Tag Archives: Amyza Aznan

Bukti Mawar Rashid dan Elvina Mohamad KALIS KASIH

Kehilangan kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekaligus menjadi yatim piatu sememangnya merupakan dugaan paling berat untuk diterima dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Disusuli pula dengan masalah rumahtangga yang berantakan dan kehilangan kedua anak yang disayangi. Itulah yang dilalui oleh Mawar Rashid menerusi lakonannya dalam drama Samarinda Kalis Kasih, yang turut dibintangi oleh Elvina Mohamad, Amar Baharin, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Amyza Aznan, Azri Iskandar, Rosnah Johari, dan Iduerra Matilda dalam drama Samarinda Kalis Kasih.

Kalis Kasih arahan saudara Nazir Jamaludin yang mengandungi 15 episod ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn Bhd. Drama yang bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan ini bakal menemui penonton semua pada setiap Isnin hingga Rabu bermula 2 April, pada pukul 10.00 malam.

Drama ini mengisahkan tentang dua orang sepupu yang sebaya tetapi berbeza karakter dan latar belakang iaitu Amanda dan Dania. Amanda (lakonan Mawar Rashid) dibesarkan di bandar dan sudah biasa dengan kesenangan, manakala Dania, yang dilakonakan oleh Elvina Mohamad, dibesarkan di kampung dan hidup dalam kesederhanaan. Takdir seakan ingin menduga mereka berdua apabila ibu bapa Amanda lemas ketika beriadah di sungai. Amanda terpaksa meninggalkan kehidupan bandarnya dan berpindah ke kampung untuk tinggal bersama keluarga Dania.

Seperti yang anda jangkakan seperti cerita-cerita melayu yang lain, semestinya Amanda tidak tahan tinggal di kampung. Oleh itu, Amanda belajar bersungguh-sungguh dan dapat sekolah di sebuah sekolah berasrama penuh. Setelah berjaya, Amanda bekerja di bandar dan berkahwin dengan Khair, lakonan Amar Bahrain. Pada masa sama, Dania pula telah menjalinkan hubungan dengan Bard (Syazwan Zulkifli), seorang jejaka kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Hubungannya dengan Bard tidak disenangi oleh kedua-dua ibu bapa Dania, Pak Kudin dan Mak Zauyah.

Setelah beberapa bulan berlalu, Amanda melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Iris. Khabar gembira ini menimbulkan keterujaan Mak Zauyah yang ketika itu tidak sihat. Dia ingin menyediakan air akar kayu untuk Amanda. Namun, tanpa diduga, Mak Zauyah telah tergelincir di dapur dan meragut nyawanya.

Setelah enam tahun berlalu, Dania akhirnya bertunang dengan Bard. Syarikat audit Amanda dan Khair semakin maju dan ini membuatkan mereka terlalu sibuk sehingga tidak dapat menguruskan anaknya Iris. Amanda meminta bantuan Dania untuk menjadi pengasuh Iris. Pada masa sama, Amanda juga sedang mengandungkan anak kedua. Dania teruja apabila dipelawa untuk menjadi pengasuh Iris di samping menjaga rumah Amanda dan Khair.

Puan Halena, ibu Khair pula senang hati melihat rumah tangga anaknya semakin terurus semenjak kehadiran Dania di rumah Amanda. Pada ketika itu juga, pertunangan Dania dengan Bard telah diputuskan oleh Pak Kudin apabila Bard dilihat menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain. Walaupun pertunangan Dania terputus, kehidupan Dania tidak terjejas kerana Dania sedang bahagia bersama Iris.

Namun, kebahagiaan keluarga ini hanyalah sementara apabila mereka diduga dengan Amanda yang keguguran anak keduanya dan kematian Iris. Ini membuatkan hubungan Amanda dan Dania semakin renggang. Apakah yang telah berlaku di dalam keluarga ini?

Dapatkah mereka merasakan kemanisan keluarga bahagia sekali lagi seperti dahulu kala? Ikuti kisah pergolakkan rumah tangga Amanda dan krisis hubungan Dania ini dalam drama Samarinda Kalis Kasih setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 2 April, pukul 10.00 malam, di TV3.

‘Nasuha’ Cinta Si Gadis Buta

Nasuha 3

Drama Satu Hari lakonan Remy Ishak dan Sara Ali telah pun berakhir pada 28 Januari lalu. Cinta Sabrina dan Isfahan akhirnya bersatu. Sarajevo menjadi saksi cinta mereka dan kini slot Ratu bakal dihiasi dengan drama menyayat hati Nasuha bermula 10 Februari ini. Drama Nasuha ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Nasuha 4Drama Nasuha mengisahkan mengenai gadis manis, Nasuha lakonan Tasha Shilla dibesarkan dalam sebuah keluarga yang daif. Dia dibesarkan oleh kedua ibu-bapa, Salima (Amyza Aznan) dan Nasrun (Azhan Rani). Nasrun merupakan seorang nelayan tetapi membuat keputusan untuk bekerja di darat dengan menjual sayur-sayuran di pasar kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan anaknya. Nasuha bersahabat baik dengan Zahid lakonan Shah Iskandar. Mereka sangat rapat dan Zahid juga sering membela Nasuha jika dia diejek oleh kanak-kanak yang lain. Zahid juga sanggup mencuri untuk menggembirakan hati Nasuha. Malangnya perbuatan Zahid telah diketahui oleh ayahnya Imran (Roy Azman) lalu bertindak memukul Zahid dan kerana itu juga Nasuha telah dilanggar ketika ingin memulangkan pensel warna yang dicuri Zahid. Nasuha mengalami kecederaan serius di bahagian mata dan membuatkannya tidak lagi dapat melihat.

TV9_NASUHA_POSTER_2Pada mulanya, Nasuha yang masih kecil tidak dapat menerima keadaanya yang buta. Nasrun seringkali mengingatkan Nasuha, bahawa ini adalah ujian dan takdir yang harus dia terima. Malang sekali lagi menimpa, apabila Nasrun telah hilang dilaut dan mayatnya tidak dijumpai. Persahabatan Zahid dan Nasuha masih kekal erat. Semakin dewasa, Zahid mula mencintai Nasuha. Namun, takdir sekali lagi menduga Nasuha, apabila Zahid pula hilang di laut ketika mahu menyelamatkan Nasuha yang tergelincir daripada bot dinaiki mereka. Nasuha bersedih dengan kehilangan Zahid kerana dalam diam dia juga rupanya mencintai Zahid.

nasuha 2Setahun kemudian, muncul pula Irfan (Fattah Amin), anak orang kaya di kawasan perkampungan Nasuha. Irfan tertarik melihat Nasuha tanpa dia ketahui Nasuha sebenarnya buta. Setelah mengetahui kekurangan Nasuha itu, Irfan merasa simpati dan mula jatuh cinta pada Nasuha dan telah menimbulkan kemarahan Marina (Miera Liyana), tunang kepada Irfan. Marina yang sememangnya mahu memiliki Irfan membuat rencana untuk membunuh Nasuha dengan bantuan Zack tanpa diketahui Zack sebenarnya adalah Zahid. Adakah Zack atau Zahid akan membunuh seorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Ikuti perjalanan penuh cabaran Nasuha menerusi slot Ratu, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.

‘Dosa Seorang Suami’

Dosa Seorang Suami (2)

Azalea: Dosa Seorang Suami (20 episod)

Setiap hari Isnin hingga Khamis, 4.00 petang

Pelakon: Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Keena, Beego, Leez Rosli, Watie, Dazrin 

Mengisahkan tentang Rafiq seorang usahawan yang berjaya dan kaya raya. Dia hanya mampu melihat segala kerenah dan sikap sebenar ahli keluargaya setelah dia tidak lagi dapat bergerak kerana strok. Isterinya yang dikenali sebagai seorang dermawan dan aktif dalam kerja-kerja amal enggan menjaganya manakala anak-anaknya pula menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan.

Rafiq menyesal kerana gagal membimbing keluarganya dengan ajaran Islam yang sebenar. Mujur Ustaz Amin muncul dalam hidupnya memberi sinar Islam sebenar untuk dia bertaubat dan memimpin keluarga ke jalan Allah. Muncul pula Shila yang menjaganya dengan penuh kasih sayang dan memperdengarkan ayat-ayat suci tatkala Rafiq sering dihantui dosa silam.

Namun dugaannya terus bertandang apabila Rashid, pemuda yang berjaya menawan hati anak Rafiq cuba menghancurkan syarikat yang dibina teguh itu. Rashid sebenarnya anak bekas rakan kongsi Rafiq yang mahu membalas dendam. Manakala Shila pula sebenarnya anak luar nikah Rafiq dengan Maya yang pernah ditinggalkan dulu. Apakah yang akan terjadi kepada Rashid dan keluarganya?