Tag Archives: Amerul Affendi

Mampukah Filem Pendekar Awang saingi kutipan Filem Mat Kilau?

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak RM15 juta ringgit.Ia merupakan kesinambungan daripada Filem Mat Kilau pada 2022.

Filem ini juga diarahkan oleh dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Ia juga menggandingkan pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura dalam sebuah karya yang mengangkat sejarah epik pahlawan tidak didendang.

Menurut Shaharudin Dali, dia berusaha untuk mendapatkan kisah kebangkitan Pahang daripada waris-waris serta cucu cicit selain mengunjungi kubur para pejuang di Kuala Lipis,Pahang.Mendedahkan kajian telah bermula sejak skrip filem pertama terbitannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan, Shaharudin telah bertemu beberapa waris Panglima Awang untuk meminta kebenaran.Menurut Shaharudin Dali juga filem ini merupakan filem fiksyen pahlawan melayu dan bukannya sebuah dokumentari.

Bagi penulis yang telah pun menonton kedua-dua filem dari Studio Kembara, beberapa ‘scene’ dalam Pendekar Awang seperti kehabisan idea dan seperti berulang-ulang ada beberapa ‘scene’ mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Ia membuat penonton akan merasa bosan dalam menanti ‘scene’ yang seterusnya.Namun paparan visual sinematik boleh dikatakan lebih menarik daripada filem Mat Kilau.

Penulis memuji penampilan pertama Nadhir Nasar di layar besar, melakonkan karakter lelaki yang beremosi tapi bijak.

Filem ini bakal di tayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 11 Januari 2024 ini.

Sinopsis

Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Watak Awang dibawa oleh pelakon utama Fattah Amin dan watak Sayang pula digalas oleh Nur Fazura. Berikut merupakan watak utama filem ini:

AWANG –  Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

SAYANG –  Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

TAHIR –  Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.

TOK GAJAH –  Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.

HJ SULONG –  Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

BRAHIM –  Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.

Filem Pekak

PEKAK mengisahkan tentang Uda, seorang pekak yang menjual dadah bagi mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan koklea supaya dia dapat mendengar dengan normal.

Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang cuba bebas daripada kongkongan bapanya. Hubungan cinta mereka yang mula terjalin dihalang oleh dunia yang penuh keganasan, seks, dan dadah.

Pekak_domestic_keyart_FINAL

Genre : Drama

Bahasa : Melayu

Tempoh : 95 Minit

Pengarah : Mohd Khairul Azri Md Noor (Kroll)

Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Iedil Putra,Amerul Affendi, Zaidi Omar, Joe Flizzow dan Chew Kin Wah

Tarikh Tayangan : 1 September 2016

Diterbitkan oleh : Grand Brilliance and Lightbulb Pictures

Diedarkan oleh : Primeworks Distribution

9 Bintang Bawa Watak Pelajar Sekolah Dalam ASRAMA-RA ALLSTARS

IMG_1652

Revolution Stage bakal mementaskan sebuah teater yang bertajuk Asrama-RA All-Stars dengan membawakan 9 artis yang dikenali sebagai teraju utama.

Teater ASRAMARA pernah dipentaskan di Menara MARA pada Oktober 2013 yang lalu dilakonkan oleh peserta-peserta First Time Workshop anjuran Revolution Stage. Walaupun pernah dipentaskan, pengarah teater ASRAMARA, Khairunazwan Rodzy berhasrat mementaskan semula teater ini dengan mempertaruhkan artis-artis dikenali. Kerana itu pementasan kali ini dinamakan ASRAMA-RA All-Stars. Pelakon-pelakon yang terlibat ialah Sharifah Amani, Siti Saleha, Dira Abu Zahar, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sherry Al-Hadad, Fynn Jamal, Intan Nor Saina dan Tuan Faisal dari Projek Disko Baldi.

Poster-Ramai-A4 (2)

Menurut Khairunazwan “penonton yang selalu mengikuti perkembangan Revolution Stage pasti tahu akan identiti Revolution Stage yang sentiasa mengetengahkan bakat baru dalam setiap pementasan. Namun kali ini kami ingin mengembangkan budaya menonton teater kepada khalayak ramai. Jadi, artis-artis dikenali diambil sebagai peneraju utama pementasan kali ini”. Walaubagainamanapun, beliau menekankan bahawa pemilihan artis-artis dikenali ini bukan berdasarkan populariti semata-mata. Contohnya, Sharifah Amani, Amerul Affendi,  Dira Abu Zahar dan Nadiya Nisaa bukanlah nama baru dalam bidang lakonan. Sherry Al-Hadad yang sedang meningkat naik sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teater. Seperti Sherry, Tuan Faisal juga mempunyai kredibiliti dalam pementasan teater dengan kejayaan Projek Disko Baldi. Pemilihan Fynn Jamal pula adalah berdasarkan watak yang dirasakan sebagai sangat sesuai dibawakan oleh beliau, seperti mana Intan Nor Saina yang sebelum ini terlibat dalam pementasan teater muzikal SudirMania. Siti Saleha pula dipilih untuk memperkenalkan beliau dalam industri teater. Pementasan ini bakal menjadi pementasan teater kedua beliau.

ASRAMA-RA All-Stars akan dipentaskan di Pentas 1, KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober 2014. Pementasan akan berlangsung pada pukul 8.30 malam pada 16 hingga 19 Oktober dan pada pukul 3 petang pada 18 dan 19 Oktober.

Tiket berharga RM 40, RM 45 (early bird) dan RM50. Untuk maklumat lanjut, sila klik laman Facebook dan Twitter Revolution Stage. Manakala untuk tempahan dan pembelian tiket, sila hubungi Nik Chip Afiq di talian 0107603101.