Tag Archives: Apparat

Sutradara Dain Said Kembali Dengan Filem Harum Malam

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di nantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 09 Febuari 2023.

Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa te lah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan is timewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pic tures and Skop Productions. Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih me megang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gang ster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana da ripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Aus tin, Texas pada 22-29 September 2022.

Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (Eu ropean premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengke tengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tar antino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve.

Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower.

“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sa bar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!

– Dain Said –

(Pengarah filem Harum Malam)

Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.

FILEM DAIN ISKANDAR SAID ‘INTERCHANGE’ Ke Festival Filem LOCARNO

Filem pengarah Dain Iskandar Said Interchange mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas Festival Filem Locarno yang berpengkalan di Switzerland menjemput filem ini untuk ditayangkan di festival yang berprestij itu.

Selain Nandita dan Dain Said, rombongan Malaysia juga akan diiringi pelakon Shaheizy Sam, Iedil Putra, pengarah fotografi Jordan Chiam (Terbaik Dari Langit) dan pengarah muzik Luka Kuncevic (Polis Evo). Pelakon Indonesia Nicholas Saputra dan Prisia Nasution yang turut membintangi filem tersebut juga turut diundang ke festival tersebut.Interchange akan ditayangkan pada 5 Ogos 2016 di Piazza Grande yang mampu memuatkan seramai 8,000 penonton pada satu masa di ruang terbuka dan ditayangkan di layar gergasi (26×14 meter) untuk tatapan seluruh pengunjung yang hadir ke festival tersebut.

Piazza Grande

Festival Filem Locarno diwujudkan sejak tahun 1946 dan pernah menampilkan pengarah-pengarah terkemuka seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Miloš Forman, Béla Tarr, Chen Kaige, Alexandr Sokurov, Jim Jarmusch, Spike Lee, Ang Lee, Claire Denis, Kim Ki-Duk, Abbas Kiarostami dan ramai lagi.Filem kedua Dain Said yang menemui penonton di pawagam bakal ditayangkan pada awal 2017. Ia diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS). Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.

Film seram supernatural ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah. 

Teaser filem Interchange sudah pun boleh dicapai secara dalam talian bermula Khamis, 12 Mei 2016.

SINOPSIS FILEM

DETEKTIF MAN (SHAHEIZY SAM), bersama rakannya ADAM (IEDIL PUTRA), seorang jurufoto forensik, terlibat di dalam satu kes pembunuh bersiri yang amat mengerikan sehingga ianya memberi igauan serta kesan amat mendalam kepada Adam. Sejak dari peristiwa tersebut, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata dengan mengambil foto dari beranda apartmennya. Dari lensa kamera beliau, Adam mengintip IVA (PRISIA NASUTION), seorang wanita misteri berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartment bertentangan. Tatkala itu, mulalah Adam diselinap masuk ke dalam dunia penuh misteri Iva. Pada masa yang sama, Man berjaya memecah kebuntuan kes-kes pembunuhan yang berlaku. Akhirnya, mulalah konflik dengan pelbagai kejadian-kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan dahulukala yang mula menghantui mereka.