Tag Archives: Android

AIRASIAGO lancar aplikasi mudah alih pintar

IMG_3549 copy

AirAsiaGo.com, portal sehenti dalam talian terunggul di Asia, hari ini telah melancarkan aplikasi mudah alih pintar yang dinanti-nantikan – AirAsiaGo Mobile App! Dengan rekaan yang ringkas dan kemas, ikon pintar dan bank imej yang luas, AirAsiaGo Mobile App membolehkan pengguna melihat dengan mudah lebih daripada 365,000 hotel dari serata dunia.

Selain itu, platform mudah alih ini juga turut menawarkan penyelesaian yang pantas dan efisyen untuk tempahan di saat akhir, serta mampu memenuhi keperluan mereka yang mencari tawaran hebat mahupun yang sedang merancang percutian bajet. Kini pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif mobile yang membolehkan mereka berjimat sehingga 70% ke atas tempahan hotel, apabila mereka menempah menerusi aplikasi ini.

“Kami sentiasa menginovasi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, terutamanya kini apabila ramai pengguna yang meluangkan masa melayari telefon pintar ataupun tablet. Jadi sebagai syarikat yang sentiasa berpandangan ke hadapan, kami mendapati capaian laman web adalah pilihan ‘masa kini’ tetapi aplikasi mobile merupakan pilihan ‘masa hadapan’. Dengan terciptanya AirAsiaGo Mobile App, pelancong kini boleh melihat, melayari dan menempah menerusi satu aplikasi, serta mengubah suai keperluan percutian mereka – semuanya dalam masa nyata,” kata Kathleen Tan, Ketua Pegawai Eksekutif AAE.

Aplikasi ini ternyata berguna untuk mereka yang mempunyai urusan perniagaan saat akhir mahupun percutian yang tidak dirancang kerana ia membolehkan pengguna membuat tempahan bila-bila masa sambil masih menikmati tawaran eksklusif mobile. “Kami memberikan pengguna pilihan yang tiada batasan. Jika mereka mahukan percutian segera – AirAsiaGo Mobile App adalah jawapannya,” kata Kathleen. `

AirAsiaGo Online Web Booking - Screenshot

Aplikasi AirAsiaGo.com telah dibangunkan oleh sekumpulan jurutera terkemuka dari jabatan pembangunan teknologi mudah alih Expedia Inc., syarikat teknologi pelancongan terkemuka yang berpusat di San Francisco; dan kini diperhebatkan lagi dengan pengisian enam kandungan tempatan serta mata wang dari Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan China.

Kathleen menambah, “Salah satu kelebihan usaha sama antara AirAsia dan Expedia untuk AirAsiaGo ini telah membolehkan kami memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini Expedia dalam membangunkan bukan sahaja aplikasi mudah alih, malahan membina sebuah platform teknologi web e-perdagangan yang bertaraf dunia. Kami telah melihat terdapatnya peningkatan yang memberangsangkan dalam kadar pertukaran mata wang dan juga nilai tempahan purata perniagaan semenjak menggunakan teknologi ini.”

CIRI-CIRI AIRASIAGO MOBILE APP

 Jadual perjalanan dengan notifikasi masa nyata: Status penerbangan masa nyata dengan butiran terminal serta pintu, tunjuk arah ke lapangan terbang serta peringatan daftar masuk/daftar keluar hotel menggunakan visual untuk memberikan pengalaman yang mesra pengguna.

 Maklumat Segera: Aplikasi ini dengan serta-merta menyusun maklumat hotel mengikut harga, tawaran atau ulasan serta memberikan maklumat yang boleh dipercayai di mana pengguna boleh membaca ulasan daripada tetamu yang telah menginap di hotel tersebut, sebelum membuat tempahan.

 Tawaran Eksklusif Mobile: Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 70% ke atas untuk hotel apabila mereka menempah menerusi aplikasi.

 Lokasi Terkini: Sebaik sahaja AirAsiaGo Mobile App dibuka, penetapan sedia ada secara automatik akan memasukkan lokasi terkini pengguna yang membolehkan carian mudah hotel terdekat untuk tempahan pantas pengguna.

 Tempahan Mudah: Aplikasi ini membolehkan pengguna menempah tiket penerbangan ke semua destinasi AirAsia menggunakan carian penerbangan pintar mengikut laluan tempahan.

 Kongsi dan Masukkan Jadual Penerbangan: Penumpang boleh berkongsi jadual penerbangan mereka dengan keluarga dan rakan dengan memasukkannya ke dalam kalendar telefon mereka.

 Kandungan Tempatan: Terdapat untuk kedua-dua pengguna iPhone dan Android, di mana aplikasi kembara ini telah dimuatkan dengan enam bahasa dan matawang berbeza termasuk: Ringgit Malaysia, Thai Baht, Rupiah Indonesia, Yuan Renminbi China, Dollar Hong Kong dan Dollar Singapura, menjadikannya aplikasi wajib untuk dimuat turun pelancong tegar.`

Bersempena dengan pelancaran ini, AirAsiaGo.com juga turut menawarkan Potongan Hebat 48 Jam untuk kedua-dua pakej Hotel dan Penerbangan serta hotel sahaja bermula 29 Januari hingga 30 Januari 2015. Sepanjang tempoh ini, pengguna boleh menikmati PENERBANGAN PERCUMA apabila menempah menerusi hotel. Untuk mereka yang hanya mencari hotel, diskaun tambahan sebanyak 10% untuk tempahan hotel boleh dinikmati ke atas tawaran setia ada menerusi kod promo “AAGHOTEL”. Kini, pengguna boleh merancang percutian ke destinasi menarik sama ada di dalam negeri mahupun di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Rancanglah percutian anda yang seterusnya dengan hanya beberapa leretan jari di tablet! Log masuk ke www.airasiago.com dan muat turun AirAsiaGo Mobile App di http://www.airasiago.com.my/app. Untuk maklumat lanjut, cari AirAsiaGo.com di Facebook, Twitter atau Instagram.

Android Platform

iOS Platform

Alcatel Perkenal Idol X+ Dan Idol Alpha

IMG_1593

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian telefon bimbit pintarnya, Alcatel Malaysia memperkenalkan One Touch Idol X+ dengan cip pemprosesan Octa Core bagi menggantikan One Touch Idol X yang dikeluarkan tahun lalu.

Dilengkapi perkakasan terkini seperti skrin berdefinisi tinggi (HD) penuh IPS, saiz skrinnya mencecah lima inci dengan 441 pixle per inch (ppi) yang diperkasakan oleh Corning Gorilla Glass 2.

Peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan kamera utama 13.1 mega piksel dan depan dua mega piksel di samping storan RAM dua giga bait (GB) serta cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Mediatek.

Menariknya mengenai Idol X+ ini, peranti juga terbina dengan dua slot mikroSIM bagi memudahkan mereka yang aktif menggunakan dua SIM serentak.

Dengan ketebalan 7.9 milimeter, bateri telefon bimbit pintar ini dipertingkatkan kapasiti sehingga 2500mAh.

Fungsi peranti ini turut diperluaskan dengan penggunaan BOOMband iaitu peranti yang dipakai di tangan untuk memantau aktiviti kesihatan pengguna.

Fungsi BOOMband yang dilihat seperti `buddy’ kepada Idol X+ ini ialah mengira jumlah langkah serta memantau kalori yang telah dilakmukan sepanjang hari selain turut mengira jangka masa tidur.

Di samping pengenalan kepada Idol X+ ini, Alcatel turut memperkenalkan One Touch Idol Alpha yang dilengkapi pemprosesan Quad Core khusus buat mereka yang gemarkan reka bentuk unik dan lebih menarik.

Idol Alpha direka menggunakan besi pada keliling dengan lengkungan bagi memberikan keselesaan ketika memegang selain ditambah sisi lutsinar sekali gus menampakkan keanggunan dan keunikannya berbanding yang lain.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Quad Core pada kelajuan 2GHz dan storan RAM satu GB, peranti ini diperkemaskan dengan skrin IPS 4.7 inci yang diperbuat dari Dragontrail Glass dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel.

Kamera utama mampu merakam gambar pada 13.1 mega piksel manakala kamera depan dua mega piksel bersama kapasiti bateri 2000mAh. Kedua-dua telefon bimbit pintar ini telah berada di pasaran dengan harga Idol X+ RM1,299 manakala Idol Alpha RM1,099.

Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.alcatelonetouch.com/ml.