Tag Archives: Alan Walker

Alan Walker Kembali ke Malaysia untuk Konsert Istimewa ‘Walkerworld Asia Tour Pt. II’

Alan Walker, DJ dan penerbit muzik antarabangsa yang terkenal, telah mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk satu persembahan istimewa pada 8 November 2024 di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Konsert ini merupakan persembahan eksklusif di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada ‘Walkerworld Asia Tour Pt. II’.

Pengumuman ini dibuat susulan pembatalan persembahan beliau yang dijadualkan pada 22 Jun lalu. Pembatalan tersebut disebabkan oleh beberapa isu kritikal, termasuk kebimbangan tahap keselamatan melibatkan penyediaan pentas dan isu pembayaran oleh vendor-vendor tempatan.

Sebagai tanda komitmen kepada para peminatnya, Alan Walker akan:

  1. Membiayai sendiri konsert ‘Walkerworld Asia Tour Pt. II’
  2. Memastikan vendor-vendor tempatan menerima pampasan sewajarnya
  3. Menawarkan penggantian tiket kepada pemegang tiket persembahan Jun lalu
  4. Memberikan diskaun eksklusif 15% untuk rakan-rakan pemegang tiket lama

Alan Walker menyatakan, “Dari lubuk hati saya yang terdalam, saya mahu para peminat di Malaysia tahu yang mereka amat dihargai dan dihormati. Jika pihak lain gagal menghargai mereka, saya akan memastikan mereka menerima penghargaan itu.”

Alan Walker, berusia 27 tahun, terkenal dengan lagu-lagu hit seperti:

  • Darkside
  • Faded
  • Alone

Beliau telah berkolaborasi dengan artis-artis terkenal seperti Ava Max, Noah Cyrus, Sia, Bruno Mars, dan Coldplay. Album keempatnya, ‘Walkerworld’, dilancarkan pada 2023.

Tiket kini dijual di All-Access (www.all-access.io/walkerworldmy) dengan harga:

  • RM198 (Early Bird)
  • RM120 (Bawah 18 tahun)

Konsert ini terbuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Hadirin berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga berumur 19 tahun ke atas.

Pemegang Tiket Lama

Pemegang tiket sedia ada perlu menukar tiket mereka sebelum 26 September 2024. Mereka juga layak menebus diskaun 15% untuk tiket tambahan. Pemegang tiket VIP dan Cat 1 sedia ada akan ditawarkan laluan masuk pantas khas (fast-track).

Penganjur

Konsert ini dianjurkan oleh Livescape, syarikat yang terkenal dengan penganjuran festival muzik seperti It’s The Ship dan Rockaway.

Laman sosial rasmi: Instagram @allaccessio

Konsert Alan Walker ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan pelunasan janji dan tanda kasih sayang beliau kepada peminat-peminat di Malaysia.

ALAN WALKER Dan DJ SODA Gegarkan BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020

Satu festival yang cukup istimewa dan eksklusif bakal ‘menggegarkan’ peminat muzik tidak lama lagi apabila Borneo Music Festival Live 2020 bakal berlangsung di Sarawak Cultural Village pada 10 dan 11 April ini.

Penganjuran yang dibawa khas oleh BME International ini merupakan hasil kerjasama antara Benta Mewah selaku penaja. Pada masa sama festival ini turut menyaksikan kolaborasi hebat Firmament Event Studio bersama More Entertainment.

Apa yang menariknya, festival muzik yang diadakan secara ‘outdoor’ ini bakal menggabungkan artis dan pemuzik hebat dari pelbagai negara dan genre, sekali gus menjadikan acara ini cukup meriah dan penuh lit!

Penggemar muzik pastinya tidak sabar menantikan penampilan khas Alan Walker daripada United Kingdom (UK), DJ Soda (Korea Selatan), DJ Alexis Grace (Malaysia), Nicole Chen (Singapura), DJ X Factor (Filipina), DJ Venom C dan Moski Love (Indonesia), LFDY (Live Fast Die Young) dari Taiwan, serta Alex X dari China.

Bakat kelahiran Malaysia seperti Rynn Lim, Thomas Jack dan Priscilla Abby juga bakal membuat kemunculan di festival ini.

Tidak dilupakan, pemuzik kebanggaan Sarawak sendiri iaitu At Adau, Tuku Kamek, DJ Chaca Feroza, DJ Myvax dan DJ Ice-Cream.

Alan Walker yang cukup popular dengan lagu Faded akan mengadakan persembahan buat julung kalinya dengan penuh gaya di Sarawak!

Pada yang tidak tahu menerusi lagu Faded, Alan Walker telah menerima anugerah berlian di Jerman. Selain itu, dia juga telah mendapat pengiktirafan multi-platinum dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat dan UK.

Sehingga kini lagu Faded telah menerima 2.597 bilion tontonan di YouTube serta 37.8 juta langganan di platform berkenaan.

Selain Alan Walker, Deejay (DJ) Korea popular iaitu DJ Soda juga bakal membuat penampilan istimewa. DJ antarabangsa ini bakal mencetuskan fenomena menerusi muzik dance bertenaganya! 2

Untuk makluman, penganjuran festival muzik bertaraf antarabangsa, Borneo Music Festival Live 2020 antara lain bertujuan untuk menghimpunkan kesemua pemuzik berbakat seluruh dunia untuk mewarnai muzik tempatan sedia ada, khususnya di Sarawak.

Selain menampilkan persembahan muzik dalam skala besar, penonton juga bakal terpesona dengan ‘dunia borneo’ ditampilkan di Sarawak Cultural Village.

Dengan keluasan 17 ekar, ia menempatkan banyak replika rumah kaum etnik Sarawak di dalam satu kawasan rekreasi.

Tidak ketinggalan terdapat juga bazar yang menjual pelbagai barangan menarik seperti kraf tangan, baju, makanan istimewa dan lain-lain.

Tiket untuk Borneo Music Festival Live 2020 bakal dijual pada 14 Januari 2020 bermula 12 tengah hari menerusi airasiaredtix.com/tickets/BMFL2020 dan harga tiket adalah seperti di bawah :

PASS 2 HARI – General Admission

• Private Sales: RM200

• Early Bird: RM320

• Fasa 1: RM360

• Fasa 2: RM400

PASS 2 HARI – Rock Zone

• Early Bird: RM600

• Fasa 1: RM650

• Fasa 2: RM700

Catatan: Semua harga tiket dikecualikan yuran pemprosesan. Festival ini hanya untuk mereka berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Untuk maklumat lanjut layari @bmfl2020 di Facebook dan Instagram.

Djakarta Warehouse Project Releases Phase 3 Lineup

Ismaya Live, the team behind the Djakarta Warehouse Project, raise the bar yet again by announcing the next wave of international artists for the highly anticipated 2016 edition. On December 9-10, over 80,000 revelers from around the world will descend in the nation’s capital to witness some of the world’s finest electronic music acts.

Last year’s record-breaking, sold out event welcomed a dazzling array of DJs and electronic acts to the heart of Southeast Asia, and this year’s DWP looks set to raise the bar even higher. 

BUY TICKETS FOR DWP

First up to the join the already announced headliners is the ‘three-deck wizard’ and Ibiza kingpin, Carl Cox, as well as French global megastar DJ Snake, who raised the roof at last year’s DWP, and thus was invited back to deliver yet another electrifying performance. British rising duo Snakehips, drum & bass outfit Rudimental, Belgian DJ Lost Frequencies, and the genre-bending LA based pair GTA will also be taking to the decks to show off their catalogue of unprecedented original hits. If that wasn’t enough, electro house superstars Alan Walker,BlasterjaxxBrennan Heart, W&W and Yves V will bring their signature high-octane performances to the masses. Last but certainly not least, rising trance powerhouse MaRLo will round off this massive lineup building even further upon DWP’s burgeoning reputation.

cuvm_image13-1

Set to grace the colossal grounds of the JiExpo Kemayoran Convention Center this December will also be the Asian debut of “the world’s largest paint party” – Life In Color KINGDOM.Ismaya Live has teamed up with various hotel partners to give festivalgoers incredible deals on travel and accommodation. Affordable VVIP, travel and hotel packages are now available through bobobobo.com – the Official Hotel Partner of DWP – making the trip to Jakarta possible from almost anywhere in Asia.

Tickets are now available at IDR 1,275,000 (roughly $80 USD) and VIP passes start at 2,500,000 Indonesia Rupiah (roughly $180 USD), so be sure to secure yours before it’s too late as Tier 1 and 2 tickets sold out in no time.

For all further information on the festival and travel packages, please visit the official website of Djakarta Warehouse Project at www.djakartawarehouse.com

 facebook.com/DjakartaWarehouseProject

twitter.com/DWPfest

instagram.com/IsmayaLive

instagram.com/djakartawarehouseproject

#DWP16