Tag Archives: Ampang

HABIB RAIKAN SENI PERTUKANGAN MALAYSIA SEMPENA MERDEKA 2025

AMPANG, 8 OGOS 2025HABIB, jenama barang kemas terkemuka negara, kembali dengan kempen Jualan Merdeka yang berlangsung sehingga 1 September 2025 di semua bilik pameran seluruh negara. Kempen ini mengangkat keindahan seni pertukangan tempatan, memadukan warisan budaya Malaysia dengan sentuhan rekaan moden dan mutu kerja halus yang menjadi tanda tangan jenama ini.

Dengan pengalaman lebih enam dekad, HABIB telah menjadi lambang kebanggaan negara melalui setiap rekaan yang sarat nilai seni dan cerita. Setiap koleksi dihasilkan oleh pereka dalaman serta tukang emas tempatan yang mahir, bermula daripada pemilihan berlian dan batu permata terbaik sehingga kepada sentuhan akhir yang teliti.

selebritionline portal hiburan

Antara tarikan utama ialah koleksi cincin warisan seperti Cincin Buah Kana dan Cincin Kapal Terbang yang diberi nafas baharu untuk generasi masa kini. HABIB turut memperkenalkan Merdeka Rings, diperbuat daripada emas kuning dengan motif bulan sabit dan bintang, dihiasi batu permata seperti berlian, delima, safir biru dan kuning yang melambangkan warna Jalur Gemilang.

selebritionline portal hiburan

Selain itu, HABIB menampilkan kalung bertatah tsavorite dan berlian potongan rose-cut yang diinspirasikan landskap hijau Malaysia, menggambarkan semangat kemerdekaan melalui alunan bentuk yang melambangkan perpaduan dan kebebasan.

selebritionline portal hiburan

Mengukuhkan komitmen terhadap bakat tempatan, HABIB turut bekerjasama dengan ikon popular Didi & Friends dan menjalin kerjasama dengan Zoo Negara bagi memupuk kesedaran pemuliharaan biodiversiti. Menurut Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif HABIB Group, kempen ini adalah peringatan bahawa kemewahan sebenar lahir daripada budaya dan pertukangan.

selebritionline portal hiburan

Orang ramai dijemput mengunjungi koleksi ini di semua bilik pameran HABIB atau layari laman rasmi HABIB untuk maklumat lanjut.

ASTRO TUTOR TV SPM Rai Pelajar Cemerlang SPM 2013

Seramai 53 orang pelajar cemerlang SMK Kota Kemuning yang berjaya mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran SPM.

Bersempena dengan hari pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang berlangsung pada hari ini, Astro Tutor TV SPM mengambil kesempatan untuk turut bersama meraikan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah-sekolah terpilih di sekitar ibu kota.

Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM.

Krew produksi Astro Tutor TV merakamkan reaksi girang para pelajar SPM 2013 setelah mendapat keputusan mereka.

Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.

Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah. Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial”, kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro.

Nurdini Binti Mohd Ridwan (dua dari kiri) merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran.

Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.