November nanti di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan protégé yang telah menempuhi sesi ujibakat selama dua minggu di kepulauan Borneo dan enam minggu di Sri Pentas. Kesemua 12 protégé telah membuktikan bakat mereka dan telah membuktikan kelayakan mereka untuk bergelar protégé Mentor Legend ini.”

Fahmi dan Mal Imran bersama Ajai
Fahmi dan Mal Imran bersama Ajai

12 protégé yang terpilih yang telah disenarai pendekkan oleh Mentor Legend adalah :

Mentor Legend

Protégé

Umur

Asal

Dayang Nurfaizah

1.    Azmil Bin Karim (Azmil)2.    Alessandra Dianne Ampuria
(Sandra)

22 Tahun

20 Tahun

Tawau, Sabah

Sabah

Ajai

  1. Mohd Zulfahmi Bin Esmail (Fahmi)
  2. Mohamad Akmal Bin Mohamed Imran (Mal Imran)

26 Tahun

23 Tahun

Shah Alam, Selangor

Kuching, Sarawak

Mas Idayu

  1. Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Paan)
  2. Muhammad Firdaus Bin Mohd Mustapha (Daus)

22 Tahun

19 Tahun

Sungai Petani, Kedah

Kuantan , Pahang

Ella

  1. Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
  2. Putera Muhammad Bin Shamshull Kamar (Putera)

21 Tahun

22 Tahun

Seremban, Negeri Sembilan

Cheras, Kuala Lumpur

Zainal Abidin

  1. Wan Shuhada Binti Md Amin (Wada)
  2. Farah Nadeera Binti Zaini (Nadeera)

18 Tahun

21 Tahun

Cheras, Kuala Lumpur

Mersing , Johor

Amy Search

  1. Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
  2. Zulhilmi Bin Muhamad Tahir (Amy)

19 Tahun

24 Tahun

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

 

Pencarian bakat baru program realiti ini kini kembali untuk musim ketujuh. Atas kejayaan Mentor musim keenam yang berjaya meraih lebih 3 juta penonton ini, telah membuatkan TV3 mencetuskan idea menghasilkan Mentor Legend. Ini merupakan persaingan paling sengit abad ini kerana keenam-enam mentor tersohor diberi tanggungjawab untuk mencari protégé terbaik bagi menguasai pentas Mentor Legend.

Paan dan Daus bersama Mas Idayu
Paan dan Daus bersama Mas Idayu

Pastinya Mentor Legend 13 episod ini menjadi program paling menyengat kerana keenam mentor yang ditampilkan ini merupakan penyanyi legenda dan telah mencipta sejarah dalam bidang seni tanahair. Siapa pula protégé bertuah yang akan bersama mereka? Semuanya terjawab dalam mentor Legend yang akan menemui penonton semua pada setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula pada 16 November ini.

Wada and Nadeerah bersama Zainal Abidin
Wada and Nadeerah bersama Zainal Abidin

Untuk mendapat maklumat lanjut, layari www.tv3.com.my/mentor legend serta akaun twitter rasmi Mentor Legend iaitu @MentorLegendTV3 dan Facebook/MentorLegend.