Tag Archives: ASTRO ARENA

SSSVB 2022 bakal menemui peminat sukan bola tampar tempatan

Aplikasi penstriman popular, sooka, dengan kerjasama Astro Arena dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) buat julung kalinya membawakan kepada penonton sooka Super Series Volleyball (SSSVB 2022) yang akan membuka tirainya di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor bermula 14 Oktober hingga 6 November 2022.

Tampil dengan format perlawanan kumpulan, saingan SSSVB 2022 selama empat minggu bakal menyaksikan lapan pasukan berentap merebut kejuaraan edisi pertama, iaitu SAC Selangor Lions, Melaka Mousedeer, Kuala Lumpur Shark, Sarawak Hornbill, ATM Gladiators, Sabah Rhino, Johor Tiger dan pasukan jemputan antarabangsa iaitu, Amelia Indonesia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB. Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker , menyambut baik hasrat persatuan-persatuan sukan untuk mengadakan liga kompetitif seperti Netball Super League (NSL) dan Sepak Takraw League (STL) anjuran Astro sebelum ini, yang telah berjaya memberi nafas baru dalam arena sukan negara.

“Sukan bola tampar adalah salah satu sukan yang mempunyai peminat tempatan yang tersendiri terutamanya daripada golongan millennial. Kami mengalu-alukan inisiatif sooka, Astro Arena, dan MAVA untuk memperkasakan penglibatan dan penyertaan bakat-bakat muda untuk digilap dan diberi pendedahan dalam liga berkualiti seperti ini.

“Kehadiran aplikasi penstriman hiburan dan sukan tempatan, sooka yang membawakan elemen hiburan di dalam saingan SSSVB 2022 adalah satu pendekatan yang unik di dalam industri sukan, dan dilihat tepat untuk menarik penonton millennial masa kini yang terbiasa menonton kandungan secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow menyifatkan SSSVB 2022 adalah titik mula dan platform terbaik untuk melihat sukan ini berkembang maju dan mempunyai daya saing tinggi di peringkat antarabangsa

“Kehadiran pasukan antarabangsa, Amelia Indonesia pasti akan memberi cabaran dan tentangan sengit buat pasukan tempatan. Namun, setiap pasukan mempunyai strategi permainan yang tersendiri dimana terdapat juga pasukan yang akan mengunakan khidmat pemain import termasuk dari USA, Thailand, India dan Sri Lanka yang pasti akan menghangatkan lagi pertarungan. Penglibatan pemain kebangsaan serta pemain muda yang bertenaga juga pasti akan memberi impak kepada setiap pasukan nanti.”

“Kolaborasi bersama sooka ini adalah permulaan untuk sukan ini mempunyai liga berprestij yang telah pun berjaya menarik penyertaan dari luar negara. Semestinya penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa untuk mempromosikan SSSVB ke peringkat global satu hari nanti,” katanya.

Ketua Perancangan sooka, Emarina Kamal berkata, “SSSVB 2022 adalah permulaan siri ‘sooka Super Series’ yang kami cipta untuk menjadi platform berterusan untuk pemain sukan tempatan mempamerkan bakat, seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kami melihat sukan bola tampar amat berpotensi untuk diketengahkan, dan sooka akan membawakan penganjuran liga ini dengan cara tersendiri yang lebih unik, segar dan penuh elemen hiburan. Kelainan ini disajikan agar dapat menarik lebih ramai peminat sukan untuk menyaksikan SSSVB 2022 secara LIVE dan mudah dari aplikasi sooka di telefon mudah alih atau Smart TV; sekaligus menarik generasi muda juga menceburi sukan ini.”

“Melalui SSSVB 2022 juga, kami ingin terus memainkan peranan di dalam usaha untuk menyediakan konten sukan terbaik bagi para peminat sukan, sekaligus mengajak golongan muda milennial untuk lebih berminat untuk memperkasakan aliran sukan tempatan, katanya”.

Buat julung kalinya, SSSVB 2022 bakal menampilkan jenama pakaian tempatan, Elite sebagai Penaja Pakaian Rasmi, Tik Tok sebagai Rakan Media Rasmi, Flash Sukan sebagai Rakan Media Digital Rasmi, serta Radio Nombor Satu Malaysia, ERA sebagai saluran Radio Rasmi bagi kejohanan pada tahun ini.

Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my bermula pada 12 Oktober 2022 untuk hadir ke gelanggang menyaksikan SSSVB 2022 nanti. Aplikasi sooka boleh dimuat turun dari Google Playstore atau Apple Appstore.

Tontoni aksi pemain Malaysia, Junior Eldstal dan Dominic Tan di Saingan Thai League 1 di Astro Arena 2

Astro sentiasa menyokong dan membawakan perkembangan terkini atlit negara, di mana dua orang pemain tempatan, Junior Eldstal yang bersama Chonburi FC dan Dominic Tan pula bersama Police Tero FC kini sedang beraksi di saingan Thai League 1.Perlawanan dari dua kelab ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 802 bermula 1Oktober 2021. Selain itu, beberapa perlawanan membabitkan dua pasukan ini di saingan Thai FA Cup dan League Cup turut akan disiarkan.Junior yang juga tonggak kacukan Malaysia-Sweden turut meluahkan rasa terujanya dan gembira dengan perkhabaran berita ini.

“Saya sentiasa bersemangat bersama kelab yang sememangnya besar dalam saingan Thai League ini dan sudah tentu akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang beraksi dalam setiap perlawanan lebih-lebih lagi untuk tontonan rakyat Malaysia yang melihatnya nanti.” Sementara itu, bekas ketua pasukan Skuad B-23 tahun negara, Dominic Tan juga turut menganggap berita ini sebagai pencetus semangatnya untuk beraksi dengan lebih baik.

Ini adalah musim ketiga saya bersama kelab ini dan liga disini sangat kompetitif serta mencabar untukmengharungi saingan yang masih panjang. Berita ini telah melonjakkan lagi semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya dihadapan peminat yang menonton di Malaysia nanti.Pemain pertahanan ini bermula sebagai pemain pinjaman dari JDT selama satu musim di Police Tero FC sebelum menyertainya secara tetap pada musim lalu.Perlawanan-perlawanan ini nanti akan disiarkan di saluran baru Astro Arena 2 di mana pelbagai variasi sukan antarabangsa dengan rasa tempatan dalam Bahasa Malaysia akan disajikan dengan format baru yang lebih segar buat generasi muda. Semua pelanggan Astro boleh menikmati Astro Arena 2 dalam pakej Pek Famili.

Saksikan perlawanan pertama yang akan disiarkan pada 1 Oktober ini, Chonburi FC menentang Singha Chiangrai United jam 7.00mlm, sementara Nongbua Pitcaya FC bertemu Police Tero FC pada 2 Oktober jam 8.00mlm (waktu Malaysia)

Raikan Atlit Negara Di SUKAN KOMANWEL, GOLD COAST 2018

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan jaguh dunia, AzizulHasni Awang dan Cheong Jun Hoong serta aksi-aksi atlit lain seperti Dato Wira Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David mahupun Pandelela Rinong termasuk penyertaan dari 71 negara di temasya Sukan Komanwel, Gold Cost 2018

Astro berbesar hati melancarkan pas musim GC2018 dengan enam saluran dedikasi dalam definisi tinggi (Saluran 790-795HD) serta liputan  paling komprehensif  18 jam setiap hari bermula pada 4 hingga 15 April 2018 di Astro, Astro Go dan NJOI Prepaid.

Pas Musim GC2018 boleh didapati untuk:

  • Pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat pas musim GC2018 secara percuma
  • Pelanggan Astro bukan Sports Pack boleh membeli Pas Musim GC2018 dengan harga RM15.99
  • Pelanggan NJOI boleh membeli Pas Musim GC2018 melalui NJOI Prepaid pada RM20
  • Pelanggan Bukan Astro boleh membeli Pas Musim GC2018 melalui Astro GO pada RM20

Saluran Dedikasi untuk pelanggan Pas Musim GC2018

Saluran TV Saluran HD Saluran SD Deskripsi Saluran
GC 1 790 780 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris
GC 2 791 781 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris
GC 3 792 782 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris
GC 4 793 783 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris
GC 5 794 784 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris
GC 6 795 785 Saluran tambahan dalam Ulasan Bahasa Inggeris

 Saluran Astro Arena percuma untuk semua pelanggan Astro dan seluruh Malaysia

Saluran TV Saluran HD Saluran SD Deskripsi Saluran
Astro Arena 802 801 Saluran Sukan Tempatan Dalam Ulasan Bahasa Melayu
NADI CG2018 803 800 Saluran Berita 24 Jam Sehari Dalam Bahasa Melayu

Astro Arena akan membawakan liputan aksi atlit negara dalam dua saluran definisi tinggi  (Saluran 802-803HD) secara percuma buat semua pelangan Astro dan  seluruh rakyat Malaysia, termasuk juga di Astro GO.  Dapakan pas musim GC2018 di saluran 200, sementara bukan pelanggan Astro boleh melayari www.astrogo.astro.com.my.

Nota: Semua harga termasuk 6% GST

Siaran Langsung SUKAN SEA KE-28 Selama 16 Jam Setiap Hari Di Astro Arena

Peminat sukan tanahair kini berpeluang mengikuti liputan komprehensif Sukan Sea ke-28 menerusi siaran secara langsung temasya itu yang akan disiarkan selama 16 jam setiap hari di kesemua platform Astro Arena.

Astro Arena, saluran sukan tempatan Malaysia pertama, akan mula menyiarkan acara pra- kejohanan temasya dwi tahunan tersebut bermula 28 Mei ini di Saluran 801, dan juga dalam definisi tinggi (HD) di saluran 802. Sepanjang temasya yang akan berlangsung daripada 6 hingga 16 Jun itu, seramai 180 krew produksi Astro Arena akan berada di Singapura, bagi memberikan liputan terbaik untuk semua peminat sukan Malaysia.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Kay berkata “Astro Arena teruja dan bersedia untuk memberikan liputan terbaik Sukan SEA untuk semua rakyat Malaysia. Saluran Astro Arena boleh ditonton oleh semua pelanggan Astro dan Njoi. Lebih menarik lagi, semua rakyat Malaysia termasuklah yang tidak melanggan Astro, boleh menonton Astro Arena di platform Astro on The Go selepas melakukan pendaftaran.”

“Kami di Astro Arena kagum dengan semangat atlet negara dalam memberikan prestasi terbaik mereka demi kejayaan Malaysia. Kami menghargai setiap usaha dan dedikasi mereka dan kami selaku organisasi media akan memastikan pencapaian mereka dalam arena sukan ini dapat disaksikan semua. Astro Arena juga melancarkan kempen #ayuhMalaysiaku di mana rakyat Malaysia berpeluang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada pasukan negara kita menerusi akaun laman sosial masing-masing. Jadi jangan lupa gunakan #ayuhMalaysiaku bila mana anda mengemaskini status anda di laman sosial “

Picture 2-Let's support Malaysian athletes with #ayuhmalaysiaku

Menerusi platform radio dan digital, Arena Radio akan menyediakan liputan radio secara dalam talian manakala laman sesawang stadiumastro.com bakal menjadi pusat maklumat dan berita terkini berkenaan Sukan SEA Ke 28.

Pembaharuan Kerjasama Strategik Astro Arena dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Astro Arena juga memperbaharui kerjasama strategiknya bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam menyediakan liputan media untuk persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang bernaung di bawah majlis itu untuk tempoh 5 tahun lagi bermula 2015 sehinggalah tahun 2020. Pengumuman pembaharuan kerjasama strategik itu berlangsung dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaludin berkata “Kementerian Belia dan Sukan memuji kerjasama di antara Astro Arena dan juga Majlis Olimpik Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai industri sukan negara. Liputan meluas Sukan SEA ke-28 di pelbagai platform adalah sesuatu yang sangat baik dan saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan aksi atlet kita dan menyatakan sokongan padu kepada mereka. Saya berharap dengan kerjasama ini, kita dapat mengembalikan semula kegemilangan sukan tempatan seperti bola sepak, sepaktakraw, badminton dan juga hoki. Saya berharap dalam masa 5 tahun lagi, kita dapat melihat perkembangan yang lebih positif. Kita mengharapkan atlet negara kita dapat memberikan prestasi terbaik.”

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar, berkata “ Kerjasama strategik di antara Majlis Olimpik Malaysia dan Astro Arena telah berjalan dengan amat baik dan saya percaya ini adalah kerana kedua-dua pihak mengambil berat akan prestasi sukan tempatan dan berkongsi minat dan harapan yang sama iaitu untuk melihat para atlet kita menyinar dalam bidang sukan masing-masing. Yang pasti, sudah banyak sukan tempatan telah mendapat manfaat menerusi liputan meluas yang telah disediakan Astro Arena.”

Tambah Lee lagi “Sejak Astro Arena dilancarkan pada tahun 2010, kami telah berkerja secara langsung dengan MOM untuk memperbanyak liputan berkenaan sukan tempatan. Kami dengan berbesar hati mengumumkan sebanyak 17,000 jam kandungan sukan tempatan telah pun dihasilkan, dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan nama beberapa sukan tempatan. Ia juga telah membuka peluang untuk Astro berkerja secara langsung dengan persatuan sukan tempatan dalam menaikkan lagi sukan tempatan ke peringkat seterusnya. Adalah sesuatu yang boleh dibanggakan bila mana kita berjaya menjayakan SepakTakraw League, yang telah dilancarkan November lalu. Liga amatur pertama Sepaktakraw seumpamanya telah berjaya diadakan hasil daripada kerjasama Persatuan SepakTakraw Malaysia dan juga Asia Sports Venture, yang bertindak selalu pemangkin SepakTakraw Astro.”

Jangan lupa untuk menyaksikan liputan komprehensif Sukan SEA ke-28 hanya di Astro Arena, Njoi dan juga Astro on The Go. Untuk melanggan Astro dan Njoi, layari laman sesawang www.astro.com.my atau hubungi 03-95433838. Untuk maklumat lanjut berkenaan Astro on The Go, layari www.astroonthego.com.

ASTRO ARENA Lancar Majalah Digital Sukan Pertama Di Malaysia

 Arena002_Cover

 Astro Arena bakal mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan majalah sukan digital pertama di Malaysia berjudul ‘Arena’. Kini, para peminat sukan tempatan boleh mengikuti perkembangan sukan terkini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya perlu memuat turun majalah ini yang sudah memasuki edisi kedua di App Store dan Play Store secara percuma.

Astro Arena terus komited untuk bergerak seiring dengan arus kemajuan teknologi dengan penerbitan Arena bagi memenuhi selera pencinta sukan tanah air terhadap maklumat dan perkembangan terkini arena sukan dan barisan atlet Malaysia. Ianya merupakan satu cetusan wadah bagi memberi maklumat yang lebih pantas, terkini dan tepat dengan grafik digital menarik yang pasti memberikan nafas baru kepada industri berita sukan tempatan.

Majalah digital ini direka persis majalah sebenar di mana ianya boleh diselak helaian demi helaian. Pendekatan gaya penulisan yang digunakan adalah lebih santai di samping mengetengahkan ciri-ciri interaktif meliputi audio, video serta pautan (hyperlink) atlet yang terbabit bagi memberi gambaran sebenar kepada para pembaca.

Arena Cover-03-1

Datuk Hishamuddin Aun, Editor Pengurusan Arena berkata, “Kami di Astro Arena sentiasa berusaha dalam memberikan kandungan sukan terbaik kepada para peminat sukan tanah air. Majalah elektronik ini merupakan inisiatif terbaru kami dalam membekalkan perkembangan dan berita dunia sukan tempatan yang terkini, terpantas dan tepat bagi memenuhi kehendak semua golongan pembaca tanpa mengira usia. Kami berharap agar usaha kami ini dapat diterima dan menarik minat masyarakat umum sekaligus meningkatkan promosi untuk memajukan sukan tempatan”. 

Kandungan bagi setiap edisi keluaran majalah sukan digital ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen antaranya ‘Dari Stadium Astro’ yang meliputi rangkaian berita terkini arena sukan tanah air, liputan program-program siaran Astro Arena dan juga tinta wacana daripada para pengulas dan pengacara Astro Arena. Segmen ‘Galeri’ bakal menampilkan sorotan variasi gambar dan video acara-acara sukan menarik yang dipetik daripada saluran YouTube Astro Arena. Manakala, segmen ‘Bilik Loker’ pula bakal membawa para pembaca melihat sisi pandang yang lebih santai dengan mengetengahkan topik-topik berkaitan fesyen dan gaya hidup barisan penggiat sukan negara.

Di samping itu, Arena juga akan menampilkan barisan atlet kebangsaan dan juga pakar-pakar sukan berkongsi pelbagai panduan serta tunjuk ajar dalam menjalani latihan sukan-sukan tertentu dalam segmen ‘Laman Prestasi’. Bukan itu sahaja, setiap edisi bulanan akan turut memaparkan kandungan eksklusif meliputi dua segmen iaitu segmen ‘Fokus’ yang menjurus ke arah kisah acara-acara yang sukan yang telah berlangsung dan segmen ‘Lagenda’ yang akan membawa para pembaca menyelusuri pengalaman pahit, manis, jerih dan perih yang dilalui oleh tokoh atlet sukan yang pernah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu.

Istimewa untuk edisi kedua ini, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) wanita professional pertama Malaysia, Ann Osman bakal menghiasi muka depan Arena dan ikuti temubual eksklusif bersama beliau. Selain itu, pemain hoki kebangsaan, Fitri Saari akan berkongsi mengenai perkembangan kerjaya beliau. Seorang bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan iaitu Mohamad Bakar akan berkongsi pengalaman beliau sepanjang mewakili negara ketika menyertai pelbagai kejohanan dunia dalam segmen ‘Lagenda’. Segmen ‘Bilik Loker’ pula akan menampilkan kapten pasukan Sime Darby FC, Juzaili Samion manakala laman prestasi menerusi segmen Dapur Atlet menampilkan Zaiful Zainal Abidin, pemegang rekod kebangsaan acara trek 400m lelaki bakal berkongsi rahsia pemakanan dan cara penyediaan masakan kegemaran beliau dalam segmen ‘Dapur Atlet’.

Oleh itu, dapatkan segera dan ikuti segala kisah ini dan pelbagai lagi topik istimewa berkaitan perkembangan berkaitan dunia sukan tempatan yang terkini, tepat dan mudah secara interaktif hanya di Arena edisi kedua. Majalah ini boleh diakses dan dimuat turun secara percuma di App Store dan juga Play Store.