Tag Archives: Akim

Konsert 4G’s: Black, Hazama, Tomok & Akim

Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi  seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini: Black, Hazama, Tomok dan Akim bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.

Julung kali disatukan, tidak cukup dengan Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung,  Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama); atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya; Akim bersama Bengang serta Mewangi, konsert tersebut menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.

Dinamakan sebagai Konsert 4G’s:  Black, Hazama,Tomok & Akim, paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.

Biarpun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat, namun untuk 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo, sebaliknya  sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Dengan kata lain, mereka akan ‘dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini di Panggung Sari, Istana Budaya kelak.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis,  cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakil Belbis Sdn.Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.

Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri. Untuk konsert nanti, kami hanya perlu memenuhkan 2600 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk dua malam persembahan.

“Secara puratanya, empat penyanyi itu ada enam juta pengikut dalam laman sosial. Dari angka itu, nampaknya mereka ada sokongan korporat dan peminat muzik tanah air. Penganjur juga sangat mengalu-alukan pihak-pihak yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi talian Hotline kami,” tambah penganjur.

Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini dalam proses menghasilkan sebuah single baharu.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan itu dijangka akan dilancarkan pada Januari 2020 dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G’s.

Dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April tahun depan, secara tidak langsung, konsert anjuran Belbis Sdn. Bhd ini juga menjadi agenda istimewa yang menghangatkan kalendar Visit Malaysia Year 2020.

Tiket-tiket berharga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 mula dijual pada 12 Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com. Penganjur turut menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan. Hubungi Hotline:  +6018 2488184 untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan media dan sebarang informasi, boleh hubungi pihak Mewah Event yang bertindak selaku AMP (Aida Hussin) menerusi talian +6012 2166873.

 

Stacy Masuk Agama Islam

Stacy Masuk Agama Islam | Beberapa jam lalu, kecoh mengenai tersebarnya berita penyanyi Stacy Anam didakwa kini telah bergelar mualaf selepas selamat memeluk Islam baru-baru ini.

Sebuah blog hiburan menyebut, seorang peminat telah memaklumkan yang penyanyi yang popular dengan lagu Not For Sale itu hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga penyanyi, Akim Ahmad.

Stacy-AF-Selamat-Peluk-Islam-Baru-Baru-Ini

Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau.

MD difahamkan pihak pengurusan Stacy iaitu Astro akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai hal ini.

Kredit – Malaysian Digest

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)